Mac 26, 2022
Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Ipoh 2022
SENARAI BUFFET RAMADHAN SEKITAR IPOH 2022 || Bulan puasa dah tak lama dah. Buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan. Sesiapa yang buat tempahan awal ada diberikan potongan diskaun. Tapi tak semualah ya.
Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semuanya ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata banyak yang menawarkan pakej makan secara ala carte.
Mesti ada yang tercari-cari tempat bebuka puasa ala buffet di sekitar Ipoh ni kan. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di Ipoh untuk tahun 2022 ni.
1) Hotel Seri Malaysia
2) Hotel Casuarina Meru
3) Tiffin Restaurant @ Weil Hotel
4) The Lodge
5) MU Hotel
6) Impiana Hotel Ipoh
7) Cafe Warisan Bonda
8) The Heaven All Suite Resort
9) Kinta River Front Hotel & Suites
10) Symphony Suite Hotel
11) Gopeng Glamping Park
12) Casa Impian De la Rosa
13) Azno Catering @ Ayu Castle
14) D'Polo Cafe
15) Marcas Cafe
16) Hotel Excelsior Ipoh
17) The Limestone's Restaurant
18) Royal Perak Golf Club
19) Zulyahya Steamboat & BBQ
20) Nasi Buluh Meru
21) Char Kuey Teow Abang Sayang
22) Rumah Putih
23) Cottage 75 Cafe
24) Dina Pazta Cafe
25) Angsana Ipoh Mall
26) Gulai Panas Opah Esah @ Cute Hotel
27) Restoran Sajian Sazlee
28) Rezeki 411
29) Panchor Corner
30) Astana Fartisha
31) Miker Food
32) MH Hotel Ipoh
[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]
Nak pilih yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Lagipun, sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali 🤭💕.
Mac 25, 2022
Biskut Kelapa Legend

![]() |
| Memang ranggup & sedap biskutnya 😋. |
Biskut kelapa ni biskut legend tau. Syu belum keluar perut mak lagi biskut ni dah ada kat muka bumi 🤭. Dari muda remaja sampai nak masuk usia senja. Masih in love dengan biskut ni. Ada yang suka tak biskut ni? Tinggal komen sikit 😁. Yang tak suka. Boleh tahu kenapa?
The Whole Truth [2021]
Genre :
Korang dah tengok filem Thailand berjudul The Whole Truth ni? Ceritanya boleh tahan menarik juga. Kalau korang nak tahu cerita ni mengisahkan tentang dua orang remaja (Pim & Put) yang terpaksa tinggal bersama dengan dengan atuk & nenek diaorang. Semuanya disebabkan mak diorang dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan.
Sepanjang tempoh diorang membesar. Pim & Put tak pernah sekalipun berjumpa dengan atuk & nenek diaorang. Malah, diorang sendiri pun tak tahu yang diaorang ada atuk & nenek.
Sejak pindah ke rumah atuk & nenek diaorang, bermacam-macam perkara aneh diaorang alami. Semua bermula apabila Put melihat sesuatu dari satu lubang kecil yang ada pada dinding rumah atuk & neneknya.
Perkara aneh yang macam mana? Yang ini korang kena tonton sendiri di Netflix. Pada Syu, filem ni boleh dikatakan sederhana seram & boleh ditonton oleh semua peringkat umur - SELAMAT MENONTON 😉💕!
Mac 24, 2022
Cara Pasang Webcam Cover


Syu tak ingat bila Syu beli webcam covers ni. Yang pasti Syu masukkan dalam troli Shopee sebab nak mencukupkan RM15. Kalau tidak memang tak dapatlah Syu guna free shipping voucher dari Shopee masa nak checkout. Harganya tak mahal mana pun. Cuma 28 sen sahaja sekeping.
Webcam cover ni Syu beli tak banyak pun. Dalam 6 keping saja. Lagipun nak buat apa beli banyak-banyak. Bukan ada banyak laptop pun di rumah. Masuk yang baru beli ni pun baru ada 2 biji laptopnya. Jadi, masa tu memang rasa tak perlu pun nak beli banyak-banyak.
Nak dijadikan cerita. Minggu lepas. Syu tak sangka kena attend kursus online CIDB. Disebabkan company tak ada sediakan laptop mahupun PC berkamera. Nak tak nak terpaksalah Syu guna laptop sendiri untuk attend course. Nasib baik masa tu Syu dah beli laptop - Beli secondhand jer. Kalau tidak, memang jenuhlah nak join zoom meeting guna smartphone selama 2 hari.
Dekat laptop Syu yang lama Syu dah pasangkan dah. Cuma pada laptop yang baru saja Syu belum pasangkan lagi. Ingatkan nak biarkan saja laptopnya tanpa webcam cover. Tapi memandangkan esoknya nak kena tayang muka live guna webcam, jadi Syu pasangkan sajalah webcam cover pada laptop Syu siap-siap. Ingatkan dah tak nak pakai dah benda ni. Siapa sangka. Rupa-rupanya berguna juga.
Cara pasang webcam cover
Nak pasang webcam cover ni tak susah mana pun sebenarnya. DIY pun boleh. Cuma perlu berhati-hati sedikit supaya tak tersalah pasang. Selain laptop, webcam cover ni boleh juga dipasang pada tablet, PC & juga smartphone. Tapi, kena pastikan saiznya betul-betul sesuai. Untuk pemasangan, korang boleh ikut 4 langkah mudah ni :
LANGKAH 1 : Bersihkan kawasan permukaan webcam dari sebarang habuk & kotoran - Sebaiknya gunakan pad berakohol
LANGKAH 2 : Tanggalkan pelekat pada bahagian belakang lense cover
LANGKAH 3 : Tampalkan pada bahagian webcam & tekan sedikit supaya webcam cover betul-betul melekat - Elakkan cover dari menutupi lampu sensor & webcam
LANGKAH 4 : Gerakkan cover ke kiri & kanan untuk aktif/nyahaktifkan fungsi webcam
Perlu ke letak webcam cover?
Terpulang pada korang selaku empunya laptop. Nak letak boleh. Tak nak letak pun tak mengapa. Ada sesetengah orang macam Syu agak paranoid sedikit bila sesi tayang muka secara live ni. Manalah tahu kan, masa tengah live tu tiba-tiba tangan sibuk nak korek hidung ke apa 😂. Nanti tak pasal-pasal seantero dunia nampak adegan tak semenggah tu.
![]() |
| SUMBER FOTO : Cameron Summerson |
Demi menjaga privasi & mengelakkan perkara tak diingini berlaku, ada baiknya juga letak webcam cover sebagai langkah berjaga-jaga. Selain untuk privasi, webcam cover juga mampu mengurangkan potensi dari digodam oleh hackers & diakses oleh orang ramai tanpa pengetahuan kita. Jadi, ada manfaat juga penggunaan webcam covers pada webcams ni sebenarnya.
Lebih daripada 15,000 kamera web terdedah kepada serangan & mudah diakses oleh orang ramai
- Chase Williams -
Ada sesetengah laptop baru mungkin dah sedia ada dilengkapkan dengan webcam cover. Jadi, tak perlu risau lagi nak pasang pada webcam covers atau pun tak.
➣ BACA JUGA
Apple tak berapa galakkan
Untuk produk jenama Apple seperti MacBook, MacBook Air mahupun MacBook Pro. Pihak Apple tak berapa galakkan penggunaan webcam cover ni. Sebab dikhuatiri akan menjejaskan fungsi & kualiti kamera sedia ada - sensor cahaya, pencahayaan & true tone.
Walaubagaimanapun, pihak Apple tidaklah terlalu rigid dengan penggunaan/pemasangan webcam covers ni. Misal kata korang nak pasang juga. Ada beberapa guidelines yang korang perlu patuhi sebelum membuat pemasangan webcam covers. Antaranya :
Ketebalannya tak lebih dari ketebalan purata sehelai kertas (0.1mm)
Elakkan webcam covers yang mudah meninggalkan sisa pelekat
Keluar/tanggalkan sebelum menutup laptop - Untuk ketebalan webcam cover yang melebihi 0.1mm
Jenis-jenis webcam covers
Di luar sana ada bermacam-macam jenis rekabentuk webcam lense cover yang korang boleh beli. Terpulang pada citarasa korang nak pilih jenis yang macam mana. Asalkan saiznya nipis (<0.1mm) & bukan diperbuat dari material yang keras seperti besi. Sebab dikhuatiri akan merosakkan webcam korang.
Antara jenis webcam cover yang ada terjual dipasaran adalah :
![]() |
| SUMBER FOTO : Shopee |
- C-slide || Boleh dilarakan ke kiri & ke kanan. Ada juga yang boleh dilaras ke atas & ke bawah.
- Pita pelekat || Rupa seakan-akan pita pelekat biasa. Tapi direka khas untuk menutup permukaan webcam.
- Berengsel || Boleh dibuka tutup macam buka tingkap
- Berpenutup || Penutupnya boleh dicabut & dipasangkan semula
- Klip || Hanya perlu disepitkan pada webcam
Pilihan webcam cover yang macam mana korang nak, itu terpulang. Asalkan ianya tak memberikan kesan yang buruk pada laptop. Jadi, pilihlah webcam cover korang dengan bijak.
Sumber rujukan
Why You Should Use a Webcam Cover - Cameron Summerson
Don't close your MacBook, MacBook Air, or MacBook Pro with a cover over the camera - Apple.com
How Do You Cover a Webcam? C-Slides, Stickers, & More - qualitylogoproducts.com


































.jpg)

