November 14, 2022
18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15
Seperti yang ditunggu-tunggu. Akhirnya! Diumumkan juga cuti umum pada 18 & 19 haribulan November ni. Bukan apa, kita yang kerja bahagian Human Resource (HR) ni jadi runsing nak menjawab pertanyaan-pertanyaan staff & operator pasal cuti PRU15 yang bakal tiba tak lama lagi. Nak-nak kita yang swasta ni ada yang kerja full day pada hari Sabtu.
![]() |
SUMBER FOTO : BBC News |
Semasa kerajaan umumkan hari Sabtu sebagai hari membuang undi. Kami-kami yang duduk dalam HR Department ni jadi serba tak kena dibuatnya. Kalau ikutkan ramai juga yang berhajat nak mohon cuti tahunan & cuti tanpa gaji. Tapi, kalau dirujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ianya salah disisi undang-undang sekiranya majikan tolak cuti & gaji pekerja pada hari mengundi 🙄.
Runsing memikirkannya. Nak dibagi cuti ke atau dibagi pelepasan. Replacement? Sah-sah diaorang
tak nak punya. Andai dibagi pelepasan untuk keluar mengundi. Yang
mengundi di luar negeri macam mana pula? Sempat ke nak balik mengundi 😅. Kalau ke luar daerah mungkin sempat.
![]() |
Selain cuti umum. Ada juga berita gembira lain diselitkan buat penjawat awam & pengguna lebuhraya. |
Bila tadi kerajaan umumkan 18 & 19 haribulan November tu cuti umum. Maka,
hilanglah segala kegusaran & kepeningan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang
ke kampung mengundi. Termasuk juga kami-kami yang HR ni. Lapang dada terus dibuatnya. Harap-harap diganjakkan terus cutinya sampai ke hari
Isnin sebagai tanda kemenangan parti pemimpin Malaysia yang baru nanti 😁. Dapat cuti panjang sikit.
Mei 23, 2022
Sushi King Bonanza May 2022

![]() |
SUMBER FOTO : Sushi-king.com |
Buat penggemar Sushi King, jangan lepaskan peluang korang untuk bersushi bonanza hari ni. Promosi berlanjutan sehingga 26 Mei 2022 ini sahaja. Pada yang belum jadi ahli berdaftar. Make sure korang daftar terlebih dahulu di aplikasi Sushi King untuk enjoy sushi bonanza ni. Mudah saja. Jangan lepaskan peluang okey 😋. Selamat bersushi bonanza!
Diskaun Kompaun 70% Majlis Bandaraya Ipoh

Berita gembira buat warga Ipoh yang ada bersusun saman parkir. Bersempena ulang tahun yang ke-34, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ada tawarkan pengurangan kompaun sebanyak 70%. Tawaran ni dibuka selama satu hari sahaja iaitu pada 27 Mei 2022. Jadi, pada korang yang ada saman parkir MBI. Inilah masanya untuk korang bagi settle saman-saman parkir korang yang sedia ada tu.
![]() |
SUMBER FOTO : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) |
Bila sebut pasal saman parkir. Auto teringat pada diri sendiri. Syu pun ada rekod saman juga dengan MBI ni. Ada tiga saman semuanya. Tahun lepas selesai sudah bayar dua saman. Masa tu diskaun kompaun yang ditawarkan cuma 50% sahaja. Dalam diskaun 50% tu, busuk-busuk melayang jugalah RM50.
Sekarang saman parkir Syu masih berbaki satu lagi saman. Alang-alang dah ada diskaun 70% dari MBI ni. Ada baiknya juga Syu selesaikan secepat mungkin. Malas nak berhutang dengan MBI dah. Jadi, siapa-siapa yang ada saman parkir tu moh ler kita pakat-pakat pergi bayor! 😁
Semakkan & pembayaran kompaun
Buat warga Ipoh yang ada saman parkir macam Syu. Segala kompaun korang boleh disemak melalui :
- Kaunter We serve
- e-semak & e-cetak di portal rasmi MBI atau
- Aplikasi Park@Perak - Muat turun dari mana-mana stor aplikasi (app stores)
Manakala untuk pembayaran kompaun pula, ianya boleh dijelaskan melalui pembayaran di :
- Kaunter MBI
- e-bayaran di portal rasmi MBI
- Aplikasi Park@Perak