Jun 03, 2025
Nak berhenti kerja? Ni Contoh Surat Letak Jawatan Dalam Bahasa Inggeris Paling Simple Korang Boleh Tulis!
Kadang-kadang ada satu fasa dalam kerjaya, kita rasa dah tiba masanya untuk kita berhijrah ke tempat lain — sama ada korang dapat tawaran kerja lebih baik, nak sambung belajar, atau korang saja berubah angin nak belajar benda baru!
![]() |
| SUMBER FOTO : Shopify.com |
Apa pun sebab korang berhenti, satu perkara penting yang korang kena buat adalah - tulis surat letak jawatan. Baru nampak lebih beradab & profesional. So, dalam artikel kali ni, Syu nak share contoh surat letak jawatan bahasa Inggeris paling simple korang boleh tulis. Lebih ringkas, padat & nampak lebih profesional.
[Your mailing address]
------------------------------------------------------------[Company's address] [Date]
Dear [Manager’s Name],
Subject : Resignation Letter
I am writing to formally resign from my position as [Your Position] at [Company Name], effective [Last working day, typically two weeks from the date of this letter - Refer your contract of employement].
This was not an easy decision to make, as I have truly valued the opportunities for growth, the support of the team, and the positive work environment I have experienced here. However, after careful consideration, I believe it is time for me to pursue a new direction in my career.
I am committed to ensuring a smooth transition and will do my best to hand over my responsibilities effectively before my departure. Please let me know how I can assist during this period.
Thank you once again for the trust and opportunities you have given me during my time with the company. I genuinely appreciate the experience and will carry it with me as I move forward in my career. Thank you for your consideration, and I look forward to your response.
Sincerely,
----------------------------------- [Your Signature]
[Your Full Name]
💡 Tips Tambahan:
-
Notice period biasanya 1 bulan (atau ikut kontrak kerja) - Cek balik kontrak kerja korang & make sure korang follow notice period untuk elak dari kena tuntutan gaji ganti notis (in lieu of notice) oleh majikan di Pejabat Buruh.
-
Jangan lupa selitkan ucapkan terima kasih dalam surat perletakkan jawatan korang tu - Walaupun pengalaman kerja korang dekat company tu tak 100% indah, profesional tetap profesional.
-
Kalau hubungan korang dengan bos baik, boleh juga tambah ayat “I hope to keep in touch”. At least sejuk sikit hati bos korang walaupun korang selalu berseteru!
September 18, 2024
Pengesahan Bermastautin Rumah Kos Rendah Negeri Perak

Kerajaan Negeri Perak sekarang ni udah strict kome pasal bab-bab jual beli hartanah kat negeri Perak ni! Tambah-tambah bila melibatkan rumah kos rendah. Pemegang IC luar Perak macam Syu ni terpaksa usaha lebih sikitlah nak dapatkan rumah 😅. Sudahlah banyak prosedur. Makan masa yang lama pula tu - Rumah yang Syu nak beli ni dah nak dekat setahun tak setel-setel lagi tau. Harap tahun ni dapatlah pindah masuk hendaknya.
Even nak jual semula rumahnya pun kena make sure tempoh pegangannya kena cukup atau lebih dari 10 tahun. Kalau tak, memang kena penaltilah jawabnya dengan Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP) - Penalty dalam anggaran 5-10% daripada harga jualan rumah. Actually, boleh jer kalau nak appeal. Cuma makan masa lah sikit. Macam yang Syu kena sekarang ni. Nak dekat setahun jugalah baru setel & boleh proceed MB consent 🥹.
Surat akuan bersumpah Pesuruhjaya Sumpah
Yang lahir luar Perak tapi dah lama bermastautin & berhajat nak beli rumah kos rendah, kena buat pengesahan bermastautin di Pejabat Penghulu mukim terlebih dahulu. Setel part yang ini baru boleh submit permohonan kat LPHP - Part yang ini lawyer setelkan. Kita just setel mana yang berkenaan sahaja.
So, ada satu hari tu, Syu setelkan lah surat pengesahan bermastautin ni. Dah nama pun IC luar kan. So, nak tak nak terpaksalah cari bukti yang kita ni dah stay lama kat negeri Perak ni. Nak setelkan surat bermastautin ni pun makan masa juga tau.
![]() |
| Buat surat ini pun makan modal kome! Surat akuan saja RM60. Belum campur copnya lagi 😬. |
Ambil setengah hari cuti memang tak cukup 😌. Pasal nak kena kejar masa buat surat akuan bersumpah dengan pesuruhjaya sumpah juga - Kena bawa saksi sekali untuk pengesahan tau. Nasib baik ada si Sarah.
Nasihat Syu, kalau korang boleh taip sendiri surat akuannya, better korang taip. Pasal upah naip surat akuan ni mahal. Tiru jer contoh macam kat atas ni. Lepas tu bawa ke Pesuruhjaya Sumpah sana suruh diorang cop.
Pengesahan bermastautin Pejabat Penghulu
Dah setel part surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah, then barulah boleh proceed buat serahan dokumen dekat Pejabat Penghulu pula untuk dapatkan surat pengesahan bermastautin 😮💨. Sampai kaunter Pejabat Penghulu, minta borang dari kerani. Isi borangnya bagi lengkap. Lepas tu attach sekali dokumen-dokumen ni masa serahan:
- Salinan kad pengenalan
- Surat akuan bersumpah - Kena bawa saksi sekali untuk pengesahan depan Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan kad pengenalan saksi
- Surat akuan bersumpah saksi
- Salinan bil elektrik & air tempat tinggal
![]() |
| Inilah ghoper surat pengesahan bermastautin nyer. Tak ada ni. Tak jadilah kerojer Syu nak beli ghomah! Aje tumpo! 🥹 |
Dapat jer borang yang kita isi tadi tu, terus kerani akan update dalam diorang punya sistem. Kemudian diorang akan print out keluar then pass pada Penghulu untuk dicop & tandatangan.
Setel part pengesahan bermastautin, now dah boleh start tepek dokumen ni kat lawyer sana untuk diorang proses. Biar lawyer pula yang continue kerja sampai setel - Bukan suruh deme buat kerja free. Kita bayor diorang what 🤣?!
By the way, sekarang sistem Pejabat Penghulu negeri Perak udah canggih & lebih sistematik. Deme pakai Sistem e-Penghulu. Mana ada lagi taip-taip surat bagai macam dedulu. Even surat pengesahan bermastautin macam ni pun dah computer generated.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
- Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara
- Breakfast Roti Bakar Karamel Paling Simple
- Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? 🤔


