Januari 16, 2026
Roti Jala Hijau Oren

Dah lama betul Syu tak buat roti jala. Nak buat cadangnya, tapi bekas menjalanya pula entah ke mana. Bila dah pindah-pindah rumah ni almaklumlah. Pekakas masak-memasak semua pakai sumbat-sumbat jer kat mana-mana kotak. Udahlah label pun tidak. Jenuh nak mengorek. Maleyh ler kita!
![]() |
| Cicah dengan kuah durian. Urmmmm..dapnyer! 😋 |
![]() |
| Nak buat warna kuning. Tapi, jadi warna oren sebab tersalah beli warna 😅. Bila dikawankan dengan warna hijau macam cantiklah pula roti jalanya. |
Semalam kita langkah kanan. Rezeki! Alhamdulillah. Ada orang tu rajin menjala petang-petang - Dia cuti tak pelah. Kita ni kerja. Bila masa nak menjalanya. Time weekend baru ada masa 😂. Katanya dah lama tak buat roti jala. Saja nak test dia punya skills. Terer lagi ke tidak buat roti jala. Roti jalanya warna hijau oren pula tu. Saja dibuat lebih.
Lepas tu, dibaginya kat kita dalam sebekas, sekali dengan kuah durian buat ghaso-ghaso - Sekarang tak tahu musim durian kat celah mana. Tapi, kat Perak ni Syu tengok berleluasa orang jual durian longgok. Murah-murah pulak tu jualnya. Apa-apa pun terima kasih daun keladi Sarah Deris! Sedap & lembut roti jalanya. Dapat pula cicah dengan kuah durian. Memang layan! 😋
Julai 14, 2021
Minum Petang Hari Ni

Semalam tak berapa nak sihat. Barangkali demam tukar domain agaknya 😂. Sepanjang hari Syu sakit kepala & selesema. Jangan kata nak layan blogger, mood nak masak pon memang jauh ke laut Hindi nun. Tapi sakit-sakit pun tetap kena masak. Tak masak mahu kebulur jawabnyer. Hari ni alhamdulillah dah sihat sikit. Tekak pun teringin nak makan sesuatu yang ringan sahaja petang-petang ni.
Memandangkan baki kari semalam masih ada lagi. So, Syu pun buatlah roti jala. Sayangkan kari semalam. Dapat makan dengan roti jala pun okay jugak kan. Rasanya Syu tak payah selitkan resepi kot. Sebab Syu tahu mesti ramai yang dah expert buat roti jala ni. Jadinya, Syu cuma tunjuk apa yang Syu dah buat jer untuk Syu punya minum petang hari ni 😁.

By the way, jumlah kes COVID-19 semalam boleh tahan jugak yer peningkatannya - 11,079 kes. Paling Syu Seram bila tengok apa yang jadi dekat Covid Assessment Center (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor kemarin. Bayangkanlah punya ramai orang datang buat penilaian Covid-19 sampai dekat 4K. Dengan bawak anak kecik lepastu beratur pulak tengah-tengah panas. Allahuaakbar. Gila ke apa buat macam tu?
Syu paling kesian dekat frontliners. Sedih tengok video bila ada sorang frontliner tu sampai jatuh terseliuh semata-mata nak selamatkan pesakit. Ya Allah...cepatlah hendaknya Covid-19 ni berlalu. Bukan apa, majoriti frontliners kita banyak yang dah burnout. Kesian dekat diorang 😢.


