Julai 19, 2022

Farewell Ringkas Di New Yorker Cafe

Agak lama juga Syu tak coretkan sesuatu dalam Syuderis.com ni kan? Almaklumlah, terlampau sibuk dengan urusan tukar kerja. Kemudian, ditambah pula dengan mood beraya raya haji hari tu. Kalau ikutkan ada banyak perkara yang nak diceritakan. Tapi, dek kerana kekangan masa & mood menulis agak ke laut sejak akhir-akhir ni. Maka, Syu biarkan sekejap blog Syu sendu seketika. Harap tak ada yang rindu 😂.



Farewell ringkas di New Yorker Cafe

 

Sebelum berhenti kerja hari Selasa lepas. Syu agak sibuk clear-kan sisa-sisa kerja & buat beberapa serahan tugas kepada rakan sekerja Syu. Tak banyak mana pun saki baki kerja yang tinggal. Selebihnya banyak yang Syu dah selesaikan. Especially, hal-hal yang melibatkan pekerja asing. Lagipun projek pembinaan dah tak banyak. Kerja pun tak berapa nak ada. Kalau serah dekat orang baru silap-silap menung tak ada kerja nak buat.


Dalam sibuk-sibuk settle-kan kerja, sempat jugalah rakan sekerja Syu ajak buat farewell ringkas di New Yorker Cafe. Dalam hati baru nak terbang begitu saja. Tak nak ada farewell celebration segala. Dah diaorang nak buat juga. Kita layankan saja. Lagipun, aktivitinya  tak berat mana pun. Cuma duduk makan & sembang-sembang kosong saja 😆. Kira okeylah kan? Bukan selalu. Sekadar buat syarat sebelum berpisah.


Sejujurnya, New Yorker Cafe ni memang cantik & selesa tempatnya. Sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ada perancangan nak buat simple events & parti. Makanan di kafe ni pun boleh tahan sedap. Portion banyak 😁. Harga pun berpatutan. 

 

New Yorker Cafe
Cantik dekorasi dalamannya. Ringkas & sejuk mata memandang.


Masa makan di New Yorker Cafe hari tu, Syu pesan set nasi ayam penyet. Dalam set tu ada disertakan air lemon tea & juga aiskrim. Kira lengkaplah set makan tengahari yang ditawarkan. Lengkap dari main course sehinggalah ke pencuci mulut 😘.


Niat asal nak pesan set spaghetti chicken bolognese. Tapi, memandangkan perut dah lapar nasi. Jadi, kita pesan set nasi saja. Selain set makan tengahari, set sarapan pagi & makan malam pun ada juga. Korang boleh  pergi ke laman FB New Yorker Cafe untuk info lebih lanjut. 

 

New Yorker Cafe
Majoriti pesan set nasi. Cuma yang seorang tu saja pesan set chicken chop


New Yorker Cafe
Sliced cake pun ada dijual di kafe ni. Tapi, kami hanya mampu pandang saja sebab dah terlampau kenyang 🤣. 

New Yorker Cafe
Mati-mati ingat makanan betul. Sabar jelah 😂. 


Sebelum balik office cadang nak ambilah gambar beramai-ramai dalam sekeping dua. Tapi malangnya, masing-masing terlupa 😂. Almaklumlah dah kenyang makan. Dalam kepala fikir nak balik office terus. Jadi, hanya ada gambar makanan & kafe saja untuk tatapan korang 😂.


Apa-apa pun terima kasih pada ex-office mates sebab sudi belanja & buat farewell celebration untuk Syu.  Walaupun hanya duduk lepak makan-makan & sembang-sembang untuk kali terakhir. Pada Syu ianya moment yang sangat berharga. Even though gambar ramai-ramai  lupa nak ambil 🤣. 

Julai 08, 2022

Hari Arafah & Lafaz Niat

 



Jun 30, 2022

Mesin Basuh Tak Masuk Air? Ini Solusinya 😉

Tak kisah barang eletrik jenis apa sekalipun. Bila sudah sampai masa mesti akan timbul bermacam-macam masalah. Almaklumlah, benda pakai hari-hari. Lama-lama rosaklah "dia". Beberapa hari lepas, microwave Syu buat perangai - Tak apa. Boleh bertahan lagi tak ada microwave. Kali ini mesin basuh automatik pula. Yang ini rosak, serius Syu menggelupur 😂. Dalam hidup Syu Deris, ada 4 peralatan eletrik yang sama sekali DILARANG ROSAK.

 

  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Rice cooker
  • Seterika

 

Mesin basuh
SUMBER FOTO : Themanual.com


Nak dijadikan cerita. Masa nak basuh kain haritu, tiba-tiba air tak nak masuk dalam mesin basuh. Padahal, pili air dah Syu buka. Tak pasal-pasal menjerit "kawan" tu minta air. Bila jadi macam ini, mulalah runsing. Sudahlah banyak baju yang nak kena dibasuh.

 

Nak cuci dengan tangan memang tidaklah. Hantar dobi jauh sekali - Malas nak keluar & menunggu punya pasal 😂. Nak tak nak terpaksa cari jalan supaya mesin basuh boleh elok balik. Kaji punya kaji. Barulah tahu puncanya kenapa. Terima kasih kepada YTubers di YTube sebab tak pernah kekeringan idea berkongsi jalan penyelesaian  👏.



Punca air tak nak masuk?


Kalau korang nak tahu. Di dalam mesin basuh automatik, ada satu komponen yang fungsinya mengawal air masuk secara automatik ke dalam mesin basuh. Komponen ini kita panggil water inlet valve. Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil injap. Injap apa? Injap air masuk. Masuk ke mana? Masuk ke mesin basuh.


Bila injap ini rosak, ia sekaligus akan menganggu proses kemasukkan air ke dalam mesin basuh apabila mesin basuh dihidupkan. Jadi, komponen inilah yang perlu ditukar supaya air mesin basuh boleh masuk secara automatik seperti biasa.

 

Water inlet valve
Tukar benda ini settle masalah air tak masuk mesin 😁.


Kos untuk tukar injap ni tak mahal mana pun sebenarnya. Harganya dalam lingkungan RM11 ke RM25. Bergantung kepada model mesin basuh & kategori parts (OEM atau original). Biasanya, injap original mahal sikitlah harganya berbanding OEM. Nak beli di mana? Korang boleh beli injap ni samada di Shopee atau pun di mana-mana kedai alat ganti peralatan eletrik - Nak senang beli di Shopee saja. Tak ada runsing nak bercari kedai 😆.

 

Actually, tak kisah pun korang nak pilih yang mana satu. Asalkan alat gantinya sama & compatible dengan model mesin basuh yang korang pakai. Macam Syu, Syu pilih untuk beli injap jenis OEM saja. Bukan apa, sengaja tak nak beli yang mahal. Takut eksperimen repair mesin basuh tak menjadi 😆. Almaklumlah, kita try & error saja repair mesin basuh ni. Itupun lepas buat kajian di YTube.


Filter
Alang-alang nak service mesin basuh. Kita tukar filter sekali. BTW, ubat stapler tu datang dari mana eak?Tiber! 😗


Untuk mesin basuh Syu ni, Syu pakai mesin basuh model Toshiba AW7480E - Nombor model ni korang boleh tengok di belakang mesin basuh korang. Untuk elakkan kesilapan semasa membeli. Sebaiknya korang ambil gambar & tunjukkan kepada seller. Misal kata korang beli di kedai, nak bawa sekali injap yang rosak ni sebagai sample pun tak jadi masalah. Lagi senang seller nak cari.

 

 

Cara pemasangan injap

 

Di mana tempat korang pasang hos air, disitulah letakknya komponen water inlet valve ni. Untuk menukar injap ni, korang perlu buka kotak panel atau mana-mana bahagian mesin basuh yang menyambungkan water inlet valve dengan hos air - Kedudukan injap mungkin berbeza mengikut jenis model mesin basuh. Kemudian korang hanya perlu tanggal & gantikan injap yang rosak dengan yang baru. Itu sahaja. Senang bukan?


Water inlet valve
Senang saja tukar water inlet valve ni 😉.

 

Mesin basuh
Test dulu sebelum pasang covernya semula 😙. Dah okey baru kita tutup & pasang skru.


Begitulah cara selesaikan isu air tak masuk mesin basuh. Jimat duit & tak payah susah-susah dah nak panggil technician betulkan mesin basuh. Masalah kecil saja. Korang sendiri pun boleh buat. Kalau korang upah technician, Syu rasa lagi lebih dari ini korang kena cas. Jadi, selagi boleh baiki sendiri. Kita cuba baiki. Misal kata tak boleh juga. Sudah sampai masanya untuk nipiskan poket sendiri beli mesin basuh baru - Nak nipiskan poket suami pun boleh juga 😜. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

(P/S : Komponen & cara pemasangan mungkin berbeza mengikut jenis, jenama & model mesin basuh. Kalau rasa tak berapa yakin nak DIY. Sebaiknya rujuk pada yang pakar. Entri ini hanya sekadar perkongsian sahaja 😊💕)

Jun 27, 2022

Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia

Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! 😉💕


Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect 😅. Malasnya nak pergi imigrisen.

 

 

Apa beza PLKS dengan permit?

 

Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.

 

PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu

 

PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.



Senarai dokumen yang diperlukan

 

Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.

 

Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.

 

Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :

 

  • Surat lantikan wakil syarikat*
    • Salinan kad pengenalan wakil syarikat
    • Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
  • Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
    • Salinan passport & permit PA/PRA
    • Salinan resit e-PLKS
  • Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
  • Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
  • Passport asal PA/PRA


Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.


Permit pekerja asing
Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan.


Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.



Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu 😊💕.

 

Permit pekerja asing
Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya 😅.