Posts with the label Cuti Umum
Memaparkan catatan dengan label Cuti Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cuti Umum. Papar semua catatan

Februari 21, 2025

Bunga Rumput Tahi Babi & Bunga Ulam Raja

Hari tu, saja masuk kebun abah cari ole² nak bawa balik ke Ipoh. Petiklah buah limau kasturi, buah kelapa & siap bercabut serai segala. Tengah dok seronok² menuai hasil. Terpandang satu spot ni penuh dengan rumput liar. Elok tumbuh melata tak ada siapa kacau!


Search dekat Google. Alamak! Terkejut tengok nama dia Rumput Tahi Babi (Ageraratum conyzoides) ! Ada juga nama lain dia sebenarnya. Selasih Dandi! Bunga dia sumpah cantik! Ada iras macam baby wreath. Tapi, warna unggu lembut plus ada warna biru-biru sikit.


Bila sampai musim dia, kemain banyak tumbuh melata penuh kebun.


Nak dijadikan cerita. Time tu bunga Ulam Raja (Cosmos caudatus) pun sama rancak berbunga juga dekat tepi rumput ni - Dah lama tak petik buat ulam. So, membesar dengan jayalah dia! Bila dah nampak, tangan ni pun apa lagi. Mulalah gatal nak memetik itu ini - Spesis tangan gatal tak boleh tengok benda cantik depan mata sebenarnya ni 🤣.


Otak pun sama jalan juga. Plan nak buat begitu begini. Setel petik-memetik. Susun-susun. Maka, terciptalah satu jambangan bunga rumput tahi babi & bunga ulam raja. Nama jambangannya tak indah mana. Tapi, rupa dia cantik. Sedaplah mata memandang. Gittew!


Ngam pula kombinasi warna dua bunga ni kan 🤭. 



Khasiat daun ulam raja


Daun Ulam Raja ni memang selalu sangat orang guna buat ulam. Kaya dengan antioksidan & bagus untuk turunkan paras gula dalam darah juga. Bukan itu jer, ada kajian menyatakan Ulam Raja ni boleh kurangkan risiko penyakit dementia/nyanyuk. Menarik kan? Jadi, kena rajin-rajinlah berulamkan Ulam Raja ni. Barulah otak sihat cerdas tak kena penyakit nyanyuk! 😁


Bunga cantik. Daunnya pula sedap kalau buat ulam cicah sambal belacan & sambal kelapa 🤣. 



Khasiat rumput tahi babi


Rumput Tahi Babi ni pun ada juga manfaatnya. Start dari bahagian akar sampailah ke bahagian daun. Cuma tak pernahlah pula nampak rumput ni dibuat ulam-ulaman macam Ulam Raja. Lagipun, bau rumput tahi babi ni boleh tahan kuat juga. Tak lalu rasanya kalau nak dibuat ulam.


Lagi satu, dengar cerita air rebusan akar Rumput Tahi Babi ni boleh kurangkan panas dalam badan & kurangkan masalah cirit birit juga. Mujarab atau tidak? Syu tak pasti. Pasal tak pernah dicuba pun selama hari ni 😅. 


Waima kalau kena cirit-birit sekalipun. Kitaorang satu famili just kunyah pucuk jambu batu atau makan pil Chi Kit Teck Aun jer. Itupun kalau ada. Tak pun, minumlah air teh-o suam tu bancuh pekat-pekat. Nak makan rumput tahi babi ni?! Memang tidaklah. Dengar dia punya nama pun dah lain macam 🫣! Ini kan pula nak dibuat makan.

Bunga Rumput Tahi Babi & Bunga Ulam Raja

Februari 21, 2025

November 14, 2022

18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15

Seperti yang ditunggu-tunggu. Akhirnya! Diumumkan juga cuti umum pada 18 & 19 haribulan November ni. Bukan apa, kita yang kerja bahagian Human Resource (HR) ni jadi  runsing nak menjawab pertanyaan-pertanyaan staff & operator pasal cuti PRU15 yang bakal tiba tak lama lagi. Nak-nak kita yang swasta ni ada yang kerja full day pada hari Sabtu.


General election
SUMBER FOTO : BBC News


Semasa kerajaan umumkan hari Sabtu sebagai hari membuang undi. Kami-kami yang duduk dalam HR Department ni jadi serba tak kena dibuatnya. Kalau ikutkan ramai juga yang berhajat nak mohon cuti tahunan & cuti tanpa gaji. Tapi, kalau dirujuk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ianya salah disisi undang-undang sekiranya majikan tolak cuti & gaji pekerja pada hari mengundi 🙄. 



Runsing memikirkannya. Nak dibagi cuti ke atau dibagi pelepasan. Replacement? Sah-sah diaorang tak nak punya. Andai dibagi pelepasan untuk keluar mengundi. Yang mengundi di luar negeri macam mana pula? Sempat ke nak balik mengundi 😅. Kalau ke luar daerah mungkin sempat.


Selain cuti umum. Ada juga berita gembira lain diselitkan buat penjawat awam & pengguna lebuhraya.


Bila tadi kerajaan umumkan 18 & 19 haribulan November tu cuti umum. Maka, hilanglah segala kegusaran & kepeningan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung mengundi. Termasuk juga kami-kami yang HR ni. Lapang dada terus dibuatnya. Harap-harap diganjakkan terus cutinya sampai ke hari Isnin sebagai tanda kemenangan parti pemimpin Malaysia yang baru nanti 😁. Dapat cuti panjang sikit.

18 & 19 November Muktamad Cuti Umum Sempena PRU15

November 14, 2022