Let's Kemas-kemas

Oktober 14, 2025

Alhamdulillah. Selasa minggu sudah owner rumah dah serah kunci rumah baru Syu. So, nak tak nak kena pindah juga dalam hujung bulan ni - Dah Whatsapp owner rumah sewa kata nak pindah. Tapi, sampai kesudah tak balas-balas. Pergi ride ke Hatyai gamaknya.


Tapi itulah, sebelum pindah ke rumah baru nak kena kemas-kemaslah juga rumah sewa yang Syu duduk ni. Baru tenang hati nak serahkan balik pada owner. Sejenis Syu, macam mana owner bagi kat kita, macam tu jugalah kita kena pulangkan dekat dia.


11 tahun tau duduk kat taman ni. 3 tahun duduk rumah bujang masa kerja dengan Daybreak - Rumah bujang tak jauh pun. Betul-betul belakang rumah yang Syu menyewa sekarang ni jer. Baki 8 tahun lagi, time lepas kahwin. Owner pulak jenis bagus & tak suka naikkan sewa sesuka hati. Even masa time covid hari tu pun dia bagi pelepasan bayar sewa 3 bulan. Memang baiklah Syu cakap.

 

Pindah rumah
Maaf ler semak rumahnya. Ajomlah kita kemas 😂

Rumah sewa Syu duduk ni tak banyak perabot sangat, sebab owner dah provide siap masa Syu pindah masuk. Cuma peti ais, mesin basuh, katil bujang, kotak-kotak baju, pinggan mangkuk & kelengkapan dapur jer nak kena diangkut.


Nampak gayanya, Syu angkut guna Lalamove jelah. Siap-siap tambah 2 orang helpers. Senang kerja! Murah pun murah 😁. Tapi sebelum tu, let's kemas-kemas dulu apa yang patut supaya senang abang Lalamove nak buat kerojer nanti.


Comments

  1. ALhamdulillah, bagus nya dapat owner yang baik macam tu...
    memang kita akan kemas betul2 nanti...
    linda yang duduk rumah kuarters pun, bila nak keluar, memang bersihkan betul2

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!