Posts with the label Takziah
Memaparkan catatan dengan label Takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Takziah. Papar semua catatan

Februari 02, 2024

Abang Suresh Selamanya Di Hati

Petang semalam, Syu terima khabar duka dari kawan-kawan tempat lama Syu kerja, Persatuan Daybreak. Katanya, abang Suresh dah meninggal dunia akibat serangan jantung 😢. Upacara pengebumiannya dibuat pada jam 12 tengahari hingga jam 2 petang - Sempatlah Syu singgah tengahari tadi bagi penghormatan terakhir. 


Dari kiri : Punitha, Syu, May & Abang Suresh. Belakang : Abang Gopal


Pada awalnya, Syu agak terkejut juga bila terima perkhabaran tu. Tak sangka & tak percaya yang abang Suresh dah tak ada 🥺. Setahu Syu, abang Suresh mana ada sakit apa-apa. Even abang Gopal cakap, abang Suresh siap gembira-gembira lagi dengan family dia malam tu.



Memang betul lah. Ajal maut tu kita tak boleh jangka. Bila-bila masa saja boleh dijemput. Apa-apa pun, takziah buat keluarga abang Suresh. Kami rakan-rakan yang pernah berjuang bersama abang di Persatuan Daybreak, akan sentiasa merindui abang walau di mana jua kami berada 😢. 

Abang Suresh Selamanya Di Hati

Februari 02, 2024

Mei 24, 2023

Innalillah & Al-Fatihah Buat Pak Ngah Hamdi

Semalam terpaksa kerja setengah hari sebab ada ada terima khabar duka dari sepupu belah suami Syu. Lepas Zohor terus kami berdua laki bini gerak ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.


Alhamdulillah, sempatlah jumpa arwah buat kali terakhir di wad paliatif. Tapi, malangnya masa tu arwah dah tak sedarkan diri lagi & hanya bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.


Sayu sangat bila masuk wad paliatif ni tadi. Masa ni arwah dah tak sedarkan diri dah 🥲. 


Lepas asar dalam jam 5.44 petang, kami dapat perkhabaran sekali lagi yang Pak Ngah Hamdi dah tak ada 😔. Innalillah. 


Pengurusan jenazah semua diuruskan oleh pihak HRPB. 


Apa-apapun takziah diucapkan buat adik Cu Na sekeluarga. Semoga adik kuat & sabar menerima ujian ni 😔. Al-Fatihah juga buat arwah Pak Ngah Hamdi. Semoga tenang & dipermudahkan urusan di sana.

Innalillah & Al-Fatihah Buat Pak Ngah Hamdi

Mei 24, 2023

November 19, 2021

Al-Fatihah Buat Sahabat Blogger Kak Kamsiah Yussof

Assalammualaikum saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pn.Komsiah.


Pada 1 November 2021, Pn.Komsiah telah pergi ke alam rahmatullah pada jam 8.36 malam. Jenazah beliau telah selamat dikuburkan pada jam 11 pagi pada esok hari. Saya sebagai anaknya meminta semua pembaca untuk doakan mak saya Komsiah binti Yusoff. Semoga arwah beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga firdaus 


- Tasha-


Innalillah & Al-Fatihah buat sahabat blogger kita Kak Kamsiah Yussof. Agak terkejut juga bila dapat perkhabaran ni dari posting anak Kak Kamsiah sendiri di blog arwah Detik-detik Indah Dalam hidupku. Rupa-rupanya dah dekat 3 minggu arwah tinggalkan kita buat selama-lamanya. Allah...memang tak sangka betul. No wonderlah dah lama tak nampak post arwah dekat blog. Last post pun cerita pasal sup rangka ayam. Itupun ngam-ngam hujung bulan lepas. Lepas tu tak ada langsung dah post dari arwah.


Takziah buat Tasha sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Pada Syu, ianya memang suatu kehilangan yang agak besar juga didalam dunia Blogger ni. Masih tak percaya yang arwah dah tak ada.

Al-Fatihah Buat Sahabat Blogger Kak Kamsiah Yussof

November 19, 2021

Ogos 09, 2021

Pemergian Yang Tak Diduga

Siti Sarah Raisudin

Sebenarnya Syu masih lagi terkejut dengan perkhabaran ni. Tapi, apalah daya kita sebagai manusia biasa ni kan. Perancangan Allah lagi Maha Hebat daripada apa yang kita sangka kan. Sememangnya, dugaan ni amat berat buat Shuib. Harap dia tabah hadapi ujian ni bersama anak-anak.


Buat arwah Siti Sarah, semoga rohnya dicucuri rahmat & di tempat dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah buat arwah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

 



Pemergian Yang Tak Diduga

Ogos 09, 2021

Jun 15, 2021

Sesungguhnya COVID Itu Benar!!


 Sedih betul semalam bila dapat khabar dari kawan satu universiti Syu yang maknya dah meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Last time dia ada inform dekat FB yang satu family dia disahkan positif. Even isteri dia yang tengah sarat mengandung lima bulan pun tak terkecuali. Mak dengan ayahnya pulak dikatakan kritikal sampai terpaksa dikomakan dekat unit rawatan rapi (ICU) pada 3 June hari tu. Takutnya ya Allah bila dengar kena sampai macam tu. Tiba-tiba teringat dekat family dekat kampung. Harap-harap diorang sihat & tehindar dari jangkitan virus ni. Sedih tau kalau salah seorang family members kita terkena musibah macam ni. Dah lah tak boleh jumpa. Kena kurantin asing-asing. Even masa pengebumian jenazah pun tak boleh tengok & kucup jenazah buat kali terakhir 😩.


Kawan Syu yang lain ada bagitahu yang punca kena jangkitan tu sebab ada contact rapat dengan kawan anak dia. Actually ayah dia ada terlibat dengan satu kemalangan jalan raya ni, so kawan anak dia datanglah tolong. Tapi tak sangka pulak yang menolongnya tu tiba-tiba disahkan positif Covid. Tak pasal-pasal satu family kawan Syu ni terkena jangkitan. Mula-mula diorang ingat tak ada apa-apa sebab simptom covid tu tak ada langsung. So, diorang tak ada lah buat swab test untuk buat pengesahan yang diorang tu negatif. Tapi entah sampai hari ke berapa entah, tiba-tiba simpton Covid tu keluar. Mak dengan ayah dia kena attack dengan virus tu & terpaksa ditempatkan dekat stage 4 di pusat kuarantin di Johor. Tak lama tu isteri dengan kawan Syu pulak kena. Masa diorang dekat pusat kuarantin, memang masing-masing satu family tak berjumpa langsung sebab masing-masing diasingkan mengikut kategori penghidap.


Actually, arwah mak kawan Syu tu sempat jugak sedar dari koma. Masa tu kawan Syu ingat arwah mak dia dah okay, sebab dah sedar & boleh comunicate macam biasa. Tapi tak sangka, Allah lagi sayang & lebih mengetahui. Tak sampai 24 jam, arwah maknya disahkan meninggal dunia. Dengar kata, ada infection dekat bahagian hati 😢. Memang tak sangka betul. Padahal kawan baru jer beberapa jam sembang-sembang dengan mak dia melalui telefon. Siap suruh ajak balik rumah lagi. Ya Allah sedihnya...Dahlah ayah dia pun belum sedar lagi. Cuba imagine bila ayah dia sedar, tahu-tahu isteri kesayangan dia dah meninggal. Allahuakbar. Tak boleh nak bayangkan perit dia macam mana.


Al-fatihah buat Cikgu Asiah. Semoga Allah berikan kesembuhan buat ayah Faizi, Cikgu Wahab😢.


Kepada sahabatku Faizi & Saleha, memang hebat sungguh ujian & dugaan korang berdua satu family. Korang satu family sememangnya Covid Fighter yang hebat Allah uji. Kepada Faizi, takziah atas pemergian ibu tercinta & semoga korang adik beradik tabah & sabar hadapi ujian. Memang tak sangka dapat perkhabaran ni. Apa-apapun, Al-fatihah buat Cikgu Asiah. Semoga arwah tenang di sana & ditempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Peringatan jugak untuk diri sendiri & sahabat-sahabat Syu, tak kiralah sahabat blogger ke apa. Jagalah diri korang. Covid ni kalau nak kena memang kita tak boleh jangka. Even duduk rumah pun possibility untuk kena tu tetap ada. Tak ada apa-apa hal, duduk jer diam-diam dekat rumah. Kalau keluar berbeli barang, make sure balik rumah tu terus mandi. Buat sementara waktu ni jugak, stop dulu aktiviti luar. Bukan apa, enviroment kita sekarang ni memang sangat-sangat tak sihat. Even udara yang kita dok sedut hari-hari ni pun silap-silap contaminated dengan virus pembunuh tu. Sesungguhnya COVID ITU BENAR. Nak tak nak kita terpaksa hidup dengan virus ni sepanjang hidup kita.



Sesungguhnya COVID Itu Benar!!

Jun 15, 2021

Mei 30, 2021

Al-Fatihah Buat Mufti Negeri Perak

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن وَإِنَّا إليَ رَبِّنِا َلمُنْقَلِبُون
الَلهُمَّ اكْتُبْهُ عِنْدَكَ ِفي اُلمحِسنِينِ وِاجْعَلْ ِكتابَهُ ِفي ِعلّيِّين
وَاْخلُفْهُ في أَهْلِهِ في الغَابِرين
وَلا تحَرِْمْنا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَه

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.

Ya Allah! Tulislah dia (HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

😩Agak sedih sebenarnya bila dapat perkhabaran dari Jabatan Mufti Negeri Perak atas kembalinya Tan Seri Dato' Seri Dr. Haji Harussani ke rahmatullah. Beliau disahkan meninggal disebabkan jangkitan wabak COVID-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.45 petang. Innalillah & al-fatihah untuk beliau.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jasa beliau memang tak terhingga nilainya terutama dalam melibatkan hal-hal ehwal keagamaan & perpaduan umat Islam😢.

Al-Fatihah Buat Mufti Negeri Perak

Mei 30, 2021