Februari 23, 2022

Payahnya Bila Laptop Rosak 😩

Sejak laptop tak boleh guna memang sendu betul kehidupan dekat rumah. Nak berblog pun macam payah jer. Tambah-tambah bila guna smartphone yang saiznya cuma besar tapak tangan ni. Memang sakit mata nak menghadap skrin. Tulisan pun kecil - Besar lagi semut 😏. Kecil besar kecil besar mata nak memandang.



Selalu masa tengok TV mesti tangan tak duduk diam menaip. Sekarang macam agak terbatas sikit jari jemari ni nak bergerak 💅. Entri pun sempat buat masa ada di pejabat sahaja. Itu pun curi-curi menaip. Kadang-kadang dalam sehari terpaksa tulis beberapa entri supaya dalam satu hari sekurang-kurangnya ada satu entri yang diterbitkan dalam blog. Tapi kadang-kadang tak tertulis sebab kekangan kerja. Kalau korang tengok entri Syu berjela-jela tu maknanya Syu tulis entri guna komputer di pejabat.



Misal kata kalau dapat buat entri sekalipun, entrinya jadi tergantung & tak siap. Almaklumlah, cuit sikit buat kerja. Cuit lagi lepas tu buat kerja. Memang tak siaplah jawabnya. Sudahnya, kawan tu duduk dalam draft sampai ke sudah 🤣. Korang pun tahu kan, nak menulis ni kena dalam keadaan tenang & senang. Kalau tak entrinya boleh jadi caca merba & ke laut.


Muslimah


Bila difikir-fikirkan semula, macam tak sedap hati juga bila curi-curi waktu kerja menulis entri blog 😌. Nama pun kerja. Sepatutnya buat kerjalah kan. Bukannya berblog. Kalau buat masa waktu rehat tu tak ada hal lah. Tapi apakan daya. Masa rehat mana dapat hadap komputer. Takkan nak menulis berjela-jela guna smartphone. Memang rabak mata dibuatnya 😅.



Berblog guna smartphone ni ada masa & ketika menyenangkan. Kalau setakat nak guna buat blogwalking, mengedit & tulis entri ringkas tak menjadi masalah. Tapi bila bab nak kena menaip berjela-jela ni agak payah sikit sebenarnya. Tambah-tambah bila korang nak kena mengahadap kod. Yang itu memang perit bila menggunakan smartphone 😩.



Kalau ikutkan, laptop lama Syu tu masih lagi boleh dipakai. Tapi, makan modal jugalah nak membaikkannya 💰. Silap-silap harga untuk repair laptop saja dah sama harga dengan laptop baru. Baiklah beli baru kan. Puas hati sikit. Lagipun, laptop baru lebih up-to-date sikit perisiannya & sesuai dengan peredaran masa.


Nampak gayanya, Syu kena cepat-cepat kumpul duit untuk beli laptop. Dapat yang mini pun jadilah. Asalkan portable & tahan lasak untuk kegunaan jangka masa panjang. Harap ada lah rezeki Syu nak beli laptop baru. Doa-doakan lah ya kawan-kawan 😊💕.

Februari 19, 2022

Warteg Ipoh 2 | Set Mantap Padu & Syahdu! 👍


Ingat tak entri Syu beberapa hari lepas pasal - Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔. Entri tu sebenarnya wujud berpunca kekeliruan nasi yang Syu makan dari salah sebuah restoran makanan ala-ala Indonesia yang diberi nama Warteg 😂. Memandangkan hari ni ada kelapangan nak bercerita, jadi Syu nak buat review sikit pasal makanan yang Syu dah makan dari restoran ni. Di Ipoh ni kalau nak tahu ada dua cawangan Warteg. Satu di Jalan Raja Musa & satu lagi di Bazaar Mara Medan Jaya (Warteg Ipoh 2). Setakat ni Syu pernah makan makanan dari Warteg Ipoh 2 sahaja. Itupun pesan melalui aplikasi GrabFood.



Jumaat minggu lepas pekena ayam Geprek dalam Set Mantap. Kemarin masa makan tengahari perkena pula ayam Gepuk dari set yang sama - Dah tahu bezakan dah 😜. Tapi kali ni Syu bukan makan berdua jer. Dua lagi rakan sepejabat Syu yang berbangsa Cina tu pun tak nak lepaskan peluang untuk merasa sejauh mana sedapnya Nasi Ayam Gepuk & Geprek dari Warteg ni. Hari tu masa kitaorang pesan, diorang ada tanya juga pasal nasi yang kitaorang beli tu. Tak sangka, diorang pun pesan juga untuk buat makan tengahari diorang hari ni 😁.


Ayam Geprek & Ayam Gepuk
Depan ni Nasi Ayam Geprek. Ayam gorengnya ada salut tepung.


Ayam Gepuk
Yang ini Nasi Ayam Gepuk. Ayamnya macam ayam goreng kunyit biasa.


SYAHDU & PADU | Untuk makluman korang, dalam set Mantap ni ada Nasi Ayam Gepuk, Nasi Ayam Geprek, Tempe Jeletot & juga dua set air (Teh O atau Sirap. Kena pilih salah satu). Porsi nasi & ayamnya memang terbaik. Nasi banyak. Ayam besar. Memang kenyang & puas makan. Makan tengahari tak payah makan malam dah. Gerenti kenyang sampai pagi esok 😁. Sambal pun boleh tahan sedap. Dia punya tahap kepedasan tu memang boleh diterima tekak. Tambah-tambah bila dicampur dengan sos kicap manis ABC & perahan limau kasturi. Syahdu & padu!👍


Tempe jeletot
Ni Tempe Jeletot. Jeletot tu maksudnya pedas. Jadi dalam Bahasa Melayu maknanya Tempe Pedas 😁.


Pada Syu harga Set Mantap ni memang boleh dikatakan murahlah juga selepas dah tolak diskaun dari GrabFood. Kalau ikutkan harga biasa untuk set ni RM25. Tapi lepas dah tolak diskaun. Harganya jadi RM14.50 per set. Kira murahlah kan. Tambah-tambah bila buat makan berdua. Pada yang ada di Ipoh, silalah pesan selagi masih ada diskaun. Memang murah. Pada yang ada datang Ipoh, korang wajib singgah makan di Warteg ni. Dengar cerita menunya bukan terhad pada Nasi Ayam Geprek & Gepuk saja. Ada lagi menu lain yang dijual di restoran ni sebenarnya. Nanti ada kelapangan Syu nak cuba makan dekat sana pula.

Februari 18, 2022

Mini Giveaway SS 2022

Klik pada banner untuk ke link penyertaan 😊💕. 
 


Alhamdulillah, blogger Syeeda Saniey ada nak kongsi rezeki sikit dengan kita-kita semua. Dengan syarat korang kena sertai "Mini Giveaway SS 2022".  Pada yang belum sertai, jangan lepaskan peluang ni okey. Lagipun, syarat penyertaannya tak susah mana pun. Korang boleh klik pada banner untuk tahu lebih lanjut 😉💕.



Untuk makluman korang, mini giveaway ni akan berlangsung sehingga 11 Mac 2022. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sertai & hantar penyertaan. Dengar cerita, pemenang yang bertuah bakal menerima :


👉 1x produk Shaklee

👉 2x Suprise Box 

👉 2x tudung bawal


Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita sama-sama memeriahkan giveaway ni ramai-ramai. Pada yang dah sertai giveaway - WISH YOU ALL THE BEST! 😁🍎

Murtabak Tauhu Kulit Popia | Makan Seketul Tak Cukup! 😋

Kemarin kalau ikutkan suami Syu tak kerja. Tapi tak sangka yang dia kena gantikan kawan tempat sekerjanya yang disahkan positif Covid-19. Petang lepas balik kerja tu memang Syu dah siap-siap belikan barang-barang yang suami Syu pesan di pasaraya LOTUS'S. Katanya nak buat murtabak tauhu. 



Sesampai depan rumah, Syu tengok suami Syu dah siap-siap bawa keluar motor nak pergi kerja. Yang kita pun blur-blur lah kan. Patutnya tak kerja. Tapi, tiba-tiba kena masuk kerja pula. Penyudahnya, lepas balik kerja baru dia dapat masak murtabak tauhu ni. Yang kita punyalah semangat nak main masak-masak 😂. 



BAHAN-BAHAN | Nak buat murtabak tauhu ni memang mudah sangat. Bahan-bahannya pun memang senang nak cari di kedai-kedai runcit mahupun di pasaraya. Modal pun tak banyak mana. Untuk seketul tauhu tu bolehlah dapat dalam 6 ketul murtabak mini yang saiznya lebih kurang besar tapak tangan. Kalau nak tahu, ini antara bahan-bahan yang diperlukan untuk buat murtabak tauhu.



BAHAN-BAHAN (6 Ketul)


2 biji - Telur*

1 ketul - Tauhu lembut (Dihancurkan)*

Isi ketam (Potong kecil-kecil)*

Daun bawang*

Daun sup*

Cukup rasa*

Lada hitam/sulah*

Kulit popia (Saiz 8½" x 8½")

Keju Mozarella/ cheddar (Optional)

Minyak untuk menggoreng



CARA MASAK | Bahan-bahan yang bertanda asterik (*) tu korang campurkan semua & gaul sehingga sebati untuk dijadikan inti murtabak. Kemudian inti tu dibalut dengan menggunakan kulit popia & digoreng (deep fry) dengan menggunakan minyak. Masa menggoreng, gunakan api yang sederhana supaya murtabak masak sekata & tak terlampau menyerap minyak.


Murtabak Tauhu Kulit Popia
Gunakan tisu dapur (kitchen towel) untuk serap lebihan minyak yang ada pada murtabak tauhu ni.

Untuk isi ketam tu kalau korang nak gantikan dengan isi ayam, daging & udang pun tak jadi masalah. Terpulang pada citarasa masing-masing. Tapi, pastikan ayam & daging tu korang masak terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya bila korang goreng murtabak tu nanti, tak ada lah kes isi ayam & daging tak masak. Itu jer 😁.



Dari segi penggunaan tauhu, tak menjadi masalah sekiranya korang nak guna tauhu ketul yang biasa tu. Tauhu yang itu pun sedap juga. Asalkan bukan tauhu telur yang macam agar-agar tu. Kembang berenyek korang punya murtabak nanti 😂.


Murtabak Tauhu Kulit Popia


Jadi, inilah hasil murtabak tauhunya. Rupa lebih kurang macam samosa juga. Tapi inti dalamnya tauhu. Memang sedap tak terkata. Nak makan dengan sos pun boleh. Nak makan macam tu saja pun tak menjadi masalah- SELAMAT MENCUBA!😊💕