Posts with the label Selangor
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

Ogos 25, 2024

Lama Tak Singgah Satay Hut Tanjung Karang

Dulu masa duduk area Selangor, abah rajin bawa kitaorang semua makan dekat Satay Hut Tanjung Karang ni. Sataynya sedap. Besar-besar. Dulu biasa je kedainya. Menunya cuma ada satay je. Tak banyak pilihan.


Satay


Sekarang kedainya dah upgraded. Menu pun dah banyak. Pilih je nak makan apa. Janji bayar dulu masa dekat kaunter. Kalau tak nanti, sampai kesudah makanan korang tak sampai-sampai 😬. Tapi korang jangan risau. Servis dekat sini memang cepat!


Kalau korang singgah makan dekat Satay Hut Tanjung Karang ni. Korang wajib cuba Mee Bandung Special dia. Serius sedap. Kuahnya memang padu 👍🏻! Siap ada letak sotong dengan udang lagi. Pada Syu, kira berbaloilah harga semangkuk RM15.


Satay
Kenyang sangat! Satay kita tapau je bawa balik kampung 😂. 

Selain mee bandung, mee goreng mamak dekat sini pun boleh tahan juga. Teksturnya lembab-lembab gittew. Cukup rencah & cukup rasa. Harga tak ingat berapa 😂. Satay? Syu tapau bawa balik & bagi dekat adik Syu. Tak tahu sedap macam dulu ke tidak. Nanti tanya dia balik 🤭. 

Lama Tak Singgah Satay Hut Tanjung Karang

Ogos 25, 2024

Ogos 19, 2023

Akha Thai Coffee & Tea

Hari ni, Syu nak review sikit pasal minuman dari satu local brand ni. Akha Thai Coffee & Tea namanya. Airnya memang padu 👍🏻. Di Perak, belum ada lagi cawangan Akha Thai Coffee & Tea ni dibuka. Dengar cerita Pekin & Mona Ellen tuan empunya-nya.



Masa Syu singgah GM Klang hari tu, kiosknya tak berapa ada pengunjung. Alang-alang dah ternampak & dah cuba tester-nya. Kami laki bini grab dalam secawan dua. Lagipun, beli 1 percuma 1 airnya 🤭.


Kopi & teh
Coffee for two gittew ☕. 


Sejujurnya, air kopi & teh di Akha Thai Coffee & Tea ni memang sedap. Pekat, likat & melekat dia punya rasa. Cuma Syu hairan, kenapa tak ramai orang datang berbeli dekat sini ya 😅. Padahal, airnya dah sedap dah.



Nak kata mahal harganya, tak juga. Masa Syu beli hari tu, diaorang siap buat offer lagi. Sampai repeat order dua kalilah kami laki bini gara-gara sedap punya pasal 🤭. 


Hor Ka Sai memang padu! 


Yang sukakan rasa kopi yang strong, boleh cuba Hor Ka Sai.


Untuk Akha Thai Coffee & Tea ni, Syu memang rekemen sangat korang cuba kopi Hor Ka Sai & signature series-nya. Memang padu. Pada yang tak suka kopi boleh pilih signature tea-nya. Boleh tahan terangkat juga 😋. Percaya cakap Syu. Satu cawan memang tak cukup! 


Akha Thai Coffee & Tea

Ogos 19, 2023

Januari 05, 2023

Taman Alam Kuala Selangor

TAMAN ALAM KUALA SELANGOR | Niat asal nak pergi Bukit Malawati. Tapi, malas pula nak tunggu trem ke sana. Pengunjung pun boleh tahan ramai juga 😅. Penyudahnya, kita ubah haluan ke Taman Alam Kuala Selangor. Dekat sini memang tak banyak orang. Yang banyak cuma lontong kelabu  (Trachypithecus cristatus) ni saja 😅.


Di sekitar Taman Alam Kuala Selangor & Taman Malawati ni memang ada banyak spesis lotong kelabu ni. Boleh dikatakan jinak juga lotongnya. Cuma, korang dinasihatkan supaya tidak memberi makan lotong-lotong ni.  Sebab ianya dah melanggar fitrah semulajadi haiwan-haiwan ni untuk cari makanan sendiri.


Maknya kelabu. Anaknya oren. Comel! Geram pula tengok. Nak culik bawa balik rumah takut mummy dia marah 😁. 


Kalau tidak, perangainya nanti jadi macam  perangai monyet dekat Taman Paya Bakau menghala ke Lumut nun. Serius seram! Suka sangat rampas barang orang 🙄.  Dah terbiasa agaknya diberi makan. Bila tak dapat, habis dirampasnya. Mungkin dia ingat makanan dia agaknya.



Harga tiket masuk & waktu operasi 


Untuk pengetahuan korang. Lokasi Taman Alam Kuala Selangor ni terletak di bawah kaki Bukit Malawati - Kira-kira 500 meter dari tempat menunggu trem ke Bukit Malawati. Taman ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. 



Harga tiket masuknya tak mahal mana pun. Cuma RM1 untuk kanak-kanak. RM2 untuk warga emas & ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Manakala, RM4 untuk golongan dewasa. Murah kan?



Denai kembara


Pintu masuk Denai Kembara 😁. 


Pada yang sukakan aktiviti trekking. Di sinilah tempat yang sesuai untuk korang. Sambil-sambil keluarkan peluh, boleh cuci mata & tenangkan fikiran dengan tengok kehijauan semulajadi yang ada dalam Denai Kembara ni. Tapi, sebelum korang berhajat nak masuk trekking dalam Denai Kembara ni, sebaiknya korang pakai pakaian yang sesuai.


Jangan jadi macam kitaorang ni. Masuk pakai terjah saja tanpa pakai pakaian yang proper. Selain itu, jangan lupa juga bawa insect repellant ya. Sebab tempatnya memang banyak nyamuk. Bukan apa, takut kena malaria tapioca pula nanti gara-gara dikokak dek nyamuk! 😂

 

Syok dapat trekking & keluarkan peluh. Tapi, pakaian pula macam tak kena 🤭. 


Actually, kawasan Denai Kembara ni agak luas juga sebenarnya. Syu sendiri pun tak sempat nak jelajah sampai habis. Kalau ikutkan ada banyak check points menarik yang sepatutnya Syu singgah. Tapi, macam malas pula nak jalan jauh 🤣.Jadi, kita surrender sajalah. Kalau korang datang sini, korang jelajahlah sampai habis ya 🤭. 


Serba hijau. Sejuk mata memandang 😌💕. 



Lokasi burung-burung hijrah

 

Taman Alam Kuala Selangor ni sebenarnya merupakan sejenis Hutan Paya Laut. Luas kawasannya lebih kurang 264.81 hektar (646.9 ekar). Kawasan paya ini kaya dengan pelbagai jenis spesies tumbuhan yang menjadi habitat semulajadi kepada haiwan-haiwan yang ada di sini. Termasuklah burung-burung hijrah, terutamanya dari Negara Rusia dan Siberia.


Taman Alam Kuala Selangor
Cantik pemandangan dari atas menara peninjau ni. Terus hilang rasa gayat 😂. 


Dengar cerita, burung-burung ni akan datang ke sini sekitar bulan September hingga April. Nak tengok spesis burung-burung ni dengan lebih dekat? Sebaiknya korang bawa binokular. Senang sikit nak teropong burung-burung ni dari menara peninjau. Nak tahu apa lagi ada di Taman Alam Kuala Selangor ni? Korang kena datang sini 😉💕. 

Taman Alam Kuala Selangor

Januari 05, 2023

Disember 25, 2022

Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor

Sedap ke mentarang ni? Seumur hidup tak pernah langsung makan mentarang. Baru ini kali pertama Syu cuba 😁.  Selama hari dok lalu jalan Sekinchan, kerap juga terpandang orang berjual mentarang ni. Tapi, tak pernah teringin pula nak cuba makan.



Berapa harga sekilo mentarang? 


Walaupun Syu bukan peminat mentarang, tapi Syu ambil pusing juga pasal perkembangan harganya dari semasa ke semasa. Pada Syu, harga mentarang hari ni agak pricey jugalah sebenarnya.


Dahulu, masih boleh dapat lagi harga mentarangnya dalam RM8/kilo. Sekarang tak dapat dah ya. Harganya kini dah cecah RM40 ke RM50 sekilo 😅. Bergantung kepada saiz mentarang.  


Mentarang
Inilah rupa mentarangnya. Yang ini gred A. Saiznya besar sikit. RM24 untuk ½ kilo.


Dengar cerita, spesis mentarang ni dah tak berapa nak ada dah di daerah Sekinchan ni - Mentarang makin pupus. Stok pun agak terhad & susah nak dapat. Jadi, mungkin sebab itulah harganya makin hari makin mahal.



Lagipun, proses nak mencari mentarang ni bukannya mudah. Sebab mentarang ni kulitnya lembut. Duduknya pula dalam pantai berselut 😂. Sekor-sekor nak kena cari pakai tangan bila air laut dah surut. Makan masa & agak berisiko juga sebenarnya. 



Cuba mentarang di Din Mentarang Bakar 2


Berdasarkan rating orang ramai di Google review. Di daerah Sekinchan ni, mentarang di gerai Faridah Mentarang Bakar antara yang paling famous & selalu mendapat sambutan. Pengunjung yang datang bertandang jangan cakaplah. Boleh tahan ramai juga! Kalau lalu depan kedai bersusun kereta 😅.


Mentarang
Kedainya dari luar nampak biasa saja. Tapi, masakannya sedap.


Niat asal memang nak cuba masakan mentarang di Faridah Mentarang Bakar nun. Tapi, ramai pula orang dekat sana. Jadi, kita batalkan niat & singgah ke satu lagi gerai yang ada jual makanan laut eksotik ni. Iaitu di Din Mentarang Bakar 2.



Walaupun, kedai ni nampak biasa & agak underrated. Tapi, rasa masakannya memang sedap. Especially mentarang masak lemak cili api. Cuma pilihan makanan laut di kedai Din Mentarang Bakar 2 ni terhad kepada mentarang & belut sahaja - Kita tak makan belut masalahnya 😂. Stok belangkas pun tak ada. Mungkin ikut musim agaknya.



Mentarang sedap masak apa?


Mentarang
Nampak macam banyak. Tapi bila dah cicah dengan sambal belacan terus jadi tak cukup 😆.


Pada Syu, mentarang ni sedap bila dibakar & dibuat masak lemak cili api. Actually, mentarang celup tepung pun sedap juga. Tapi, kalau betul-betul nak rasa keaslian mentarang yang sebenar. Mentarang bakar is the best choice! Nak-nak bila di cicah dengan sambal belacan 😋💕.



Sebab apa? Bila mentarang ni dimasak secara bakar. Korang dapat rasa kesegaran & kemanisan asli isi mentarang tu sendiri. Ditambah pula dengan rasa smoky bakar-bakar tu😁. Jadi, pada yang baru nak merasa makan mentarang. Nasihat Syu, pilih cara masakan yang simple sahaja.


Mentarang
Yang ni mentarang gred A. Besar sikit saiznya


Mentarang
Mentarang bakar cicah sambal belacan ni memang padu 😋.


Mentarang
Mentarang masak lemak cili apinya sedap 😋.


Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor

Disember 25, 2022

Oktober 02, 2022

Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor

LAMAN TEBU AIDIL SUNGAI BESAR, SELANGOR | Di Sungai Besar, Selangor ni ada satu port lepak viral yang best untuk korang minum petang bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tempatnya memang santai & terletak berhampiran dengan kawasan bendang. Port ni diberi nama Laman Tebu Aidil. Waktu operasinya dari pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam.


Penuh lamannya dengan pokok tebu. 


Kalau dari pekan Sungai Besar, lokasinya tak jauh mana pun sebenarnya. Ada lah dalam lingkungan 10-15 minit. Cuma masa on the way nak ke sana, korang kena pandai tengok simpang. Bukan apa, takut terlajak ke depan. Sebab nak buat U-turn boleh tahan jauh juga 😅. Almaklumlah, jalannya dah jadi macam highway. Tak sama macam dedulu. Tapi, kalau follow Waze & Google Map insyaallah sampai.



Kenapa laman tebu?


Nak tahu kenapa? Sebab di sepanjang jalan nak masuk halaman kedai ni terdapat banyak pokok-pokok tebu merah yang ditanam & dijadikan sebagai hiasan & penyeri laman. Selalu kita tengok pokok tebu orang tanam pakai campak-campak & berterabur kan? Tapi, di Laman Tebu Aidil ni tak. Pokok tebunya elok tersusun & diikat kemas.

 

Sungai Besar
Kalau datang time padi menguning mesti cantik bendang dekat belakang tu kan?


Mak Syu pun rasa terinspirasi dengan cara penanaman pokok tebu dekat sini. Itu yang dia cadang nak tanam pokok tebumya dekat kampung style macam ni juga. Katanya cantik. Nampak tersusun & sejuk mata memandang. Nak ber-OOTD pun seronok. Tapi itulah. Tak sangka ya. Pokok tebu pun cantik dibuat penyeri laman. Memang kreatif betul 😊!

 

Sungai Besar
Mak rasa bersemangat lepas datang sini. Katanya nak tanam pokok tebunya macam ni juga 😊.


Sungai Besar
Kita pun jadi bersemangat juga. Bersemangat nak bergambar! 😆


Sungai Besar
Tambah-tambah bila ada bawa tukang ambil gambar sekali! 😆



Meriah dengan pengunjung!

 

Sungai Besar
Penuh lamannya dengan pokok tebu. Pengunjungnya pun boleh tahan juga.


Walaupun lokasinya agak tersorok sikit ke dalam. Tapi, tempatnya tak pernah putus dengan kehadiran pengunjung. Kalau datang ke sini memang bersusun kereta dekat tepi jalan. Kiranya, memang ramai pengunjung suka datang lepak ke sini makan angin.


Sungai Besar
Bukan air tebu saja ada dekat sini. Pilihan makanan lain pun ada juga 😋.


Kalau korang nak tahu. Di Laman Tebu Aidil ni ada ramai peniaga-peniaga yang berniaga di dalamnya. Pilihan makanan & minuman pun banyak. Dari menu pembuka selera sampailah ke menu pencuci mulut. Ada laksa, pau, ayam panggang, aiskrim & macam-macam lagi. Yang pasti, ramai datang ke sini disebabkan nak minum air tebu fresh-nya.


Pau Gebu
Sebesar muka Sarah Deris saiz paunya 😁. 


Pada yang rindukan suasana kampung, bolehlah singgah ke Laman Tebu Aidil ni. Memang best tempatnya. Boleh bergambar & at the same time boleh hirup udara segar kampung juga. Sambil-sambil tu boleh perkena air tebu fresh & pau gebu panas-panas dekat sini 😋. Memang layan!

Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor

Oktober 02, 2022