November 21, 2021
Sajak : Pentoksik Maya
PENTOKSIK MAYA
Berfikir ligat seiring jemari
Ditekan, dihentak di papan kekunci
Di sini rancak, di sana juga rancak
Tanpa berdosa!!
Si pentoksik maya.
Di sini dijaja, di sana juga dijaja
Puasnya tidak
Rasa bersalah pun tiada
Tak mahu mengalah, pantang juga menyerah
Memang dasar si pentoksik maya!!
Cakap siang itu dipandang-pandang
Cakap malam pula didengar-dengar
Lain orang, ada mungkin lain pandang
Lain pandang
Barangkali, lain pula terjemahannya.
Sengketa itu
Jangan dicipta andai tidak bertanya
Setiap yang hujung mesti ada pangkalnya
Jangan mengherdik
Jangan juga sekali menghina
Gundah gulana si polan yang terkena.
Walau bergunung ilmumu di dada
Berpijak kaki tinggi di menara
Andai tidak ada padamu sekelumit rasa
Sungguh kelam hitam hatimu
Wahai pentoksik maya.
Ingat,
Andai buruk di luahkan
Buruk jua bakal ditelan
Bukan menyindir mahupun diajak berlawan
Sekadar peringatan buat pedoman.
BACA JUGA
👉 Andai Hidup Semudah Gemuk
👉 Dania Sayang
Translate
AUTHOR
