Mac 30, 2024
Sabtu Blues 😪

Salam Sabtu korang. Hari ni rasa malas betul nak masuk kerja 😪. Mood memang totally ke laut sungguh! Tapi, itulah. Dah hari bekerja company set macam tu. Nak tak nak terpaksalah Syu ikut juga 😮💨. Jealous tau tengok kilang sekeliling tempat Syu kerja. Deme semua off hari ni. Apa-apapun selamat berhujung minggu!
![]() |
| Bukan senja nan merah. Tapi, subuh nan merah 😚. |
Preparation raya?
By the way, persiapan raya korang macam mana tahun ni? Warna baju, tema apa? Kuih raya berapa jenis? Any progress? Persiapan raya Syu tahun ni ala kadar sahaja. Ada juga buat biskut. Tapi, dalam beberapa jenis saja. Tak banyak. Cukuplah buat syarat.
Baju raya tahun ni? Tak ada spesifik colour tema. Nampak mana yang bekenan di mata & ngam dekat badan Syu beli - Baju banyak beli dekat Tik Tok Shop sebab murah ðŸ¤.
Lepas tu, pandai-pandailah mix & macth dengan baju raya tahun-tahun sudah. Bukan apa, zaman tengah gawat. Banyak benda naik harga. So, kena berjimat cermat bila berbelanja.
Mac 29, 2024
Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ

Salam Jumaat korang! Hari ni dah masuk 19 18 Ramadhan dah kita ya. Sekejap betul rasa. Pejam celik biji mata tahu-tahu nanti dah masuk 1 Syawal. Tapi itulah. Bila duduk dekat office, rasa macam lambat sangat masanya berjalan. Seminit tu rasa macam sejam lamanya. Mereput menunggu.
Setiap hari, rasa tak sabar nak tunggu pukul 6. Mata pula asyik nak layu saja. Kelebek file ni tak kena. Kelebek file tu tak kena. Bosan asyik tatap benda yang sama hari-hari. Permit pekerja asing pun tak berapa banyak nak kena handle lately ni 😮💨. So, tak banyak kerja nak kena dibuat - Okay, enough berceloteh!
Special giveaway Mommy EEZ
By the way korang dah join ke belum Giveaway Mommy EEZ ni? Kalau belum, meh pakat join ramai-ramai bagi meriah. At least ada modal untuk korang bercerita dalam blog. Ada rezeki boleh dapat hadiah special dari Mommy EEZ.
![]() |
| Klik untuk info lebih lanjut!👆 |
Untuk pengetahuan korang, giveaway ni berlangsung sampai 8 April 2024. So, cepat-cepatlah submit penyertaan tu ya. Pada yang dah join, ALL THE BEST Syu ucapkan! Details lebih lanjut boleh klik pada banner.
Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mulut Sukatan Cawan

Bangkit cheese boleh dikatakan kuih raya yang viral juga sejak beberapa tahun ni. Dulu, kita ada bangkit original dengan bangkit pandan. Sekarang dah diolah sikit rasanya supaya kena dengan selera orang Malaysia yang sukakan cheese dalam masakan.
Tak tahu siapa yang start dulu buat kuih bangkit cheese ni. Yang pasti Syu suka sebab sedap & ada rasa lemak-lemak. So, untuk raya tahun ni. Syu cuba buat sikit biskut bangkit cheese ni tapi dengan cara Syu sendiri.
![]() |
| SUMBER FOTO : Sirap Limau |
Bahan asas biskutnya sama. Cuma ada beberapa bahan tambahan Syu letak dalam adunan biskut bangkit cheese ni supaya biskutnya double triple sedap. Lebih lemak & ketagih nak makan lagi & lagi. Jom Syu share resepinya macam mana.
BAHAN-BAHAN
250g - Pure salted butter (Nak pakai butter biasa pun boleh)
1 Cawan (200g) - Gula aising
1/3 Tin - Susu pekat (Untuk rasa lemak)
250g - Cream cheese
3 Cawan (750g) - Tepung ubi kayu (Disangai)
2 Cawan (500g) - Tepung jagung (Disangai)
1 Cawan (250g) - Tepung gandum (Disangai)
1 ½ Sdk. - Baking powder
1 ½ Sdk. - Esen vanilla (Masukkan sekali dalam kuning telur)
2 Biji - Kuning telur
50g - Cheddar cheese parut
Sedikit garam untuk rasa lemak
- Pukul butter, cream cheese dengan gula aising hingga sedikit kembang.
- Masukkan kuning telur, esen vanila & susu pekat. Pukul lagi sampai sekata.
- Masukkan bahan-bahan kering & juga cheddar cheese yang dah diparut.
- Gaul sebati sehingga doh tak melekat pada tangan.
- Rehatkan doh sekejap di dalam peti ais selama 20 minit. Kemudian bolehlah dicanai & ditekap guna acuan bangkit cheese.
- Untuk suhu oven. Bakar pada suhu 160-170℃ selama 30 minit (Bergantung pada jenis oven) atau sehingga biskutnya masak.
- Bila dah masak boleh keluarkan & simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- LCD Screen Laptop Udah Mintak Nyawa
- Jemari Besi | Terus Berjuang 🎧🎶
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔


