Mac 28, 2024
Cara Buat Bangkit Cheese Sedap Rapuh & Cair Di Mulut Sukatan Cawan

Bangkit cheese boleh dikatakan kuih raya yang viral juga sejak beberapa tahun ni. Dulu, kita ada bangkit original dengan bangkit pandan. Sekarang dah diolah sikit rasanya supaya kena dengan selera orang Malaysia yang sukakan cheese dalam masakan.
Tak tahu siapa yang start dulu buat kuih bangkit cheese ni. Yang pasti Syu suka sebab sedap & ada rasa lemak-lemak. So, untuk raya tahun ni. Syu cuba buat sikit biskut bangkit cheese ni tapi dengan cara Syu sendiri.
![]() |
| SUMBER FOTO : Sirap Limau |
Bahan asas biskutnya sama. Cuma ada beberapa bahan tambahan Syu letak dalam adunan biskut bangkit cheese ni supaya biskutnya double triple sedap. Lebih lemak & ketagih nak makan lagi & lagi. Jom Syu share resepinya macam mana.
BAHAN-BAHAN
250g - Pure salted butter (Nak pakai butter biasa pun boleh)
1 Cawan (200g) - Gula aising
1/3 Tin - Susu pekat (Untuk rasa lemak)
250g - Cream cheese
3 Cawan (750g) - Tepung ubi kayu (Disangai)
2 Cawan (500g) - Tepung jagung (Disangai)
1 Cawan (250g) - Tepung gandum (Disangai)
1 ½ Sdk. - Baking powder
1 ½ Sdk. - Esen vanilla (Masukkan sekali dalam kuning telur)
2 Biji - Kuning telur
50g - Cheddar cheese parut
Sedikit garam untuk rasa lemak
- Pukul butter, cream cheese dengan gula aising hingga sedikit kembang.
- Masukkan kuning telur, esen vanila & susu pekat. Pukul lagi sampai sekata.
- Masukkan bahan-bahan kering & juga cheddar cheese yang dah diparut.
- Gaul sebati sehingga doh tak melekat pada tangan.
- Rehatkan doh sekejap di dalam peti ais selama 20 minit. Kemudian bolehlah dicanai & ditekap guna acuan bangkit cheese.
- Untuk suhu oven. Bakar pada suhu 160-170℃ selama 30 minit (Bergantung pada jenis oven) atau sehingga biskutnya masak.
- Bila dah masak boleh keluarkan & simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!
Jun 21, 2021
Alhamdulillah, Semua Pemenang Dah Selamat Terima Hadiah!!

Pada yang belum tengok post pemenang-pemenang contest #Riang Raya Bersama Syu Deris ni, korang boleh klik dekat link bawah ni :
Mei 30, 2021
Keputusan Contest #RiangRaya Bersama SyuDeris
Dalam tempoh seminggu ni memang Syu melampau-lampau busy yer kawan-kawan. Almaklumlah, day by day pandemik semakin lama semakin meruncing. nak tak nak terpaksalah prepare & upload semua dokumen untuk start bekerja dari rumah (BDR) sebab sektor yang Syu bekerja ni tak termasuk dalam essential bussiness. So, terpaksalah redha untuk bekerja dari rumah. Dia punya busy tu sampai nak create satu posting pun memang tak dapat. Nama jer bekerja dari rumah, tapi bukan buat kerja office sangat pun. Lebihnya banyak buat kerja rumah. Sambil-sambil buat office work tu kadang-kadang sempat jugaklah buat refreshing blog ๐. Nak pecah kepala jugak lah hadap kod CSS & html.Tu pasal dalam seminggu ni memang Syu menyepi jer.
Okay by the way, Syu nak maklumkan yang contest #Riang Raya Bersama Syu Deris telah berakhir yer kawan-kawan. Sebelum tu, Syu nak ucapkan terima kasih kepada kelima-lima contestants yang sudi meluangkan masa untuk join contest ni๐. Walaupun tahun ni kita tak berapa nak raya tapi korang cuba jugak menghidupkan suasana & mood raya tu dalam contest ni. Memang tak dinafikan, tak berapa ramai yang join contest ni...tapi senarai pemenang & hadiah tetapkan akan diberikan macam yang telah dijanjikan๐.Actually, Syu dah habis blogwalking kelima-lima contestant contest ni & Syu dah pun pilih pemenang-pemenangnya. Berikut adalah senarai pemenang contest #RiangRaya Bersama Syu Deris.
![]() |
| Drop details kat sini okey!!๐ |
TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA CONTEST #RIANG RAYA BERSAMA SYUDERIS!!
Mei 18, 2021
Senarai Hadiah & Peserta Contest #RiangRaya Bersama SyuDeris
Ahah!! Memandang Syu ada sedikit kelapangan, Syu nak update sikit senarai hadiah & penyertaan peserta untuk contest #RiangRaya Bersama SyuDeris. Pada yang belum tahu, contest ni Syu dah buka penyertaan pada 13 Mei hari tu. Actually, Syu sengaja buat contest ni pun bukan apa, just sekadar untuk memeriahkan suasana raya korang jer. Almaklumlah, raya tahun ni kan seantero Malaysia tak boleh rentas negeri & daerah.
Tapi ape yang peliknya, even PKP 3.0 dah dilancarkan masih ada lagi peningkatan kes & sesetengah rakyat yang tak amik pusing pasal hal ni sampai siap ada yang melanggar SOP & gigih balek merentas daerah & negeri. Hurmmmm...kenapa lah degil sangat yer? Tak risau ke bawak balik penyakit dekat keluarga tersayang? Kesian tau dekat frontliners. Diorang berhempas pulas berusaha nak control COVID-19 ni.
By the way, inilah senarai hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang-pemenang contest #RiangRaya Bersama SyuDeris ni. Hadiahnyer tak adalah mahal & branded mana pun. Tapi boleh lah untuk dijadikan kenang-kenangan di bulan Syawal ni. Lagipun memang niat Syu pun nak bagi hadiah-hadiah yang macam ni dekat korang.
Macam tasbih digital tu, at least korang boleh guna untuk berzikir...sekurang-kurangnyer berjalan juga pahala pemberian Syu๐. Kalau ada peserta lelaki yang jadi pemenang dalam contest ni, korang jangan lah risau...Syu akan replace dengan kain pelikat yang berguna untuk korang bawak solat. Untuk tasbih digital tu Syu akan beri kepada 15 peserta contest sebagai hadiah saguhati.
Setakat hari ni hanya 4 orang peserta sahaja yang join contest Syu. Minta tolong sahabat-sahabat blogger war-warkan contest ni kepada sahabat-sahabat blogger yang lain okay๐. Mungkin masih ada yang belum tahu pasal contest ni. Pada yang belum join masih ada berbaki 11 hari lagi untuk korang submit penyertaan. By the way jangan lupa slogan "Teman raya!! Miker Raya ke Idak?" & tag 3 rakan korang untuk join penyertaan.
SENARAI PESERTA
Mei 13, 2021
Tak Boleh Balik Raya Kan? Meh Join Contest Meh!!๐
๐Syu tahu mesti ramai yang bersedih & terkilan sebab tak dapat balik kampung beraya tahun ni kan? Dah lah seluruh Malaysia pulak tu diarahkan PKP. Even rentas daerah pun abah tak bagi. Sejak pandemik ni melanda dunia memang huru-hara dibuatnya.
Tapi apalah daya kita kan, mungkin ada hikmah kenapa Allah turun kan penyakit ni kepada kita umat manusia. Apa-apa pun selagi pandemik ni tak reda selagi tu lah kita tak boleh ambil mudah. Sebab ianya merbahaya & boleh menular dengan cepat!
By the way, memandang raya tahun ni seluruh rakyat Malaysia tak dibenarkan rentas negeri & daerah. Jadi untuk menghilangkan kesedihan & kehibaan anda selaku blogger-blogger, maka buat pertama kalinya Syu nak buat contest raya!!๐ Contest ni Syu bagi nama #RIANG RAYA Bersama SyuDeris๐๐!!
Hadiahnya nak kata lumayan tu tak lah. Tapi boleh lah kalau nak dijadikan sebagai kenang kenangan. Lelaki wanita semua boleh join. Tarikh penyertaan contest ni dibuka rasmi mulai hari ni (13/5/202) sehingga (27/5/2021) .Cara penyertaan korang boleh refer poster kat bawah ni. Tak susah mana pun sebenarnya. Untuk follow FB & Insta Syu korang boleh click dekat button FB & Insta kat bahagian footer๐.
Untuk makluman korang, contest ni Syu memang tak gunakan apa-apa contest tools pun untuk menentukan siapa bakal pemenang. Apa yang Syu akan buat, Syu akan blog walking satu persatu link penyertaan contestants.
Syu akan pilih contestants yang ikut peraturan contest & paling kreatif dari segi content & penyampaian sebagai pemenang. Jangan risau, even beratus contestants sekalipun Syu tetap akan buat blog walking๐. Hadiah untuk pemenang & senarai penyertaan Syu akan update dari masa ke semasa๐!!










