Februari 04, 2025
Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? ๐ค
Lain macam betul batuk kali ni! Perit! Batuknya sambung-menyambung tak henti-henti. Sampai terkencing-kencing dibuatnya ๐. Tekak pula gatal merenyam-renyam. Siap pakej berkahak lagi. Even dah makan antibiotik & ubat batuk doktor pun tak jalan.
![]() |
Buah lai belah dua. Letak gula batu, bunga cengkih & goji beri - Patutnya kena pakai buah pear yang besar tu. Tapi ini jer yang ada dekat rumah ๐ถ๐ซ️. |
![]() |
Kukuslah sampai lembut - Syu kukus dalam 30 minit jer |
![]() |
Okaylah. Masih boleh diterima tekak. Kena makan suam-suam. Dah sejuk tak sedap ๐. |
End up, Syu cuba petua tradisi lama orang Cina ni. Cari dekat TikTok. Tak sure mujarab ke tidak untuk legakan batuk berkahak Syu ni. Dah nak masuk seminggu lebih juga tak baik-baik. Harap berkesanlah hendaknya. Tak lalulah nak hadap batuk ni lama-lama ๐ถ๐ซ️.
Januari 23, 2024
Getah Peach Banyak Khasiat & Kaya Dengan Kolagen Semulajadi

Korang pernah makan tak getah peach (Peach gum/Tao jiao)? Sedap tau! Tambah-tambah kalau dibuat air laichi kang/tong sui ๐คค. Getah peach ni rasa dia plain. Macam jelly kosong. Tapi, kalau dah dibuat laichi kang. Rasa dia memang sedap.
![]() |
SUMBER FOTO : Alvin's Penthouse Kitchen |
Kalau korang nak tahu, getah peach ni merupakan getah pokok/resin pada pokok peach yang dah kering. Rupa lebih kurang macam getah anggur juga. Cuma, bila getah peach ni dah direndam. Teksturnya lebih kenyal & tak berderai macam getah anggur. Warna pun berbeza sikit. Getah anggur warna putih bersih. Getah peach pula, macam oren-oren sikit warnanya.
Khasiat getah peach
Setiap 100g getah peach ni mengandungi 175Kcal. Ia kaya dengan asid amino, kolagen (agen anti penuaan) & sangat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme badan & pertumbuhan otot. Selain itu, peach gum juga memiliki khasiat lain, seperti:
- Melawaskan pembuangan kencing - bersifat antibakteria & anti-inflimasi
- Menyejukkan badan
- Baik untuk sendi & tulang - Kaya dengan kolagen
- Menurunkan kadar kolestrol dalam badan - bersifat hipolipidemik dan antiaterosklerosis
- Melawaskan pembuangan air besar - Tinggi dengan probiotik
Cara bersihkan getah peach
Sebelum nak masak. Getah peach ni kena direndam dahulu semalaman supaya getah peach-nya betul-betul kembang & lembut. Lepas dah elok kembang, getah peach-nya kena dibersihkan satu persatu dari sebarang bendasing.
![]() |
Bila dah dibersihkan, bolehlah dibuat laichi kang getah peach-nya ๐. |
Korang kena make sure, segala lebihan kulit kayu & kotoran yang melekat pada getah peach tu dibuang. Macam Syu, Syu bersihkan guna tweezer. Senang sikit kerja.
Tapi, kalau korang beli getah peach premium grade. Insyallah, kurang sikit masa korang nak kelebek getah peach ni satu-satu ๐คญ. Getah peach Syu ni, Syu beli di kedai Eco2 saja. Jadi, tak berapa nak premium sangat.
Bila dah bersih, bolehlah dimasak & dimakan getah peach-nya tanpa ragu-ragu. Paling best kalau getah peach ni dijadikan pencuci mulut. Macam Syu, Syu prefer guna buat Laichi Kang Getah Peach ๐. Resepi? Nanti Syu share di next entri.
Mac 31, 2022
Apa Ada Dalam Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia?

Balik kerja semalam ada dapat bingkisan dari Pos Malaysia. Berbalut plastik hitam. Fragile ditulisnya dekat luar kotak. Terkejut juga masa dapat bungkusan ni. Setahu Syu, tahun ni mana ada menang apa-apa giveaway pun ๐ . Jadi agak tertanya-tanya juga sebenarnya pasal bungkusan hitam ni.
Dalam hati dah terfikir pasal PIN Google Adsense yang tak kunjung-kunjung tiba tu. Tapi tak kan lah besar sangat bungkusannya. Benda nombor pin jer kot. Bila buka bungkusan, ingatkan apa bendalah. Rupa-rupanya Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Keluarga Malaysia. Korang ada dapat tak?
Seingat Syu, Kak SA pun ada buat entri pasal kit PPC ni. Tapi tak ingat bila. Dengar cerita PPC ni diberikan khas buat 3.6 juta keluarga Malaysia yang terdiri dari golongan B40 secara PERCUMA. Ianya telah mula diedarkan seluruh negara secara berperingkat mulai September 2021 tahun lepas. Tapi, kalau tak silap Syu, orang kerja gomen pun dapat juga kit PPC ni.
Bagi Syu, tak kisahlah golongan kategori apa sekalipun yang dapat kit PPC ni. Tapi, kalau orang dah bagi. Rembat sajalah. Nak buat apa dipanjang-panjangkan cerita kan. Dah ada senang. Tak gaduh nak berbeli dah ๐. Apa-apa pun. Terima kasih kepada yang memberi.
Isi kandungan PPC
Kalau korang nak tahu, di dalam kit PPC ni ada diberikan :
- 4 x Kit ujian kendiri Covid-19 - Rapid antigen test
- 4️ x Pelitup muka (Washable) - Ada slogan #Keluarga Malaysia
- 1️ x Oximeter - Ada disertakan sekali dengan bateri
- 1️ x Termometer
- Risalah panduan pengguna & info kesihatan
Mac 02, 2022
Boleh Ke Tukang Urut Lelaki Urut Wanita? ๐ค

Ini alkisah malam kemarin yer. Memang dah lama Syu peram kesakitan kaki Syu selama hari ni. Sampaikan satu tahap tu Syu rasa sakit sangat bila duduk bersimpuh & bersila lama-lama. Walaupun tak sampai seminit duduknya ๐. Kalau masa solat jangan cakaplah. Memang perit menahan sakit. Tambah-tambah masa duduk diantara dua sujud.
Selama hari ni kalau Syu sakit kaki, memang Syu minta suami Syu yang tolong urutkan. Mungkin dah rimas agaknya dengar Syu mengadu sakit kaki hari-hari. Ditambah pula malas nak urut kaki Syu yang sado ni agaknya, itu yang diajaknya juga pergi ke Gerbang Malam Ipoh tu ๐. Lagipun tak mahal mana pun pergi berurut di Gerbang Malam. Setengah jam cuma RM25 sahaja.
Kemarin tak berapa ramai pengunjung yang datang. Jadi ada banyak ruangan mengurut yang kosong. |
Kalau ikutkan memang dah banyak kali suami Syu ajak pergi berurut. Tapi, Syu yang selalu menolak. Bukan apa, mengenangkan isu Covid punya pasal ๐. Jadi, rasa tak berani nak berurut dengan orang. Lagi satu, malas nak bersiap! Balik kerja, kalau boleh malas nak keluar ke mana-mana. Melainkan hujung minggu.
Sebenarnya, Syu ada terfikir juga nak cari tukang urut yang boleh datang ke rumah. Tapi macam susah pula nak cari. Lagipun macam tak sesuai pula di musim-musim Covid ni nak ajak orang datang ke rumah berurut. Ada risiko juga di situ. Mana tahu, merata dia pergi berurut. Tiba-tiba dibawanya sekali mahluk durjana tu sekali. Nauzubillah.
Big boss pun berurut juga yer ๐
. Tapi macam cacing kepanasanlah rupa dia, sebab tengah menahan sakit. |
Jenuh jugalah kami laki bini bercari servis tukang urut refleksiologi yang ada di Ipoh ni kemarin. Nak pergi spa refleksiologi, banyak pula yang dah tutup & dihentikan operasi. Sudahnya, pilihan terakhir Syu ada adalah dengan berurut di Gerbang Malam Ipoh. Apa boleh buat. Asalkan dapat legakan sikit perit dekat kaki Syu ni.
Tapi yang tak syoknya, di Gerbang Malam Ipoh ni dah tak ada dah tukang urut perempuan. Majoritinya semua lelaki. Tukang urut perempuan ramai yang dah berhenti. Nak tak nak terpaksa juga pilih tukang urut lelaki untuk urut kaki Syu. Dah tak tahan sangat nak menanggung sakit.
Memang suami Syu izinkan adik tu urut kaki Syu. Tapi seganlah juga sebenarnya walaupun berlapik & bertutup dengan kain batik. Selalunya laki kita yang pegang kaki & urutkan. Ni tiba-tiba lelaki lain pula yang buat ๐ณ. Mana tak cuak dibuatnya kan. Lagipun, hati ni pun tertanya-tanya juga. Boleh ke tukang urut lelaki urut tukang perempuan? Tambah-tambah yang bukan mahram ๐ค. Tertanya-tanya juga sebenarnya.
BOLEH ATAU TIDAK TUKANG URUT LELAKI URUT WANITA || Balik dari berurut kemarin, Syu ada buat rujukan sedikit pasal hal ni dari artikel yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Al-Khafi #590 : Wanita Diurut Oleh Tukang Urut Lelaki. Saja nak tahu. Boleh ke tak boleh orang lelaki urut orang perempuan sebenarnya ๐. Manalah tahu tak bolehkan. Rupa-rupanya BOLEH. Kebenaran ni ada dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim yang diriwayatkan oleh Jabir RA:
ุฃََّู ุฃُู َّ ุณََูู َุฉَ، ุงุณْุชَุฃْุฐََูุชْ ุฑَุณَُูู ุงَِّููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ِูู ุงْูุญِุฌَุงู َุฉِ َูุฃَู َุฑَ ุงَّููุจُِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุฃَุจَุง ุทَْูุจَุฉَ ุฃَْู َูุญْุฌُู ََูุง
Maksudnya : Sesungguhnya Umm Salmah meminta izin dari Rasulullah SAW untuk dibekam maka Nabi SAW mengarahkan Abu Taibah untuk membekam Umm Salmah.
Walaupun hadis yang diriwayatkan ni tak merujuk terus kepada berurut. Tapi dari segi qiyasnya, ada diberikan kebenaran dalam kita berihktiar untuk berubat & merawat penyakit yang kita alami. Asalkan :
- Ianya dilakukan dengan izin suami
- Semasa berurut/berubat, korang ditemani mahram - suami mahupun wanita dipercayai (tiqah)
- Masa nak berurut tu memang tak ada seorang pun tukang urut yang semuhrim mahupun semuslim
- Hanya kawasan yang sakit sahaja boleh di lihat & dirawat oleh tukang urut mahupun pengamal perubatan
-WALLAHUALAM-
Mei 06, 2021
Leg Bouncing-Tabiat Henjut Kaki Ala Drummers

Pernah dengar "Leg Bouncing"?? Alah, tabiat goyang-goyang kaki acah-acah orang main drum tu. Pernah buat tak? Yang pernah buat sila mengaku okay! Sebab tabiat ni selalunya ada kena mengena dengan masalah anxiety. For those yang tak pernah buat mesti korang rasa annoying kan kalau ternampak ada orang yang buat macam tu ๐ .
Syu cerita pasal "Leg Bouncing" ni pun bukan apa. Sebab diri sendiri pun selalu jugak terjebak buat macam tu. Mungkin pada kita "Leg Bouncing" ni macam benda normal. Kalau korang nak tau, "Leg Bouncing" ni salah satu tabiat atau perangai suka menghenjutkan kaki. Ada seorang kaunselor dari United Kingdom ni, nama dia Dawn Templeton. Dia pernah cakap yang "Leg Bouncing" ni terjadi sebab adanya lebihan hormon adrenalin & kortisol disebabkan faktor tertekan.
"Leg Bouncing" ni macam satu ketagihan tau sebenarnya. Datang tu tiba-tiba, pergi pun tiba-tiba jugak. Sebab apa, kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila masa kita terbuat "Leg Bouncing" ni. Tahu-tahu tengah santai-santai duduk tengok TV tiba-tiba termain drum pulak. Main drum betul tak apa. Ni drum maya๐!! Goyang lah sampai ke sudah tak bunyi-bunyi.
Sebenarnya tabiat "Leg Bouncing" ni tak adalah teruk mana pun, cuma ia nampak annoying sikit pada orang yang bukan "Leg Bouncing". Tapi andai kata, ini salah satu cara untuk menenangkan & merelakskan diri bila berhadapan dengan situasi stress, pada Syu ianya tak menjadi satu kesalahan pun. Macam Syu, apa yang Syu perasan lah kan. "Leg Bouncing" ni Syu akan start buat bila tengah stress memerah idea.
Kaki sebelah mana yang dihenjut? Itu bergantung kepada aktiviti otak orang. Kebiasannya, kalau korang berfikir guna otak kanan, output dia kaki kiri & kalau korang guna otak kiri maka kaki kanan lah yang akan di henjut. Tapi ikut orang jugak sebenarnya. Kadang-kadang tak tentu. Bergantung kepada kaki mana yang orang "Leg Bouncing" selalu buat. Ada sesetengah tu sampai dua-dua kaki dihenjutnya๐.
Bila Berlakunya "Leg Bouncing"?
1) Stress memerah idea
2) Rasa cemas
3) Kebosanan
4) Hilang fokus
5) Tertekan
By the way, setakat hari ini masih belum ada apa-apa petunjuk yang mengesahkan pasal "Leg Bouncing" ni boleh mendatangkan kemudaratan. Cuma dikhabarkan kaki akan jadi keletihan sikitlah bila terlalu kerap sangat menghenjut kaki.
Harus diingat juga, ada masa & ketika, tabiat "Leg Bouncing" ni boleh jadi petunjuk awal yang korang ada penyakit Parkinson & Restless Leg Syndrome [RLS] atau juga dikenali sebagai Willis-Ekbom Disease. Jadi, kalau sampai satu tahap tu korang rasa tabiat "Leg Bouncing" korang ni dah tak boleh dikawal. Adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor๐.
SUMBER RUJUKAN
Why do people shake their leg - Betterhelp.com
The anxious leg bounce - Metro.co.uk
Restless Leg Syndrome [RLS] / Willis-Ekbom Disease - Mayoclinic.org
Translate
AUTHOR
