Julai 12, 2023
Hello July! 🥰

Hampir dua minggu, bulan Jun melabuhkan tirai. Baru hari ni Syu ada kesempatan nak sentuh blog Syu. Makin lama makin sendu. Jangankan pageviews blog, income Google Adsense Syu pun tak berapa cantik sejak beberapa bulan ni - Ada hasil. Tapi tak berapa nak masuk sangat 😂!
![]() |
Tak sampai 10USD pun 😂. |
Aktif tapi tak konsisten
Syu masih berblog lagi sebenarnya. Tapi, tak seaktif & sekonsisten dulu. Mungkin sebab Syu terlalu penat dengan rutin kerja Syu agaknya. Ditambah pula dengan penyakit "M" 😅. Ini pun curi-curi menulis masa tunggu hujan berhenti masa melawat kawasan kilang tadi.
![]() |
Hujan lebat alkisahnya tadi. Itu yang dapat curi masa sikit berceloteh di blog 🤭. |
Fully utilised!
Hari Isnin sampai hari Sabtu. Memang fokus dengan kerja saja dari pagi sampai ke petang. Selingan masa kerja? Jangan cakaplah. Memang tak ada langsung 🥴.
Waktu rehat yang ada pun, memang cukup-cukup untuk makan & solat sahaja. 7.5 jam memang fully utilised. Tak ada Masa langsung nak mengulat. Tak pernah tak ada kerja. Kerjanya sentiasa saja ada 🤣.
Handphone? Memang tak dapat sentuh sangat masa time kerja. Bukan apa. Tak berani. Nanti kena aim. Tambah-tambah kita ni orang HR. Tak pasal-pasal dapat pula surat cinta nanti. Mata-mata pun banyak dekat tempat kerja Syu ni - Pentoksik pun banyak juga 🤣.
Macam biskut Chipsmore 🍪
Bila balik rumah, kerja lain pula dah menunggu. Nak hadap laptop menulis blog? Memang tidaklah jawabnya. Bukan tak ada masa. Tapi, tak ada feel. Mana taknya, dah puas dah hadap laptop dekat office nun. Bila tengok keyboard & screen laptop, auto jem terus otak dibuatnya 😂.
Sebab itulah, entri blog Syu macam biskut Chipsmore. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Tenggelam timbul gitu. Harap masih ada lagi pembaca yang sudi datang menjengah blog Syu yang dah suam-suam kuku ni 😂. By the way, selamat datang Julai! Please be nice ya.
Januari 06, 2023
Farewell Plus Food As Well 😂
![]() |
DARI KANAN : Big boss, isteri & insan yang diraikan. Muka happy jer nak tinggalkan company 😄. |
Hari ni, hari terakhir teman sepejuangan Syu kerja. Katanya, dia dapat tawaran kerja disalah sebuah badan kerajaan di Kuala Lumpur. Tapi, tak ramai yang tahu dia nak berhenti. Hanya kitaorang yang duduk sama department saja yang tahu pasal ni 😅.
Entah macam mana entah, disaat-saat akhir big boss war-warkan pada staff yang lain & buat keputusan nak buat farewell simple, sekali dengan new year celebration sikit. Maka, ke laut dalam lagilah misi jaga makan kita hari ni. Dah makan, kena makan lagi. Padahal baru lepas lunch sejam yang lepas 🤭.
![]() |
Semua sedap-sedap makanannya. Tapi, mampu makan sikit saja, sebab dah kenyang 😋. |
Selamat maju jaya & semoga terus sukses!
![]() |
Hilang seorang geng bertepuk bertampar. Entah siapalah yang gantikan lepas ni. Sudahlah kerusi dia ni kerusi panas 😌. |
Yang pasti, sebelum nak balik, sempat jugalah kitaorang luangkan masa bergambar & bermaaf-maafan. Almaklumlah, last day kan. Entah bila gamaknya dapat jumpa dengan budak ni lagi lepas ni. Walaupun kenal tak lama mana, tapi rasa satu kehilangan jugalah sebab geng gelak ketawa & bertepuk bertampar dah tak ada 😩.
![]() |
Ini geng lunch berjemaah plus geng membawang 😂. |
By the way, buat adikku Nurin Munirah. Selamat maju jaya & semoga terus sukses ditempat baru & di mana jua kamu berada ya. Lebih kurang minta halal ya. Misal kata hati rasa tak syok dekat sana, jangan lupa cari jalan balik tau 🤭. Kerusi kamu ni kerusi panas. Gerenti sentiasa kosong. Melainkan akak yang take over 🤣.
Kalau ada balik Taiping, jangan lupa pula singgah Ipoh. Roger saja akak-akak mu ini! Kami setia menanti di sini. Lagi satu, kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak tahu update terkini pasal kitaorang dekat office ni, rajin-rajinlah singgah blog Syuderis.com yang tak seberapa ni - Itupun kalau akak ada update 😁💕.
Disember 31, 2022
Azam Tahun Baru Paling Popular
![]() |
SUMBER FOTO : Shutterstock |
AZAM TAHUN BARU PALING POPULAR | Tinggal beberapa jam saja lagi. Korang dah ready ke nak masuk tahun baru 😁? Syu yakin. Mesti ramai yang dah list down azam tahun baru yang bakal korang capai tahun depan.
Apa itu azam tahun baru?
Azam tahun baru atau dalam bahasa inggerisnya kita panggil new year resolutions merujuk kepada matlamat/kemahuan/keinginan yang ingin dicapai. Samada untuk jangka panjang mahupun jangka masa pendek. Bergantung pada status pencapaian.
Kalau azam tahun baru yang dah diset masih lagi belum tercapai. Maka, azam tersebut akan di carry forward ke tahun yang seterusnya. Sampai tahun bila? Yang ini kena tanya pada diri sendiri 🤭.
Azam tahun baru paling popular
Kebiasaannya, azam tahun baru banyak menyentuh aspek kesihatan, kewangan, self rewards, ibadah, perubahan sikap/tabiat, kerjaya & juga inisatif untuk tingkatkan taraf hidup.
Kalau korang nak tahu, ini antara azam tahun baru popular yang selalu ada dalam senarai.
1) Diet
2) Berhenti merokok
3) Tamatkan zaman bujang
4) Tukar kerjaya
5) Beli rumah
6) Perbaiki diri
7) Berjimat cermat & buat simpanan
8) Pergi melancong
9) Langsaikan hutang
10) Tingkatkan kualiti & amal ibadah
Walau apa pun azam atau resolusi tahun baru korang, Syu ucapkan semoga berjaya! - Tuju dekat diri sendiri juga 😂. Cuma satu perkara korang kena ingat. Tahun baru bukan sahaja masa untuk korang ‘refresh’ diri korang. Pada masa yang sama, untuk korang buka ‘buku baru’ & pandang terus ke hadapan.
Perkara yang lepas biarkan berlalu. Tak payah nak toleh-toleh belakang dah. Mana yang kurang cuba perbaiki. Yang buruk jadikan pengajaran & sempadan. Selain itu, belajar juga untuk reset diri supaya kekal positif.
Jangan serabutkan fikiran untuk capai target. Just follow the flow saja. Mungkin kita rasa aturan kita dah cantik. Tapi, yang pasti, perancangan Allah lagi maha terbaik.