Januari 24, 2022
PayPal : Keluarkan Duit Hasil Intellifluence & Klaim Ganjaran

ADA KENAIKKAN ATAU TIDAK | Sebenarnya agak lama juga Syu peram duit hasil Intellifluence ni di akaun Paypal. Lepas selesaikan job dari Intellifluence masa lockdown hari tu, Syu memang tak sentuh langsung duitnya. Saja buat eksperimen. Nak tengok ada naik atau pun tidak kadar tukaran wang asing dari $USD (US Dollar) ke RM (Ringgit Malaysia) dalam Paypal ni. Alhamdulillah. Tunggu punya tunggu. Ada kenaikkan rupanya. Tak sia-sia biarkan duit dalam tu 😁. Lepaslah guna buat belanja encik suami satu set kombo KFC Golden Crunch kemarin.
Memandangkan Syu malas nak peram lagi lama. Hari Jumaat lepas, buat pertama kalinya Syu pun buat pengeluaran. Tak sampai 24 jam. Duit Syu dah berjaya dipindahkan ke akaun Maybank Syu. Sebenarnya, nak keluarkan duit dari PayPal ni tersangatlah mudah 😊💕. Tambah-tambah bila korang menggunakan aplikasinya yang dah sedia ada - Tak ada aplikasi PayPal. Boleh muat turun dari mana-mana appstore. Hanya perlu pergi ke dashboard PayPal & klik pada pengeluaran. Kalau korang dah link siap-siap akaun PayPal dengan akaun bank & debit kad korang, lagi bertambah mudah kerja korang.
| Dari RM811.69 naik jadi RM835.08 - Anggaran sahaja. Masuk akaun bank lain jumlahnya 😁. |
Untuk makluman korang, jumlah yang dipaparkan ni tak sama dengan jumlah yang akan masuk ke dalam akaun bank korang yer. Setiap hari, kadar tukaran wang asing ke ringgit Malaysia tak sama. Adakala naik & adakala turun. Jadi, ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah duit yang korang akan terima. Sebaiknya, keluarkan duit dari PayPal bila kadar semasa tukaran wang asing melonjak naik. Maklumat lanjut berkenaan pengeluaran duit di PayPal, korang boleh rujuk di SINI
PAYPAL BAGI GANJARAN | Syu tak ingat sejak bila tawaran PayPal ni bermula. Yang pasti, Syu ada terima makluman berkenaan tawaran ni di kedua-dua email Syu. Dalam email tu Syu disuruh log masuk ke akaun PayPal & klaim ganjaran yang diorang bagi. Tak banyak pun ganjarannya sebenarnya. RM20 jer. Tapi, kalau klaim untuk kedua-dua akaun ni dapatlah Syu RM40. Siapa nak bagi kan? Dah PayPal suruh klaim. Kita klaim saja. Tambah pula, wangnya gratis guys!! Masakan mahu ditolak? 😝
![]() |
| Ganjaran RM20 boleh diklaim sehingga penghujung bulan Januari ni sahaja - Ada tertera di aplikasi PayPal 😘 |
MATAWANG BERBEZA AKAN DIASINGKAN | Untuk makluman korang, duit yang PayPal bagi ni akan diasingkan dari duit yang matawangnya berbeza. Kiranya kalau korang dapat gaji dari Intellifluence dalam bentuk $USD & ganjaran dari PayPal dalam bentuk RM, akan diasingkan kedua-duanya bila korang klik jumlah baki dilaman utama aplikasi PayPal. Malah, masa korang nak buat pengeluaran nanti korang kena pilih salah satu daripadanya. Tak boleh keluarkan sekali. Walaupun, dekat dashboard PayPal dah sedia-sedia tertera jumlah duit baki korang.
Jadi, semasa korang buat pengeluaran nanti akan ada dua pilihan akaun. Samada dari akaun matawang asing ataupun dari matawang kita sendiri iaitu Ringgit Malaysia (RM). Had minimum pengeluaran dihadkan kepada RM40 sahaja. Kurang dari tu korang tak dibenarkan buat pengeluaran. Jadi, itu sahaja celoteh Syu untuk entri kali 😉🍎.
