Posts with the label Toastem Pandan Kelapa
Memaparkan catatan dengan label Toastem Pandan Kelapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Toastem Pandan Kelapa. Papar semua catatan

Oktober 18, 2021

GARDENIA Toastem Pandan Kelapa : Baru Dapat Merasa πŸ˜…

Akhirnya!! Dapat jugak merasa makan GARDENIA Toastem Kelapa Pandan ni. Punyalah lama bercari dekat kedai-kedai, asyik tak ada memanjang bila nak beli. Selalu dapat tengok jer rakan-rakan blogger buat entri pasal roti ni. Masa nak naik Cameron Highland semalam, Syu sempat grab dua bungkus roti GARDENIA Choco Raisin dengan Toastem Pandan Kelapa. Alhamdulillah, rezeki. Jadilah, buat lepas kempunan nak merasa Toastem Pandan Kelapa. 



Ingat nak tambah roti Butterscotch satu lagi. Tapi rasa macam banyak lah pulak berbeli rotiπŸ˜…. Takkan nak makan roti jer semata-mata nak naik ke Cameron Highland kan. Confirm-confirm pedih perut. Sejuk-sejuk mesti nak kena makan nasi jugak. Roti ni cuma untuk buat lapik perut jer buat minum dengan air panas. 


Gardenia Toastem Pandan & Choco Raisin
Nak merentas ke Pahang baru dapat merasa si Toastem Pandan Kelapa ni πŸ˜…. 

 

By the way, sedap sangat ke roti Toastem Pandan Kelapa ni sampai licin stock dekat semua convenient stores πŸ˜‚? Dengar kata kalau bakar lagi sedap (Memang sedap pun πŸ˜‹πŸ’•). Kakak ipar Syu anak beranak memang suka roti GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni. Tambah-tambah bila Syu bakarkan atas pemanggang hari tu. 



Pada Syu rasa dia kira okey lah. Lebih kurang jugak macam rasa Butterscotch, tapi version pandan kelapa & kurang manis. Kira sedaplah jugaklah. Cuma rasa dia tu tak boleh challenge dengan GARDENIA Butterscotch & Chocolate Raisin πŸ˜‹.  Mungkin sebab Syu suka roti yang manis kot. Cadang nak beli lagi lepas ni. Tapi nak bakar dulu lepas tu makan dengan sekaya Yeo's. Mesti sedap kan πŸ˜‹πŸ’•?



Ada lagi yang belum try ke GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni? Kalau dah cuba, why not korang komen sikit. Mana tahu, apa yang Syu rasa tak sama macam korang rasa 😁. 

GARDENIA Toastem Pandan Kelapa : Baru Dapat Merasa πŸ˜…

Oktober 18, 2021