Mei 23, 2022

Diskaun Kompaun 70% Majlis Bandaraya Ipoh

Berita gembira buat warga Ipoh yang ada bersusun saman parkir. Bersempena ulang tahun yang ke-34, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ada tawarkan pengurangan kompaun sebanyak 70%. Tawaran ni dibuka selama satu hari sahaja iaitu pada 27 Mei 2022. Jadi, pada korang yang ada saman parkir MBI. Inilah masanya untuk korang bagi settle saman-saman parkir korang yang sedia ada tu.


SUMBER FOTO : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)


Bila sebut pasal saman parkir. Auto teringat pada diri sendiri. Syu pun ada rekod saman juga dengan MBI ni. Ada tiga saman semuanya. Tahun lepas selesai sudah bayar dua saman. Masa tu diskaun kompaun yang ditawarkan cuma 50% sahaja. Dalam diskaun 50%  tu, busuk-busuk melayang jugalah RM50.



Sekarang saman parkir Syu masih berbaki satu lagi saman. Alang-alang dah ada diskaun 70% dari MBI ni. Ada baiknya juga Syu selesaikan secepat mungkin. Malas nak berhutang dengan MBI dah. Jadi, siapa-siapa yang ada saman parkir tu moh ler kita pakat-pakat pergi bayor! 😁



Semakkan & pembayaran kompaun


Buat warga Ipoh yang ada saman parkir macam Syu. Segala kompaun korang boleh disemak melalui :


  • Kaunter We serve
  • e-semak & e-cetak di portal rasmi MBI atau
  • Aplikasi Park@Perak  - Muat turun dari mana-mana stor aplikasi (app stores)



Manakala untuk pembayaran kompaun pula, ianya boleh dijelaskan melalui pembayaran di :

 

  • Kaunter MBI
  • e-bayaran di portal rasmi MBI
  • Aplikasi Park@Perak

Mei 20, 2022

Saloma Steamboat & Grill - Tanjung Rambutan, Perak

Memandangkan semalam Syu malas nak masak. Jadi, kita pilih port makan terbaik untuk kenyangkan perut yang tercinta. Dengar cerita ada satu restoran steamboat MURAH & SEDAP baru buka di kawasan Ipoh ni. Saloma Steamboat & Grill nama restorannya. Lokasi restoran ni letaknya nun di Tanjung Rambutan nun 😂. Kalau dari rumah Syu, makan masa setengah jam jugalah nak sampai ke sana. Tapi bila sentuh bab nak isi perut. Soal jauh? No problem 😁.

 

Steamboat & Grill Buffet Ipoh
Memang meriah & dapat sambutan ramai. Sedap & murahlah katakan.

 

Kalau ikutkan dah lama dah Syu aimed restoran ni sebenarnya. Dari bulan puasa hari tu lagi Syu nak makan berbuka puasa dekat sini. Tapi tak sempat. Sebab malas nak keluar rumah jauh-jauh semata-mata nak berbuka puasa 😆. Even masa raya ke-10 tempoh hari pun Syu dah planned nak makan dekat sini ramai-ramai dengan famili sebelah suami. Tapi disebabkan tempahan dah penuh. Terpaksa batalkan niat.



Semalam lepas maghrib baru dapat peluang jejakkan kaki. Tak ada booking dah. Kami berdua laki bini terus datang walk-in saja. Cuba nasib. Andai kata penuh. Anggap saja tak ada rezeki. Alhamdulillah. Lengang. Tak ramai orang masa kami datang semalam. Tapi masa kami masuk, ada jugalah beberapa meja yang dah di-reserved awal oleh pelanggan.

 

 

Cantik, Selesa & Mesra Foto

 

Sejujurnya, suasana restoran Saloma Steamboat & Grill ni memang cantik & meriah. Waktu siang memang restorannya nampak macam sendu & biasa saja. Cuba kalau korang datang waktu malam. Memang colourful & ceria tempatnya. Merata-rata lampu dipasang keliling restoran ni. Tempat pun santai & sejuk mata memandang. Tambah-tambah bila diselitkan elemen buluh dalam dekorasi kedai. Rasa macam duduk dekat kampung pun ada.


Saloma Steamboat & Grill
Dia punya tema tu macam ala-ala Buloh Inn dalam filem Do Re Mi 😁.


Bukan itu saja. Di restoran ni juga ada dikhaskan satu port untuk korang bergambar. Buat yang suka ber-OOTD & berhajat nak ambil gambar buat kenang-kenagan tu memang sesuai sangatlah. Misal kata korang tak ada cameraman. Jangan risau. Korang boleh minta tolong krew restoran ni ambilkan gambar. Insyallah, diorang sudi membantu - Sebab Syu sendiri pun buat juga 😁.



Semua menu sedap-sedap belaka

 

Kalau korang nak tahu, semua menu di Saloma Steamboat & Grill ni dihidangkan secara buffet. Bermula dari hidangan pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut. Terus terang Syu cakap. Semua menunya sedap-sedap belaka. Pilihan pun banyak. Memang rambang mata nak memlilih. Terpulang korang nak makan banyak mana sekalipun. Asalkan syaratnya JANGAN MEMBAZIR.


Steamboat & Grill Buffet Ipoh
Kita sebagai mem besar memang gembira sangatlah sebab dapat gantung periuk belanga satu hari.


Harus diingat ya. Setiap pembaziran makanan yang korang buat, pihak restoran akan kenakan cas/penalti untuk setiap gram yang korang dah bazirkan - RM20/200g kalau tak silap Syu 😅. Jadi, Syu nasihatkan bila nak makan tu berpada-padalah. Biar bersukat orang kata. Jangan ikut nafsu. Barulah tak ada pembaziran. Lagipun, membazir tu kan amalan syaitan.

 

Steamboat & grill di restoran Saloma Steamboat & Grill ni memang tak dinafikan kesedapannya. Dari bahan perapan grill sampailah ke sos pencicah. Memang padu tak terkata. Untuk kuah steamboat pula, ada dua pilihan kuah diberikan. Satu kuah tomyam & satu lagi kuah sup. Syu sempat rasa kuah tomyam saja semalam. Boleh tahn sedap juga kuahnya. Next round nak cuba kuah sup pula.


Steamboat & Grill Buffet Ipoh
Big boss memang sukalah. Tambah-tambah ada udang galah fresh.Memang makan puas-puaslah jawabnya.


Selain steamboat & grill, menu lain yang paling Syu suka ialah soft icecream, kek red velvet & spaghetti. Sampai ke hari ni teringat-ingat tau. Sebab sedap sangat. Even sayur pak choy gorengnya yang simple tu pun sedap. Lagi satu yang seronoknya bukan apa. Tauke kedai pun tak kedekut orangnya. Lepas dah bayar pun dia still bagi kebenaran untuk tapau aiskrim.


Makan buffet di restoran ni memang puas hati. Sudahlah murah harganya. Banyak pilihan & sedap pula tu. Memang tak rugi makan buffet dekat sini. Pada yang ada disekitar Ipoh, korang WAJIB SINGGAH restoran Saloma Steamboat & Grill ni.



Dengar cerita, harga promosi buffet tuan kedai dah lanjutkan sehingga penghujung bulan May ni sahaja. Masuk bulan Jun, harga bakal dinaikkan. Jadi sementara tengah murah ni. Jomlah pakat ramai-ramai pergi serbu. Tak cuba memang rugi. Jangan lepaskan peluang okey! Untuk maklumat lanjut & sebarang tempahan boleh rujuk details di bawah.

 

Logo
 
HARGA
 
Dewasa - RM29.90 (NP : RM32.90)
Warga emas/OKU - RM24.90 (NP : RM27.90)
 
Kanak-kanak :
 
7-12 tahun - RM19.90
3-6 tahun - RM9.90
1-2 tahun - PERCUMA
 
WAKTU OPERASI
 
Isnin-Ahad
5 p.m. ~ 12 a.m.
 
 
NO.TELEFON : 011-1878 7736 
 

Mei 15, 2022

Sekadar Ikhtiar Untuk Move On

Relaxation

Lama dah Syu bertapak di tempat Syu kerja ni. Dari hari pertama berkhidmat. Sampai ke hari ni macam tak ada apa-apa perkembangan langsung. Baik dari segi kerjaya, gaji, bonus mahupun medical benefits. Masa interview 3 tahun lepas kemain janji bulan bintang. Katanya setiap tahun ada kenaikkan gaji & sebulan bonus. Hujung-hujung habuk pun tak ada.


Office
Pejam celik. Ada 3 tahun jugalah dekat sini.


Rasanya dah sampai masa Syu ikhtiar untuk move on cari kerja dekat tempat lain. Sampai bila nak stay dekat sini. Sudahlah apa benefits pun tak ada. Panel kinik pun sikit punya kedekut nak provide pada staf. Padahal staf bukan ramai manapun. 10 orang pun tak sampai. Buat projek juta-juta. Dengan staf pun nak bakhil.



Raya tanpa gaji


Paling sedih masa nak sambut raya hari tu. Memang terserlah bias-nya. Masa nak sambut Tahun Baru Cina boleh pula released gaji awal. Bila sampai raya kita. Masuk raya ke-4 baru dapat gaji. Nak raya apa macam tu? Orang sebelum rayalah nak berbelanja segala. Tak kiralah raya tergermpar sekalipun.


Yang hairannya, staf-staf berbangsa Cina minta awalkan gaji 3 hari sebelum Hari Raya Cina elok pula lepas dapat gaji 27/1. Yang kami ni seminggu awal dah minta. Haram tak nak bagi. Sekurang-kurangnya kalau tak nak bagi penuh sekalipun. Paling kurang bagilah half. Ini tak. Dah nak masuk raya ke-5 baru dapat gaji.



Officemates Syu dah meletup-letup hantar Whatsapp tanya pasal gaji. Runsing nak menjawab. Nak tak nak terpaksa redha sajalah. Kita yang staff perempuan ni tak adalah rasa terbeban sangat kalau gaji lambat sebab ada suami tolong support.


Yang staff lelakilah paling kesian. Buatnya isteri minta nak beli baju raya barang raya segala? Apa nak dihulurkan?  Kalau ada duit simpanan buat backup tak mengapa. Buat yang tak ada savings. Memang raya kosong-kosonglah jawabnya. Macam Syu alhamdulillah masih ada simpan duit spare buat backup. Walaupun duit dah banyak lesap hujung bulan lepas - Hampir RM4K Lesap Dari Maybank



Dapat panggilan temuduga


Job interview
Cuba saja. Dapat tak dapat tolak tepi.


Selasa ni ada panggilan temuduga. Harap-harap ada rezekilah hendaknya. Bukan apa. Tak lalu dah Syu nak kerja dekat tempat sekarang ni. Tambah pula bos jenis suka buat kerja underground tak nak ikut undang-undang.



Elok-elok kerja mudah. Jadi, bertambah-tambah renyah & leceh nak diselesaikan. Jenis bos macam ni elok tinggalkan saja. Baru dia ada akal sikit. Bila cakap tak nak dengar. Bila isu jadi besar, kitalah yang kelam kabut nak selesaikan. Geram tau. Bos korang macam ni tak?

Mei 05, 2022

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum semua sahabat maya. Sudah masuk raya ke-4 baru Syu sempat nak create entri 😅. Cerita pun dah nak basi. Jangankan di Blogger. Di socmed pun Syu tak sempat nak up gambar raya. Bukan apa, malas nak kelebek handphone. Kalau ikutkan ada banyak yang nak dicoretkan dekat Syuderis.com ni. Tapi, malas pula nak hadap laptop.



By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger Syu. Syu minta maaf andai selama hari ni ada beberapa penulisan Syu secara tak sengaja ada mengguris hati korang. Harap korang dapat maafkan. Almaklumlah, jari jemari tak berakal. Ada masa tulis ikut mana dan saja 😂.



Menggelupur raya tahun ni

 

Tahun ni mangkor sambut raya kome! Menggelupur nyawa dibuatnya bila tiba-tiba hari raya 😂. Pelan asal Syu nak balik kampung hari Selasa. Bila dah jadi macam ni, terpaksa diganjakkan lebih awal. Nasib baik dapat cuti. Buat yang planned nak balik raya hari Isnin tu memang kesian. Tambah-tambah yang duduk jauh. Alahmdulillah syukur sangat bila kami semua adik-beradik duduk dalam satu negeri sahaja. Senang nak balik beraya. 



 

Nak dijadikan cerita. Masa pengumuman raya diumumkan. Syu berada dekat luar bercari barang keperluan raya. Pada awalnya pasaraya tak berapa ramai orang. Lepas dapat tahu yang esoknya nak raya. Berpusu-pusu orang datang bercari barang. Elok-elok lengang. Jadi auto sesak terus. Atas jalan raya jangan cakaplah. Memang jammed penuh kenderaan.



Lepas tu dengan stok ayam & daging tak ada. Runsing. Memang jenuh bercari. Otak dah runsing tak tahu apa nak direndangkan? Yang ada dekat pasaraya cuma ayam pencen beku yang dah tua 😂. Memang tidaklah nak beli. Kalau beli nak buat masak rendang pun dah tentu-tentu nak kena masak lama. Kalau tak reti masak, rendang ayamnya mahu auto bertukar jadi getah sekerap. Eh...Tak kuasa kita.


Makin bertambah team members Pak Deris tahun ni 😁.


Raya kali ni serba ringkas sambutan Syu sekeluarga. Periuk belanga semua bergantung. Tak kuasa nak masak. Balik kampung makan makanan yang mak masak. Kuih pun sempat buat 3 jenis saja tahun ni. Target nak buat 5 jenis. Apakan daya. Dah esoknya nak balik raya. Auto tertutup terus mood nak buat kuih. Even nak menapai pun tak jadi sebab tak sempat punya pasal.



Kasar sikit salam raya tahun ni

 

Bila dah lama tak balik raya, salam tu kena kasar sikitlah dengan mak ayah, adik beradik & anak saudara 😂. Almaklumlah, 3 tahun tak dapat beraya secara sempurna. Nak balik bimbang mendatangkan kemudaratan pada mak ayah. Jadi, nak tebus balik kesalahan. Kita salam kasar sikit untuk raya tahun 2022 ni. Cepat sikit hilang merah mata lepas nangis-nangis 😁.


Gambar ehsan dari adik beradik 😅. Handphone memanjang dalam beg.

 

Walaupun pada awalnya agak kelam kabut. Tapi, alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Rasa bersyukur sangat bila dapat balik kampung beraya seperti biasa tanpa sekatan apa-apa. Cuma encik suami sahaja tak dapat nak join atas sebab tuntutan kerja 😞. Orang dah nak habis raya baru dia dapat cuti. Tapi tak ada hal. Raya kan sebulan 😁 - SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN