Posts with the label Puasa
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Julai 05, 2025

Puasa Tasu’a & Puasa Asyura: Puasa Sunat Penuh Keberkatan

Assalamualaikum korang! Harini nak kongsi sikit pasal puasa Tasu’a & puasa Asyura. Mungkin ada yang dah biasa dengar, tapi ramai juga yang masih keliru — apa perbezaan,  kenapa kita digalakkan berpuasa & bila tarikh yang sebetulnya untuk kedua-dua jenis puasa ni.

 

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللَّهِ المُحَرَّمُ وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ

"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam."-HADIS RIWAYAT MUSLIM, 1163


 

Apa Itu Puasa Tasu’a & Puasa Asyura?

 

Okay, simple je sebenarnya.
Puasa Tasu’a = Puasa pada 9 Muharram
Puasa Asyura = Puasa pada 10 Muharram


Dua-dua ni puasa sunat yang sangat digalakkan. Nabi Muhammad SAW sendiri pun berpuasa Asyura, malah Baginda ajar kita untuk puasa sehari sebelum atau selepas Asyura supaya nampak puasa kita yang beragama Islam ni berbeza dengan budaya berpuasa orang Yahudi masa tu.



Fadilat Puasa Asyura

 

Puasa Asyura & Puasa Tasu'a


Ni part paling best. Puasa Asyura ni menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepasMasyaAllah, banyaknya pahala! Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda: 

 

  Puasa Asyura, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan (dosa-dosa) setahun sebelumnya.


Bayangkan, hanya dengan puasa sehari, Allah bagi peluang bersihkan dosa kita setahun. Rugi kan kalau tak buat?

 

 

Kenapa Digalakkan Puasa Tasu’a?


Kalau ikut sejarah orang Yahudi masa tu, puasa 10 Muharram ni adalah untuk meraikan hari Nabi Musa a.s diselamatkan dari Firaun. Jadi, Nabi SAW nak kita ni berbeza dengan kaum yang itu, maka Baginda sarankan puasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau tambah sehari selepasnya (11 Muharram).


Tapi kebiasaan kita kat Malaysia, ramai yang buat puasa Tasu’a & Asyura (9 & 10 Muharram) — insyaallah dah cukup ikut sunnah dah tu.

 

 

Bila Tarikh Puasa Tasu’a & Asyura?


Untuk tahun 2025 ni, tarikh 9 Muharram jatuh pada hari ini 5 Julai 2025 (Sabtu), dan 10 Muharram jatuh pada 6 Julai 2025 (Ahad). Jadi, kalau korang nak rebut pahala berganda, bolehlah plan puasa dua hari ni. Insyallah mudah je. Kalau tak dapat puasa Tasu'a hari ni. Boleh ganti 11 Muharram (Isnin) minggu depan.

 

 

Niat Puasa Tasu’a (9 Muharram)

 

نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُوعَاءَ سُنَّةً لِلّهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma Tasu’a sunnatan lillahi ta’ala

Sahaja aku berpuasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta‘ala

 

 

Niat Puasa Asyura (10 Muharram)

 

نَوَيْتُ صَوْمَ عَاشُورَاءَ سُنَّةً لِلّهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ‘Asyura sunnatan lillahi ta‘ala
 

Sahaja aku berpuasa sunat Asyura kerana Allah Ta‘ala


Syu doakan semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua. Jangan lupa share dekat family & kawan-kawan — mana tahu boleh jadi asbab pahala berpanjangan, insyallah.


Kalau suka artikel ni, jemput singgah lagi kat blog Syu ya. Nanti Syu share banyak lagi cerita pasal amalan sunat, tips ibadah & kisah-kisah menarik. Selamat berpuasa Tasu’a & Asyura, semua! 🌙✨

Puasa Tasu’a & Puasa Asyura: Puasa Sunat Penuh Keberkatan

Julai 05, 2025

Amalan Pada Hari Asyura

 

Hari Asyura

Amalan Pada Hari Asyura

Jun 05, 2025

Hari Arafah & Puasa Arafah 2025: Kelebihan, Tarikh & Amalan Ringkas

Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Ia merupakan hari yang sangat istimewa dalam Islam, terutamanya bagi jemaah haji kerana mereka akan berwukuf di Padang Arafah. Tapi untuk kita yang tak menunaikan haji ni, kita masih ada peluang besar untuk rebut pahala melalui puasa sunat Arafah

 

 

Kisah & Asal Usul Puasa Arafah 

 

Kisah asal usul puasa Arafah bermula dari beberapa hadis Nabi Muhammad SAW yang menggalakkan umat Islam untuk berpuasa pada hari tersebut. Ada beberapa sebab kenapa hari Arafah sangat istimewa:


1. Hari Wukuf di Arafah


Hari Arafah adalah hari kemuncak dalam ibadah haji di mana jemaah haji berwukuf (berhenti sejenak) di Padang Arafah. Wukuf adalah salah satu daripada rukun haji yang tidak boleh ditinggalkan. Ia adalah simbol kehambaan dan doa hamba kepada Allah.

 

2. Pengampunan Dosa


Puasa Arafah adalah salah satu cara bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji untuk meraih pahala yang besar. Nabi Muhammad SAW bersabda:

Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

 

(Hadis Riwayat Muslim, No. 1162)

Bayangkan, hanya dengan berpuasa pada satu hari saja, dosa kita selama 2 tahun boleh diampunkan! Ini menunjukkan betapa besarnya rahmat & keampunan yang Allah kurniakan pada hari tersebut.

 

3. Hari Ke-9 Zulhijjah - Hari Pembebasan & Doa

 

Pada zaman dahulu, ketika Nabi Musa a.s. & Bani Israel diselamatkan dari Firaun, mereka juga berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas pembebasan mereka. Oleh itu, dalam tradisi Islam, puasa pada hari Arafah merupakan satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat, termasuk kebebasan dari dosa & keberkatan hidup. 

 

 

🕌 Kelebihan Puasa Arafah

 

Menurut Imam An-Nawawi, puasa pada hari Arafah adalah satu amalan yang sangat utama kerana selain daripada menghapuskan dosa, hari Arafah juga merupakan hari yang penuh keberkatan & ia merupakan satu hari yang sangat penting dalam sejarah umat Islam.


Terdapat juga hadis yang menunjukkan bagaimana Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat Islam untuk berpuasa pada hari tersebut Nabi Muhammad SAW bersabda:

Puasa pada hari Arafah adalah penghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang & puasa pada hari Asyura adalah penghapus dosa setahun yang lalu

 
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 749)

 

 

 📅 Tarikh Puasa Arafah 2025

 

Untuk tahun 2025, Hari Arafah dijangka jatuh pada hari esok Jumaat, 6 Jun 2025 (bergantung pada pengumuman rukyah). Tandakan dalam kalendar, siap-siap niat malam sebelumnya!

 

 Hari Arafah & puasa Arafah

 

 

 Amalan Ringkas Pada Hari Arafah

 

  • Puasa sunat Arafah

  • Banyakkan zikir dan doa – hari paling mustajab untuk berdoa

  • Baca al-Quran, berselawat, istighfar

  • Elakkan aktiviti sia-sia – fokus pada ibadah 

 

Hari Arafah datang hanya sekali setahun, tapi ganjarannya sangat luar biasa. Walaupun kita tak berpeluang menunaikan haji, kita tetap dapat meraih pahala dengan berpuasa Arafah. Jangan terlepas peluang ni! Ajak keluarga & kawan-kawan korang untuk sama-sama berpuasa pada Hari Arafah ni nanti. Semoga Allah terima amalan kita & ampunkan segala dosa-dosa kita. Aamiin 🤲.

Hari Arafah & Puasa Arafah 2025: Kelebihan, Tarikh & Amalan Ringkas

Jun 05, 2025

April 15, 2025

Hari Diharamkan Berpuasa


Puasa


Dalam Islam, ada beberapa hari tertentu yang diharamkan umat Islam untuk berpuasa. Hari-hari tersebut adalah:

  • Hari Raya Aidilfitri - 1 Syawal
  • Hari Raya Aidiladha - 10 Zulhijjah
  • 3 Hari Tasyrik - 11,12 & 13 Zulhijjah
  • Hari syak - Hari ke-30 bulan Syaaban


Berpuasa pada hari syak adalah diharamkan bagi setiap umat Islam. Hal ini disebabkan pada hari tersebut, anak bulan masih tidak kelihatan, dan kita tidak pasti samada hari berkenaan merupakan hari terakhir bulan Syaaban atau sudah masuk hari pertama bulan Ramadhan.

 

Hari Diharamkan Berpuasa

April 15, 2025

Julai 16, 2024

Tarikh-tarikh Puasa Sunat Bulan Muharram 2024

Puasa sunat bulan Muharram



Tarikh-tarikh Puasa Sunat Bulan Muharram 2024

Julai 16, 2024

April 22, 2024

Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Serentak?

Puasa sunat enam Syawal antara amalan yang disarankan dalam Islam, di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa selama enam hari dalam bulan Syawal, selepas tibanya Hari Raya Aidilfitri.


Berpuasa enam hari di bulan Syawal mempunyai keistimewaan & ganjaran yang besar. Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ganjarannya adalah seperti berpuasa sepanjang tahun [HR Muslim:1164]



Perbezaan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal


Puasa
SUMBER FOTO : Kosmo


Dalam perspektif agama, terdapat perbezaan antara puasa ganti dan puasa 6 Syawal. Mari kita lihat penjelasan mengenai kedua-dua jenis puasa ini:


  • Puasa Ganti (Qadha)


Puasa ganti dilakukan bagi menggantikan puasa yang tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan sebelumnya. Contohnya, jika seseorang sakit atau sedang musafir, mereka boleh menggantikan puasa tersebut di luar bulan Ramadan - Hari selain pada hari diharamkan berpuasa


  • Puasa 6 Syawal


Puasa 6 adalah puasa sunat yang dilakukan selama enam hari di bulan Syawal. Amalan puasa 6 ni dilakukan setelah berakhirnya bulan Ramadan. Ini termasuk dalam amalan sunat yang dianjurkan dalam Islam. 


Seseorang boleh memilih enam hari dari mana-mana hari dalam bulan Syawal untuk berpuasa. Ia tidak perlu berurutan dan boleh dilakukan sepanjang bulan Syawal.



Boleh atau tidak gabung puasa ganti dengan puasa 6 Syawal? 


Menurut pendapat yang muktamad oleh para ulama, adalah lebih afdal bagi seseorang untuk berpuasa qada (ganti) & berpuasa sunat 6 Syawal secara berasingan.


Namun, menyatukan puasa qada dengan puasa enam berkenaan adalah harus & tetap mendapat ganjaran pahala kedua-duanya. Berikut adalah beberapa pandangan dari ulama:


  • Pandangan Pertama (Muktamad)


Puasa Ganti (Qadha) harus dilakukan terlebih dahulu, kemudian baru dilanjutkan dengan Puasa 6 Syawal. Pendapat ini dianggap lebih afdal (utama).

  • Pandangan Kedua


Beberapa fuqaha berpendapat bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan puasa 6 Syawal. Namun, ganjaran pahala dari gabungan ini tidak menyamai pahala seseorang yang telah menyempurnakan puasa sepenuhnya daripada sebulan Ramadan.


Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dari Majlis menyimpulkan :


Saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya. Ini kerana ia merupakan jenis ibadah yang sama tetapi dengan dua niat.



Jadi, dibolehkan untuk kita menggabungkan kedua-dua puasa ganti & puasa sunat 6 Syawal serentak dalam satu niat.



Lafaz Niat Puasa Ganti Gabung Puasa 6 Syawal


 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ رَمَضَانَ

مَعَ سِتَّةِ شَوَّالِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala


Jadi, jika ingin melaksanakan kedua-dua jenis puasa ini, dibolehkan untuk melakukannya secara berasingan atau mengikut pendapat yang dhaif. Semoga ibadah puasa kita semua diterima & memperoleh manfaat yang berlipat ganda! 🌙✨

Puasa Ganti & Puasa 6 Syawal Serentak?

April 22, 2024

Mac 21, 2023

Dah Ready Ke Nak Ramadhan?

Minggu ni. Minggu yang agak sibuk! Syu yakin. Semalam & hari ni semestinya golongan mak-mak & bapa-bapa sibuk uruskan hal anak-anak nak masuk sekolah & hantar asrama segala😁. Esok lusa, guarantee sibuk pula buat persediaan untuk berpuasa. 


Ramadhan 2023


Sebut pasal puasa. Korang dah ready ke nak Ramadhan? Biasanya, sebelum tibanya Ramadhan. Mesti ramai sahabat-sahabat yang dah siap-siap :


  • Selesaikan puasa ganti
  • Bayar fidyah puasa
  • Amalkan puasa sunat di bulan Rejab & Syaaban
  • Beli groceries untuk persediaan sahur
  • Persiapkan diri untuk beribadah di bulan Ramadhan - Tarawih berjemaah di masjid, tadarus, dll.
 

Sinonimnya Ramadhan dengan...


Masuk bulan Ramadhan, otak sedia-sedia dah tahu yang bulan Ramadhan ni sinonim dengan :



1) Tarawih & tadarus Al-Quran


Tarawih & tadarus Al-Quran ni memang dah menjadi pengisian utama bila menjelangnya bulan Ramadhan. Pada yang banyak masa terluang, tadarus di buat disiang hari. Manakala tarawih pula dilakukan di sebelah malam sesudah solat Isyak. 



2) Malam lailatulqadar


Pada 10 malam terakhir Ramadhan, semestinya umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba agar dipertemukan dengan malam lailatulqadar ni. Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W :


Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 


(Hadis riwayat Ahmad)



3) Buah kurma


"Nikmati keenakan buah kurma dari Timur tengah. Yusoff Taiyoob..." - 🗣️ suara berbisik. Bulan Ramadhan, buah kurma is a must! Seminggu dua sebelum nak masuk bulan Ramadhan. Korang dah boleh dengar dah bisikan-bisikan halus dari Raja Kurma Malaysia kita, Yusoff Taiyoob 😂.


Macam biasalah, makanan sunnah ni memang WAJIB ada di atas meja sebagai dessert pembuka selera sebelum berbuka. Jadi, bila tibanya Ramadhan. Kurma mesti kena ada. Paling kurang, satu kotak untuk satu isi rumah. 


Tak yakin kurmanya boleh bertahan sampai penghujung Ramadhan 😂


Tapi, Ramadhan kali ni Syu tak beli Kurma Madu Yusoff Taiyoob. Syu beli kurma cap Bilal ni saja. Sedap & murah. Standard rasanya sama macam kurma premium. Sekotak harganya dalam RM9 - Boleh cari dekat TF Valuemart. 



3) Moreh Ramadhan


Bulan Ramadhan, surau-surau & masjid meriah dengan rezeki orang bersedekah. Dari hari pertama Ramadhan sampailah ke penghujung Ramadhan. Memang akan penuh slot moreh. Masa inilah acik-acik catering busy menyiapkan order buat duit-duit tambah 😁.


Ramadhan
KREDIT FOTO : MyTVOnline



4) Bazar Ramadhan


Hari pertama berpuasa mesti ramai yang akan pergi serbu bazaar Ramadhan. Almaklumlah, tak sempat nak balik masak 😅. Tak pun, memang sengaja malas masak sebab tekak berselera nak makan makanan bazaar Ramadhan 🤣. 


Harap-harap makanan yang dijual di bazaar Ramadhan tahun ni, tidak hanya sekadar indah khabar dari rupa. Memang sedia maklum, kita berada di bulan puasa. Tak boleh nak merasa segala.


Selagi boleh, tak mahulah terserempak dengan karipap angin, air tebu ceroi & kuih tawar melesey. Frust tau kalau kena scam macam tu. Nak-nak di bulan Ramadhan. Nak marah kena sabar 😂. 



5) Buffet Ramadhan 


Ramadhan
KREDIT FOTO : eatgo.com


Buffet Ramadhan, tak payah cakap. Meriah seluruh Malaysia sehingga ke penghujung Ramadhan. Sebulan sebelum puasa, macam-macam promosi early bird ditawarkan - Macam iklan raya. Belum habis puasa, iklannya dah keluar dulu 🤣. Ada buffet bertemakan masakan ala kampung, western & macam-macam lagi. Bawa duit & perut saja 😁. 



6) Geng plastik hitam


Geng plastik hitam, kawan dia semestinya van jenazah 😅. Harap tak wujud lagi geng plastik hitam ni masa Ramadhan nanti. Malulah, dah besar panjang reti-reti nak puasa. Puasalah. Sebulan saja. Bukan setahun. 


Apa-apa pun, semoga Ramadhan 2023 kali ni lebih baik & kita semua mampu untuk terus kekal konsisten dalam melaksanakan ibadah & mendapat berkat dari bulan yang mulia ini. Harus diingat, puasa bukan sekadar tahan lapar & dahaga saja. 

Dah Ready Ke Nak Ramadhan?

Mac 21, 2023

Mac 17, 2023

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Kedah Tahun 1444H/ 2023M

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
KREDIT FOTO : Pinterest


JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA KEDAH TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.



Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia, di Kedah khususnya dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Kedah


Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Kedah - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 1 : Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena 


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 2 : Pendang, Kuala Muda & Yan


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 3 : Padang Terap & Sik


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 4 : Baling


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 5 : Kulim & Bandar Baru


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 6 : Langkawi


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
ZON 7 : Puncak Gunung Jerai


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Kedah Tahun 1444H/ 2023M

Mac 17, 2023

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perlis Tahun 1444H/ 2023M

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1444H/ 2023M
KREDIT FOTO : Pinterest


JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA PERLIS TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.



Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia, di Perlis khususnya dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Perlis


Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Perlis - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa
Seluruh negeri Perlis. 


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perlis Tahun 1444H/ 2023M

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor Tahun 1444H/ 2023M

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor Tahun 1444H/ 2023M
KREDIT FOTO : Pinterest


JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2023 SELANGOR TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.



Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Selangor


Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Selangor - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa
ZON 1 : Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang & Hulu Langat


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa
ZON 2 : Sabak Bernam & Kuala Selangor


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa
ZON 3 : Klang & Ulu Langat










 

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor Tahun 1444H/ 2023M

Mac 15, 2023

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
KREDIT FOTO : Pinterest


JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2023 PERAK TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.



Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Perak


Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Perak - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕


Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 1 : Tapah, Slim River & Tanjung Malim

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 2 : Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 3 : Pengkalan Hulu, Gerik & Lenggong

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 4 : Temengor & Belum

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 5 : Teluk Intan, Bagan Datuk, Kg. Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan & Pulau Pangkor

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 6 : Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar 

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
ZON 7 : Bukit Larut

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M

Mac 15, 2023

Julai 08, 2022

Hari Arafah & Lafaz Niat

 



Hari Arafah & Lafaz Niat

Julai 08, 2022

April 01, 2022

Amalan Minum Air Ketika Bersahur

Tekak berasa haus antara cabaran utama ketika berpuasa. Tapi, perlu ke kita minum air banyak-banyak semasa bersahur supaya kita tak kehausan sepanjang hari ketika kita berpuasa 🤔? Ini amalan minum air ketika bersahur yang Syu bakal kongsikan dengan korang.


Badan kita ni tak dicipta khas macam unta padang pasir. Badan unta boleh simpan air pada bonggol. Hakikatnya badan kita ni tak ada tangki langsung untuk simpan air untuk kegunaan masa depan. Yang ada cuma tangki untuk simpan air kencing sahaja. Itu pun airnya bakal dibuang dari badan bila-bila masa especially bila tangki dah penuh 🤭.


Drinking water
Haus chor bulan-bulan puasa ni! 😁 - SUMBER FOTO : Google


Jadi, semasa bersahur kita perlu minum dengan cara yang berhemah supaya kita tak cepat haus & kekal terhidrasi sepanjang menghadapi bulan Ramadhan. Tak perlu minum sampai bergelen-gelen air ketika bersahur, sebab "the more water you drink, lagi cepat your body akan flush air itu semula" - Kevin Zahri.


Cukup sekadar airnya cukup-cukup untuk diminum & memenuhi keperluan badan. Takkan korang nak minum air sampai terkencing-kencing masa sahur kan? Makin bertambah cepatlah korang akan terkena dehydration nanti. Sebenarnya 3 cawan air bersaiz sederhana sudah memadai untuk dikonsum ketika bersahur.



Air apa patut minum? 


Semasa bersahur, amalkan minum air kosong (sejuk/suam) & sedikit air manis yang boleh menahan perut dari cepat haus & lapar. 2 jenis air ni bagus untuk diamalkan ketika bersahur. Tapi sebaiknya, lebihkan air kosong.


Misal kata korang minum air manis, sulamkan juga dengan air kosong. Bukan apa, air manis ni cepat menghauskan tekak. Walaubagaimanapun, ia bagus untuk membekalkan tenaga ketika berpuasa seharian - Cth : Milo & Horlicks.


Paling terbaik untuk diamalkan ketika bulan Ramadhan adalah air nabes. Malam sebelum bersahur, rendamkan kurma  3 biji dalam segelas air suam/kosong. Biarkan semalaman. Kemudian esoknya minum semasa bersahur. Insyaallah. Korang akan kekal terhidrasi sepanjang hari. 

Amalan Minum Air Ketika Bersahur

April 01, 2022