Maaf Atas Kelewatan

April 25, 2022

Assalamualaikum semua. Lama betul Syu menyepi yer. Last entri cerita pasal e-Latih. Lepas tu menyepi sampai ke sudah. Ada yang rindu tak 😁? Diharapkan semua rakan-rakan Blogger Syu sihat-sihat belaka. Bukan apa, raya just around the corner. Ditambah cuti panjang pula tu. Tak syiok beraya bila nikmat kesihatan kena ambil. Kan? Jadi, stay safe di mana jua korang berada.


Cute muslimah
SUMBER FOTO : Idiot Doodle

Sejak beberapa hari ni jarang Syu post entri. Almaklumlah, bila Ramadhan menjelma jadual harian ada sedikit berubah berbanding bulan-bulan biasa. Banyak perkara yang kena difokuskan selain berblog. Sampai tak sempat nak create apa-apa cerita di Blogger. Singgah pun sekadar approve beberapa komen yang ditinggalkan dek rakan-rakan sahaja.

 

Bulan Januari yang lalu Syu ada announced senarai my top 5 bawangians 2021 & follower ke-100 blog Syuderis.com. Maaflah, baru hari ni Syu sempat hantar. Mesti ada yang tertunggu-tunggu sampai sekarang hadiahnya kan. Minta maaf sangat-sangat atas kelewatan. Jangan risau. Hadiahnya ada Syu sediakan. Insyaallah, dalam masa beberapa hari lagi akan ada abang courier jengah rumah korang hantar parcel. Sabar ya.



Kenapa Lambat Sangat Hantar?


Alah. Sorilah. Janganlah marah tau. Sejujurnya, Syu tak tahu nak bagi hadiah apa dekat korang 😅. Rancangan asalnya nak jahit jewelry pouches as momento. Disebabkan kekangan masa, Syu tak dapat nak buatkan. Kain dah siap dah Syu potong. Malangnya sampai ke hari ni tak bersentuh kainnya. Tak menang tangan. Pergi kerja, buat kerja. Balik kerja pun buat kerja juga. Tak larat nak hadap jarum & benang segala. 



Bagi mengelakkan korang tunggu lebih lama - Ini pun dah cukup lama dah sebenarnya. Ada baiknya Syu gantikan dengan hadiah lain yang lebih bermakna. Kalau ikutkan nak hantar hadiahnya bulan lepas. Tapi dek kerana sibuk memanjang - Tak tahulah apa yang disibukkan sangat tu. Sampai ke sudah tak terhantar-hantar.


Alang-alang tahun ni Syu tak ada buat apa-apa giveaway raya macam tahun sebelum ni. Syu fikir ada eloknya Syu ganjakkan penghantaran hadiahnya di bulan Ramadhan ni. Bolehlah Syu bagi surprise untuk hari raya sekali.

 

Hadiah
Ini cuma teaser sahaja. Ada lagi hadiah lain yang Syu letak 😁. Harap sempat sampai ke tangan korang sebelum raya.


Hadiahnya tak ada lah gah mana pun. Tapi, bolehlah untuk dijadikan kenang-kenangan antara kita sesama sahabat maya. Walaupun tak pernah jumpa. Ukhwah tu ada. Harap korang suka walaupun hadiahnya Syu hantar lambat. Buat sahabat Blogger lain yang tak tersenarai as top bawagians, jangan bersedih okey. Teruskan mengomen tanpa serik. Insyallah. Ada habuan untuk korang di kemudian hari.

 

By the way, dikesempatan ini juga. Syu nak menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata sepanjang penulisan Syu di Syuderis.com ada mengguris hati korang semua. Semoga Ramadhan yang tersisa ni memberi seribu makna buat kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Tunggu hadiah korang sampai dekat rumah okey! Thanks for waiting 😊💕.

Comments

  1. Kak Syu!!!! lamanya tak jengah sini! samalah kita, dah lama juga tak aktif berblog ni....mana ntah moodnya...habis ke laut sejak sibuk kerja.

    Apa-apa pun, semoga kak syu sekeluarga sihat hendaknya dan dapat merai syawal yang bahagia tahun ni!

    MZB jugak kak syu ^_^

    BalasPadam
  2. Its okkk kakkk syuu rabia tanya je sbb bimbang time rabia tak ada dirumah parcel sampai

    BalasPadam
  3. Saya pun lama tak jengah sini. Maaf Syu, bulan puasa ni jarang dapat blogwalking. Takpe Syu, faham. Bulan puasa ni jadual bertukar sikit. Wahh siap ada teaser lagi tu. Terima kasih Syu. Semoga bertambah tambah rezeki Syu. Aamiin...

    Maaf juga andai ada tersilap atau terkasar bahasa dalam komen.

    BalasPadam
  4. Hye Syu.. lama sha tak singgah sini.. semoga semuanya baik-baik sahaja..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!