Posts with the label Lotus
Memaparkan catatan dengan label Lotus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lotus. Papar semua catatan

Jun 18, 2021

Fresh Milk Sedap Kembar Farm Fresh

Sedap, pekat, likat melekat!!Ha3 😋


Again, another produk TESCO in the house 😁!! Last time, Syu review FROZEN FOOD WAJIB BELI TESCO. Hari ni produk tenusu pulak. Rasenyer dah boleh start claim komisen sikit dekat TESCO ni, sebab rajin nau promote produk diorang 😆. Memandang pagi ni Syu tak tahu nak breakfast apa, so Syu hadap jelah stok susu yang ada dalam fridge. Susu ni memang antara favourite Syu & husband. In case kalau pagi-pagi tak sempat nak breakfast, kitorang laki bini mesti minum susu ni dulu sebelum pergi kerja. For those yang ada alahan dengan produk tenusu, sorry to say...freshmilk ni sedap sesangat however korang still tak boleh minum. I feel sorry for that.


Nampak tak? Freshmilk ni diberanakkan ditempat yang sama 😆. So, kira kembarlah kan 😁.

Freshmilk TESSCO ni kalau korang nak tahu sebenarnya salah satu keluaran Farm Fresh jugak. Cuma TESCO diberi hak untuk pattern kan freshmilk ni sebagai salah satu house brand diorang. So, freshmilk TESCO & Farm Fresh kira boleh dikatakan kembar lah kan. Cuma rupa jer tak seiras. Sejujurnya, freshmilk ni memang lagi sedap dari brand-brand terkemuka kat luar sana 😋. Harga pun jauh lagi murah dari Farm Fresh. Kalau ada promotion, korang boleh beli freshmilk ni sekotak dengan harga RM4.75 tau. Murah kan?? Padahal harga asal dia kalau korang nak tahu, lebih kurang dengan harga freshmilk dari Farm Fresh 😁.



Syu pernah minum freshmilk dari Farm Fresh. Memang sedap & rasa dia lebih kurang jer dengan freshmilk TESCO ni. Cuma rasa yang Farm Fresh punya lebih pekat sikit jika dibandingkan dengan brand TESCO. Lagi satu pulak, freshmilk brand Fresh Farm ada dalam banyak perisa.Macam TESCO just ada dua pilihan jer. Coklat & fullcream. Overall, freshmilk TESCO ni memang sedap yakmat!! Sememangnyer freshmilk pilihan kitorang laki bini 😁.

Fresh Milk Sedap Kembar Farm Fresh

Jun 18, 2021

Jun 16, 2021

Frozen Food Yang Wajib Beli Dari TESCO/LOTUS

Kat rumah Syu memang tak ada anak kecik 😁. Tapi tekak kitorang laki bini ni kalau tak ada makanan buat kudap-kudap macam ni memang tak boleh. Bila beli barang dapur jer mesti restock nugget, sosej & kentang semua ni buat spare. Itu pasal ruang dalam freezer tu memang dah tak ada untuk letak stock aiskrim 😂.Kalau beli pun dapat muat sebekas jer. Niat hati tu kadang-kadang nak lah jugak letak macam-macam perisa aiskrim dalam peti ais, tapi bila mengenangkan space dalam tempat beku tu macam tak mandang jer...lagi baik lupakan jer niat tu.



Setakat ni rasa frozen nugget,kentang & sosej TESCO memang tak pernah mengecewakan. Last time Syu selalu jugak makan frozen nugget & ayam brand lain macam Ayamas, Marina & Saudi. Tapi sejak terjebak dengan brand TESCO ni memang tak pandang brand yang lain dah. Actually banyak jugak produk house brand TESCO yang best & berbaloi dibeli. Tambah-tambah SUSU TESCO. Yang ini memang Syu selalu beli banyak-banyak kali. Sebab susunya sedap. Cuma ada sesetangah barangan eletrik tu macam kurang sikit.



Pernah beli blender brand MAG kalau tak silap. Tak sampai setengah tahun pakai dah berkarat 😂. Lepas tu dia punya jar ada pulak leaking. Memang tak boleh gunalah endingnya. Last-last ke tong sampah. Nasib la harga marhaen. At least tak adalah rasa ralat sangat. Pada Syu, secara overall produk TESCO memang berbaloilah untuk dibeli, especially barang-barang makanan 😋.Yang ni memang tak dinafikan. Harga barang pun banyak yang murah. Ngam lah dengan Syu yang golongan marhaen B40 ni.


Dekat packaging still pakai nama TESCO lagi & belum ditukar sepenuhnya kepada LOTUS. So kita panggil jer lah nugget TESCO,kentang TESCO & sosej TESCO 😆.

Frozen Food Yang Wajib Beli Dari TESCO/LOTUS

Jun 16, 2021