Julai 20, 2026

Hari Raya Aidilfitri Kami 2026-Part 1

Tahun ni turn beraya di negeri Perak. Semua adik-beradik balik berkampung kat Kampung Gelong Gajah, Beruas. Raya tahun depan nanti baru diorang semua pakat bertebaran beraya belah bini masing-masing. Raya kali ni lain sikit tentatif kitaorang adik-beradik. Sambut pun ala kadar sahaja.

 

Even khemah raya pun mak tak bertempah dengan Pak Cik Mat Tan macam tahun-tahun sudah. Tapi, yang pasti tahun ni mak buat kuih raya banyak! Macam-macam jenis dibuatnya - Thanks to adik ipar baru! Rajin dia menolong mak kat dapur. Boleh tahan ligat juga buat kerja.


Hari Masak-Malam Raya

 

Rasa lega gila kan bila PMX umumkan cuti tambahan masa raya hari tu?! Especially, kita yang kerja swasta ni! Dapatlah merasa cuti lama sikit. At the same time, boleh balik kampung awal buat persiapan raya & berbuka puasa ramai-ramai time hari terakhir Ramadhan. - Selalu time hari masak kena kerja. Cuti pulak boleh apply sehari jer.Itupun kena pilih nak cuti sehari sebelum raya atau selepas raya.


Dam Dam Du, Bunyi Mercun - Raya tahun ni laki kita tak dapat join beraya, sebab kena kerja. Tapi, yang best-nya dia dah standby siap-siap dah mercun & bunga api untuk dikendurikan time malam raya untuk anak-anak buah dia. Beratus jugalah berhabis - Menyirap juga sebenarnya. Tapi kita lantakkan jer. Asalkan bukan duit kita.

 

Ini jer yang sempat di ambil gambar. Yang lain habis dah kena bakor. Tak menyabor budak-budak ni bila nampak benda-benda ghoper ini 😂.

Bila ada bunga api & mercun, automatik jadi meriah pula kampung dibuatnya. Selalu sunyi jer time malam-malam. Busuk-busuk pun dengar bunyi cengkerik dengan bunyi burung hantu. Bila dah meletup dentam-dentum sana-sini, babi ngan monyet pun tak berani nak mari 😁. 

 

 

Raya Pertama

Pagi raya, mak as usual sibuk kat dapur. Awal dia bangun, gara-gara nak melodeh - Menu wajib wong Jowo time hari raya! Rendang ayam, Syu dah tolong setelkan dah malam tadi. Malas nak bergocoh dengan periuk belanga di pagi raya. Raya Aidilfitri tahun ni kita ada agenda! Nak solat berjemaah kat masjid dengan tenang.


Kami-kami yang perempuan set up table & setelkan barang pemakan. Yang lelaki-lelaki pandailah deme set up apa-apa yang patut 😁.


Selain lontong & kuah lodeh, ada juga menu lain kitaorang buat - Nasi impit, lemang, daging masak hitam, kuah kacang & biskut raya mak. Sebelum pergi ke masjid, kitaorang pakat-pakat hidang kat atas meja siap-siap. Nanti balik dari sembahyang raya dah tak gaduh dah. Tinggal ngap jer masuk dalam mulut!

 

Masjid Gelong Gajah Aku Datang! -  Raya tahun ni Syu memang dah pasang niat nak solat di masjid. Alhamdulillah! Allah izinkan. Selalu pagi-pagi tak sempat nak pergi, sebab sesohkan hal kat dapur. Raya tahun ni, Syu tak nak sesohkan dapur pagi-pagi. Syu nak ke masjid! Nak jadi apa jadilah. Awak nak pergi solat berjemaah kat masjid! Ha3.


Boleh tahan meriah! Paling seronok budak-budak lah. Dapat duit raya!


Assalamualaikum abah! - Tahun ni aktiviti ziarah kubur lain macam sikit dia punya feeling. Sedih ada. Sebak pun ada. Dulu setiap kali habis sembahyang raya, arwah abah mesti akan singgah kat tanah perkuburan ziarah tok & tok wan dengan kitaorang. Ziarah kali ni arwah abah ada juga, tapi dia pun dah menyusuli tok & tok wan sekali kat sana 😔. Raya tahun lepas sempat juga beraya dengan arwah abah. Tapi, dalam lima hari je. 2 hari sambut kat kampung, selebihnya dekat Hospital Manjung.


Assalamualaikum abah! Kami datang jenguk abah ni...


Alhamdulillah, arwah abah pergi pun mudah. Tak ada menyusahkan anak-anak - Memang itu yang arwah abah nak kan sebenarnya, walaupun pada hakikat anak-anaknya dah standby & ready untuk disusahkan demi dia. Apa-apa pun Al-fatihah untuk arwah abah. Doa kami, mak adik-beradik, anak menantu & cucu-cucu abah ada & takkan putus-putus kitaorang kirimkan untuk abah. Sayang abah dunia akhirat. Selamat hari raya abah. Maaf zahir batin - Wuarrgggghhh...sedihlah! 😭

 

Lontong My Feveret! - Setel aktiviti kat kubur, kita balik sambung buat aktiviti lain pulak kat rumah. Perut pun dah berkeroncong minta diisi. Jadi, kita makanlah dulu makanan-makanan yang kitaorang dah pakat-pakat hidang kat atas meja sebelum gerak ke masjid tadi tu. Sebelum tetamu datang beraya, better kita isi tangki dulu. 


Lambat makan. Sumpah licin! Kawan-kawan mak suka datang beraya kat sini. Sebab rumah mak jer yang ada buat lontong & kuah lodeh. Setel makan, then barulah kita boleh bermaaf-maafan, berbahagi harta (Duit raya) & ber-OOTD raya satu famili - GAMBAR RAYA KITA SAMBUNG KAT PART 2 NANTI 🫣. 


It's makan time. Menu raya banyak tahun ni. Favourite Syu sepanjang masa. Nasi impit & kuah lodeh mak! 


[P/S : Dah lama peram post ni kat dalam draft sebenarnya. Tak kuat nak sambung menaip sebab Raya Aidilfitri tahun ni, raya yang paling sedih untuk kitaorang satu famili. Memang yang pergi tetap pergi. Tapi, yang pergi tu sebenarnya kekuatan kita untuk berdiri sampai hari ni]

Julai 18, 2026

Santai-santai Taman Tasik Taiping

Dari Beruas nak ke Taiping dah tak jauh dah bila guna Highway WCE. Kalau drive santai-saintai ada lah dalam sejam macam tu. Memandangkan dah lama tak lepak Taman Tasik Taiping, kita pun ajaklah mak & Sarah ke sana. Niat asal nak makan yong tau fu. So, sementara nak tunggu kedai yong tau fu kat Bomba tu buka, kita merayaplah kejap cuci mata, lepak-lepak, makan aiskrim & boatride kat Taman Tasik Taiping sana.


Taman Tasik Taiping ni kalau time hujung minggu memang toksah cakaplah. Sesak yahamat. Pengujung yang datang memang ramai. Tambah bila time weekend. Jalan jammed. Kenderaan pula tak putus-putus keluar masuk. Dari matahari terbit sampailah matahari dah tenggelam. Kita yang duduk berjiran dengan Taiping ni pun dok tertanya-tanya. Apa benda yang menarik kat Taman Tasik Taiping ni sampai sesak-sesak. Bukan ada tasik jer ke 😂?

 

Taman Tasik Taiping
Cantik view-nya kan. Ni kalau lepak petang-petang lagi best. Redup jer rasa.


Dulu, Taman Tasik Taiping ni sendu. Sekarang dah ada macam-macam aktiviti pengunjung boleh buat bila datang kat sini. Ada yang datang bersenam, berpiknik, boat ride, cycling, photoshoot wedding, JJCM (Jalan-jalan cari makan). Yang main golek-golek atas rumput pun hado tau!- Grounding lettew gamaknya 😅.

 

Kalau korang nak tahu, Taman Tasik Taiping ni asalnya bekas tapak perlombongan bijih timah. Then dalam tahun berapa entah, Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker jadikan tapak perlombongan ni taman awam untuk tempat orang datang beriadah-Kat blog Orang Perak ada cerita pasal sejarah Taman Tasik Taiping ni. Korang boleh baca kat situ.

 

Taman Tasik Taiping ni antara taman awam tertua di Malaysia & memang cukup sinonim dengan Pokok Hujan-Hujan (Samanea saman). Majoriti pokok-pokok yang ada kat Taman Tasik Taiping ni semuanya dah tua-tua & kebanyakkannya dah mencecah usia ratusan tahun. Saiz pokok-pokok yang ada kat sini semuanya besar-besar belaka. Sampai dah sujud ke bumi & bertongkat dengan besi pun ada!


Taman Tasik Taiping
Cuaca panas sebenarnya masa ni. Tapi terasa redup sebab ada pokok hujan-hujan ni. 


Taman Tasik Taiping
Dah penat berjalan. Next kita try boat ride pula. Sejam RM30 jer.


Boat ride
Untuk boat ride kita decide guna e-boat jer. Tak payah nak kayuh-kayuh bagai. Just control stering & speed jer 😁.


Taman Tasik Taiping ni best! Datang sini tengahari rembang pun rasa redup & berangin jer. This time kita jalan-jalan cuci mata & buat aktiviti boat ride jer dulu. Lain kali datang sini, kita bawa periuk nasi & lauk-pauk terus. Bentang tikar getah, piknik satu famili kat sini 😆. Bertambah-tambah meriah Taman Tasik Taiping lepas ni!

Julai 10, 2026

Renew Domain Blog Syuderis.com

Berbulan tak sentuh & update blog, tahu-tahu blog sendu kita ni dah nak kena di renew dah domain nyer 😂 - Expired hari ni 10/7/2026. Nak tak nak kita renew jelah. Bagi iklan kat blog kita ni jalan. Renewal fee untuk setahun still affordable lagi nak bayar. Kira bolehlah harga RM60 setahun. Lepaslah rolling balik duit income Google Adsense yang Syu dapat hari tu 😅.


Lagipun, Blogger ni jer tempat yang kita selesa nak curhat macam-macam & simpan segala memori. Platform lain macam senang sangat orang nak stalk life kita. Orang dah kenal. Senang kena judge - Kita ni hati tisu. Takleh terima kecaman😆. Kat sini siapa pun tak kenal kita. Circle pun hanya dalam kalangan pembaca yang tak dikenali & penulis blog jer.

 

Renew domain blog
Setel buat payment jangan lupa submit ticket. Attach sekali gambar resit pembayaran as a prove yang korang dah buat pembayaran.

 

 

Domain renewal NetKL
Bila NetKL dah balas macam ni, maknanya domain korang dah selesai di-renew kan.

 

By the way, those yang ada Blogger & berhajat nak ada domain sendiri boleh BELI DOMAIN KAT SINI. Untuk personal blog, ambil yang ".com" pun tak cukup memadai dah sebenarnya😁. Nanti ada masa Syu ajar lebih details macam mana nak renew & beli domain di NetKL.

Domain

Julai 08, 2026

NTW 2026 : Traning Course PERCUMA Untuk Semua

National Training Week (NTW) 2026 dah start awal bulan hari tu! Those yang berminat nak tambah kemahiran & pengetahuan, korang dah boleh enroll any courses yang korang berminat nak belajar. Tapi, make sure korang register dulu tau! Once dah enrolled course, nanti training provider akan hantar email untuk korang join course.

 

National Training Week 2026


Selain online training, ada juga training provider buat training class secara fizikal. Dari kelas masak-memasak, tutorial makeup sampailah ke kelas pertanian. Macam-macam korang boleh belajar sepanjang NTW2026 ni. Sangat bermanfaat & bagus untuk korang-korang yang nak tambah ilmu pengetahuan & asah korang punya skills. Paling best. Selesai training, korang akan dapat sijil penyertaan. 

Februari 17, 2026

Tengok Bangla Pruning Pokok Sawit

Sejak arwah abah tak ada, kebun sawit kat belakang rumah kampung ni pun dah tak berapa terurus. Dengan tak berbaja, pruning semua. Betul-betul kait kutip hasil & meracun jer. Itupun sekejap kutip sekejap idak - Masing-masing ada tugas hakiki masing-masing. Tak ada masa nak uruskan pasal kebun 🥹. Upah budak kampung, buat kerja macam hangat-hangat tahi ayam. Sudahnya kita upah Bangla RISDA jer.


Kebun ada dekat 3 ekar nak kena diusahakan. Pokok sawitnya banyak. 200 pokok! Tinggi-tinggi belaka pulak tu. Sumpah tak ada kudrat kami adik-beradik nak kait sepokok-sepokok. Bukan mudah tau nak kait kelapa sawit ni. Nak-nak pokoknya besar & tinggi. Tak pandai kait. Sabit boleh makan tuan woooo... Even pakar kait buah sawit pun ada yang kecundang. Jangan main-main.


Kebun sawit
Upah Bangla jer senang. Nak buat sendiri tak reti. Sepokok diorang ambil upah RM8.


Arwah abah Syu jangan cakaplah. Dia memang power & pakar bab-bab handle kelapa sawit ni, sebab dia dah ada banyak pengalaman masa kerja kat Felda & estet-estet. Tapi itulah, bila arwah abah dah tak ada rasa macam satu kerugian pulak tak cedok ilmu & belajar selok-belok ilmu pasal perladangan. So, terpaksalah kami adik-beradik cari ilmu sendiri.


Buat masa sekarang, kitaorang upah pekerja Bangla buat pruning & susun pelepah sawit tu ketepi dulu. Banyak sangat pelepah mati pun. Kalau tak buang, confirm masa nak ambil buah nanti susah. Rasanya makan masa 2 hari juga nak setelkan kerja-kerja pruning ni. Tadi pun pekerja Bangla tu sempat pruning dalam 6 pokok jer. Penat katanya! Sebab tadi pagi diorang baru habis kutip sawit kat tempat lain.


Pruning Kelapa Sawit
Adik jadi mandor terjun. Mak manager estate. Akaknya pulak jadi supervisa! Ha3 🤣.


Syu tengok tadi buah sawitnya macam tak berapa cantik. Macam terkencat jer rupa. Saiz pun kecik. Nak kena dibaja agaknya. Setel pruning ni nanti, kita membaja lah pelan-pelan dengan adik-beradik lain. Kawan mak cakap pakai 6 kampit dah cukup dah. Cuma ratio baja NPK tu tak sure nak pakai yang mana. Ada siapa-siapa tahu tak? Boleh bagi cadangan. Makruh nak tanya ChatGPT. Kang lain di Alor nyer nanti 😂.

Februari 15, 2026

Resepi Sambal Hitam Pahang Simple Mudah & Sedap

Buat sambal hitam ni renyah tau sebenarnya. Banyak proses & makan masa berjam-jam nak masak. Belimbing buluh tu nak kena direbus sampai kecut dengan garam kasar sampai hitam legam. Bahan-bahan menumisnya tu pula nak kena pandai adjust. Kalau terlebih letak belimbing buluh, sambal hitamnya tu nanti jadi terlampau masam & tak sedap.


Kalau korang ada buah belimbing buluh & teringin sangat nak makan sambal hitam. Boleh try cara Syu ni. Senang. Cepat! Sedap & confirm makan bertambah-tambah nasi punya 🫣. Ni dah nak masuk bulan Ramadhan kan, memang elok sangat standby sambal hitam ni buat makan dengan nasi time sahur or berbuka puasa.


Pokok belimbing buluh
😍 Bergayut-gayut buah belimbing buluhnya. Geram tengok! Rasa nak petik bagi perabis. 


Sambal hitam Pahang
Kalau korang ada kuali legend dulu-dulu yang jenis tebal & tak melekat tu korang pakailah yang itu. Periuk tak hitam legam. Belimbing pun tak melekat.


Sambal hitam Pahang
Nak sambal hitam sedap kena lebihkan bawang & ikan bilis. Baru mantop rasa dia!


Bahan-bahan nak buat sambal hitam ni tak banyak pun sebenarnya. Just pakai cili padi, bawang merah, ikan bilis, belimbing buluh yang dah dimasak sampai hitam, gula & sedikit perasa - garam tak payah letak dah sebab dalam belimbing buluh tadi kita dah letak garam siap-siap. Nak sambal hitam sedap, jangan kedekut bahan. Masa menumis, lebihkan bawang merah & juga ikan bilis. Baru puas hati dapat makan sambal hitam sedap.


Sambal hitam Pahang
Kena masak sambalnya sampai kering & pecah minyak macam ni. Barulah sambal hitamnya tahan lama & lambat berkulat.


Februari 12, 2026

Cinta Tersimpul Rapi - Anis Suraya (Cover by Jane In Heaven)


Lagu ni lagu lama tau sebenarnya! Lagu zaman era 90-an. Tapi, still evergreen sampai ke hari ni. Lagu ni memang lagu favorite Syu time sekolah dedulu. Sekarang lagu ni dah viral & jadi satu fenomena bila lagu ni diberi nafas baru. Kalau korang buka TikTok, mesti lagu ni asyik fyp. Betul tak? 🤭


To be honest lagu versi AI ni memang best. Vibes lagu modern tu sesuai sangat dengan generasi hari ni. Hari-hari rasa nak dengar bila time buka Youtube. Memang layan. Walaupun lagu ni hasil dari sentuhan AI, tapi lagu versi yang lama tetap jadi pujaan hati. Tak ada yang lama, tak ada yang hari ni 🥰.


Lirik Cinta Tersimpul Rapi


Ku lerai segala yang terkusut

Ku simpul agar menjadi rapi

Demi menjaga hatimu

Ku rela mengalah selalu

Mengapa kau berubah laku?

Inikah yang harus ku terima?

Di atas setia sekian lama

Engkau menjadikan aku

Pelakon dalam sandiwaramu

Cintaku, rinduku, bukannya yang terkusut

Ku ikat, ku belai, dan ku simpul, wo-oh

Hati ingin berbicara

Hati pun sering bertanya

Di mana hujung jalan cerita?

Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejarmu

Sekelip mata engkau hilang, seluruh pelosok ku cari, ho-oh

Setinggi mana engkau membawa diri, akan aku daki, oh

(Sedalam mana kau cuba menyembunyi) Uh-hu, akan ku selami

Biar terbukti, biar bersaksi

Cinta kita, cinta tersimpul rapi

Ah-ah-ah-ah-ah

Ah-ah-ah-ah-ah

Hati ingin berbicara

Hati pun sering bertanya

Di mana hujung jalan cerita?

Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejarmu

(Sekelip mata engkau hilang) Ho-oh, seluruh pelosok ku cari, ho-oh

(Setinggi mana engkau membawa diri) Akan aku daki, oh

Sedalam mana kau cuba menyembunyi, akan ku selami

Biar terbukti, biar bersaksi

Cinta kita, cinta tersimpul rapi

Ku lerai segala yang terkusut

Ku simpul agar menjadi rapi

Februari 09, 2026

Happy Birthday Yang Ke-59 Mak! 🫂💕

Burn cheese cake
Love gila burn cheese cake ni. Sedap! Mak pun suka 😋. 


Since kita celebrate kita-kita jer. So, Syu buat menu paling simple & mudah untuk celebrate birthday mak tahun ni. Untuk birthday cake mak, as usual Syu repeat order burn cheese cake dengan sis Hazwana. Main course pula, Syu buat menu nasi ayam. Nak jimat masa & tenaga, ayam panggang kita main tunjuk-tunjuk kat Baker's Cottage jer. Air tangan kita hanya kat nasi, sup ayam dengan air! 🤣


Birthday
Selamat hari lahir mak! Sayang mak dunia akhirat 🫂💕


Apa-apa pun, selamat hari lahir untuk mak! Sayang mak dunia akhirat. Akak doakan semoga Allah panjangkan usia & dimurahkan rezeki mak sentiasa. Dipermudahkan segala urusan & diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih lahirkan akak & sudi jaga akak dari kecil sampailah ke besar 🫂💕. Nanti balik kampung akak tolong mak cuci karpet lagi ya! 😬

Februari 06, 2026

Buffet Ramadhan Menarik Sekitar Ipoh 2026

Buffet Ramadhan 2024

Ramadhan just around the corner! Seperti biasa, buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun pun ada diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan. 


BACA JUGA

Amalan Minum Air Ketika Bersahur

Kurma Apa Paling Mahal & Popular

Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada offer pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.



SENARAI LOKASI BUFFET RAMADHAN  MENARIK IPOH 2026


Syu yakin. Ramadhan tahun 2026 kali ni, mesti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa style buffet di sekitar Ipoh ni. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di sekitar Ipoh bagi tahun 2026. Bermula dari harga budget sehinggalah ke harga kayangan 😁. 


1) Buffet Ramadhan @ Gopeng Glamping Park


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



2) Simfoni Rasa Ramadan @ Seri Malaysia


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



3) Sajian Seribu Rasa Ramadan Buffet @ Tiffin Restaurant


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



4) Iftar Ramadan @ Miker


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



5) Rasa Warisan Ramadan @ Travelodge Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



6) Santapan Iftar Nusantara @ MH Hotel Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



7) Iftar Warisan Enak Perak @ Impiana Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



8) Citarasa Warisan Ramadan @ D'Kelly Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



9) Santapan Ramadan Pusaka Rasa Warisan @ Casuarina Meru Ipoh

 

Buffet Ramadhan Ipoh 2026



10) Iftar Ramadhan Juadah Nostalgia @ Azno Catering

 

Buffet Ramadhan Ipoh 2026

 


21) Iftar Mubarak Platter @ Menate' 


Buffet Ramadhan Ipoh 2026



22) Ganteng Heritage Feast @ Ayam Gepuk Ganteng




23) Citarasa Malaysia @ House of Salai X House of Nasi Lemak



24)  Cafe Warisan Bonda @ Artworks Ipoh



25) Buffet Iftar With Staycation Kingston 15 @ Tower Residence



26) Buffet Ramadhan Jendela Mikael



27) Buffet Ramadhan Saloma Steamboat





[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]


Nak pilih lokasi yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali 🤭💕. Cuma satu Syu nak pesan. Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Apa-apa pun selamat selamat menjalani inadah puasa.

Buffet Ramadhan Manjung 2026

Ramadhan dah nak start. Mesti ramai yang tengah tercari-cari buffet Ramadhan yang best dekat area Manjung, Sitiawan & Lumut kan? Setahun kan sekali jer Ramadhan. Of course teringin nak makan buffet sedap-sedap sekali sekala dengan famili. Betul tak?


BACA JUGA

➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur

➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular

➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar daerah Manjung ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte. Meh Syu nak share buffet yang ada sekitar area Manjung ni.



SENARAI BUFFET RAMADHAN MENARIK SEKITAR MANJUNG SITIAWAN & LUMUT


Syu yakin. Mesti ramai yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar daerah Manjung ni. Berikut Syu senaraikan port buffet Ramadhan terbaik yang ada di sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut untuk tahun 2026. Selamat ber-buffet Ramadhan! 😚💕-Senarai buffet akan di-update dari masa ke semasa. 

 

1) Jiwa & Rasa Buffet Kopeepaste X Hotspot


Kopee Paste



2) Iftar Selera Keluarga Ritz Garden Hotel Manjung


Buffet Ramadhan


4) Iftar Ramadhan Jelajah Malaysia The Orient Star Resort Lumut


Buffet Ramadhan 2026