September 30, 2021

Jaan-E-Maan (2006)

 Jaan-E-Maan

Genre : 

 Musikal, komedi & romance


Pelakon : 

Salman Khan [Suhaan], Preity Zinta [Piya/Preity Zinkova], Akshay Kumar [Champu]


Pengarah : 

Shirish Kunder


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Hari ni Syu nak review sikit pasal filem Bollywood yang Syu dah tengok hari Sabtu minggu lepas dekat Awesome TV. Walaupun agak lambat nak bercerita, tapi Syu tak peduli. Syu nak cerita jugak 😜!! Bukan apa, sebab filem ni best sangat. Terpaksa war-warkan untuk korang tengok. Actually, ni first time Syu tengok filem Bollywood bertajuk Jaan-E-Maan ni. Padahal dah lama dah filem ni ditayangkan kat panggung. Overall, memang best lah filem Bollywood ni. Syu jatuh cinta sangat-sangat dengan jalan ceritanya.


Kalau nak tahu, filem ni mengisahkan tentang kisah cinta sepasang suami isteri yang berputik kembali selepas diorang bercerai akibat wujudnya salah faham. Ketika Suhaan & Piya ni masih suami isteri, Suhaan ni memegang kerjaya sebagai seorang pelakon. Disebabkan statusnya yang dah berkahwin, dia terpaksa membuat keputusan untuk tinggal berasingan dengan Piya buat sementara waktu supaya statusnya tak diketahui umum. Agak lama jugaklah Suhaan tinggalkan Piya. Sampai lah satu tahu tahap tu Piya dah tak tahan & dia terpaksa buat keputusan untuk tinggalkan Suhaan dengan balik ke rumah keluarganya di New York.



Tapi malangnya, perjalanan karier Suhaan sebagai bintang filem tak berjalan dengan berapa baik. Filem dibawah lakonannya mendapat sambutan yang sangat-sangat teruk dari kalangan penonton. Bila dah jatuh teruk, Suhaan pun balik semula rumah untuk kembali bersama dengan Piya. Sesampai jer di rumah, Suhaan tengok rumah tak ada siapa-siapa. Piya dah tinggalkan dia sorang-sorang. Pada masa yang sama, ada posman datang hantar surat & surat tu rupa-rupanya surat pemfailan perceraian dari Piya. So, tinggal lah Suhaan dalam keadaan terkontang-kanting tanpa hala tuju. 


Cerita ni tak habis sampai takat tu jer tau. Lepas jer Suhaan & Piya bercerai, Suhaan ada terima satu lagi surat tuntutan dari mahkamah berkenaan dengan wang alimoni. Wang alimoni tu agak besar jugak jumlahnya & Suhaan kena bayar selagi mana Piya belum berkahwin dengan mana-mana lelaki, Jadi, untuk mengelakkan dari membayar wang alimoni ni, Suhaan berpakat dengan pak cik dia untuk carikan lelaki yang boleh menjadi suami baru kepada Piya. Nak dijadikan cerita, ngam-ngam diorang tengah sibuk buat perancangan, datang lah seorang jejaka bernama Champu ni. 




Pada awalnya dia datang situ sebab nak jumpa dengan Piya. Piya ni sebenarnya crush Champu masa dia belajar sama-sama dekat kolej, Lepas Piya kahwin, Champu jadi frust sangat & dia pun membawa diri dia untuk jadi seorang astranaut. Tapi, disebabkan Piya ada contact dia, so dia datang cari Piya balik. Bila Suhaan & pakcik dia tahu yang Champu ni suka dekat Piya, so diorang pun buat satu perancangan untuk jodohkan Champu ni dengan Piya. Mula-mula semua perancangan berjalan dengan elok, sampai lah satu tahap tu Suhaan ternampak anak dia dengan Piya. Rupa-rupanya baru Suhaan tahu masa Suhaan tinggalkan Piya, Piya disahkan mengandung. Masa hari kejadian tu, Piya cuba nak bagitahu berita gembira tu dekat Suhaan. Tapi demi menjaga karier Suhaan, Piya terpaksa membatalkan niat dia tu.  Bila Suhaan dapat tahu, barulah dia sedar yang dia dah abaikan Piya semata-mata mengejar cita-cita dia.


So macam mana pengakhiran kisah cinta Suhaan & Piya ni? Syu rasa, ada baiknya korang luangkan sikit masa tengok cerita ni. Kalau korang berminat nak tengok, korang boleh tengok dekat saluran YTube Channel atau korang boleh klik pada banner sebab Syu dah sertakan link-nya siap-siap.  Memang best. Tak rugi tengok. Lagipun filem ni memang family friendly & tak ada adengan yang menyakitkan mata macam drama Korea yang tengah viral sekarang ni. So, secara keseluruhannya Syu memang suka filem Bollywood ni. Jalan cerita best. Pelakon pun best. Lagu pun boleh tahan sedap!! Syu paling suka lagu Hum Ko Maaloom Hain ni. Jadi kesimpulannya, 5 bintang untuk filem Jaan-E-Maan ni!!😁


September 28, 2021

#5 : Giveaway Ikan Bilis Salted Egg By Aishah Nizam

 Giveaway Aisyah Nizam

Ini penyertaan giveaway Syu yang kelima untuk bulan September ni 😅. Harap ada lah rezeki. Bukan apa, teringin jugak nak tahu sejauh mana sedapnya snek Ikan Bilis Salted Egg ni. Selalu nampak orang jual ikan bilis bersambal letak petai tempoyak bagai. Kali ni nampak letak salted egg rasa macam menarik pulak😁. Kalau nak tahu, penyertaan giveaway ni dibuka di instagram, FB & blog Aisyah.


3 orang pemenang yang bertuah akan dipilih dari setiap penyertaan di socmed Aisyah & berpeluang merasa snek ikan bilis ni. Harga jual kat luar biasanya RM39 (original & spicy). Itupun tak termasuk postage tau. Kalau dapat rasa memang rezeki betul tu 😋. Pada yang nak join, macam biasa korang boleh klik pada banner. Masih berbaki 2 hari jer lagi untuk submit penyertaan. So, jangan lepaskan peluang ni okey!! 😘


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1) Follow blog AISYAHNIZAM

2) Follow instagram Ikan Bilis Salted Egg 

3) Follow facebook pages Aisyah Nizam

4) Buat entri menarik mengenai IKAN BILIS SALTED EGG. Nyatakan sebab korang kena menang? Kenapa korang teringin sangat nak rasa snek ni? (Jangan lupa SERTAKAN LINK FACEBOOK & INSTAGRAM)

September 27, 2021

Ber- Wakaka Hari Ni

Wakaka

Di petang Isnin yang panas litlit ni Syu sempat habiskan sisa-sisa waktu WFH yang ada untuk Syu keluar santai-santai dengan husband Syu. Bukan apa, hari Jumaat ni dah kena start masuk kerja macam biasa dah. So, lepas ni takkan ada dah masa senggang Syu nak santai-santai melainkan hujung minggu. Kalau ikutkan Syu tak nak keluar pergi mana-mana pun hari ni. Tapi bila encik somi dah ajak, kita turutkan jelah.

Actually, hari ni  husband Syu kena pergi sukat uniform kerja dekat satu tailor di pekan Ipoh sebab uniform yang dia pakai sekarang ni dah tak boleh pakai dah. Lagipun uniform tu untuk kegunaan sementara jer & sepatutnya dipakai oleh department lain. So, nak tak nak kena lah tukar jugak.  Yang tak syoknyer bukan apa, uniformnya dah tukar jadi set baju kemeja. Dulu jaket tak payah sibuk-sibuk Syu nak iron. Bila dah tukar kemeja kenalah spentime sikit untuk sesi mengosok baju. 


Lepas jer pergi tailor shop, niat hati kononnya nak dine-in lah dekat kedai Restoran Fuziah Nasi Ayam Pasar Bulat Ipoh. Sedih. Diorang masih belum buka lagi untuk dine-in😢.  Jadi, tapau balik dine-in dekat rumah jelah penyudahnyer. On the way nak balik tu, husband ajak pulak pergi kedai Eco 2 dekat Simpang Pulai. Puncanya nak beli toilet gel stamp jer. Bukan apa, husband Syu suka tengok toilet bowl ada bunga-bunga kat dalamnya. Tambah pulak bila flush tu ada bau wangi. Kalau ikut Syu, memang Syu takkan pakai benda-benda macam tu. Bukan apa, payah nak nyental dalam mangkuk tandas tu 😆.



Bila singgah nak berbeli stok pulak tak ada. Memang laku keras jugak benda tu 😃. So, husband gigih ajak pergi ke Eco 2 Batu Gajah pulak. Pun tak ada stok. Nampak gayanya kena beli dekat Shopee jugaklah jawabnyer. Bila nak berbeli tu dah tak ada, macam biasa lah. Mesti ada buat selingan lain punya😂. Ngam-ngam keluar kedai Eco 2, nampak pulak kiosk Wakaka dekat sebelah. Apa lagi, menabur duit dekat situ lah pulak. Tapi kitorang tak order banyak pun, sebab tak nak membazir. Lagipun dalam kereta ada lagi benda pemakan yang kitorang dah beli. Takut nanti tak termakan 😁.


Wakaka
Katanya nak order waffle. Tapi pergi tengok air tu dah kenapa 😆.

Jadi, inilah hasilnya yang sempat kitorang laki bini grab dekat Wakaka. Sedap air dari Wakaka ni. Boba dia senang jer nak kunyah. Tak macam yang brand satu lagi tu. Nak kunyah sikit punya bercinta. Macam makan chewing gum 😂. Syu, tak ingat berapa total semua ni tadi. Sebab resit dah selamat masuk dalam tong sampah. Rasanya dalam RM12 kalau tak silap. Yang Syu perasan tadi, air boba ni RM7 untuk satu cup. Boleh lah kan. Sekali sekala nak merasa. Kalau hari-hari tala air ni, memang potong kaki jawabnyer.


Wakaka
Kitorang just beli Brown Sugar Boba Cappucino & waffle . 

September 23, 2021

#4 : Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Bila sebut jer pasal buku, memang bohonglah kalau kata tak pernah baca. Masa zaman sekolah rendah dedulu memang rajin membaca sebab Syu jadi Pengawas Pusat Sumber. Time sekolah menengah pun sama. Memang rajin pinjam buku sebab nak penuhkan sinopsis dalam projek NILAM sekolah 😆. Kalau buku yang Syu pinjam tu membosankan, Syu salin jer sinopsis yang ada tulis dekat belakang buku tu. Nampak tak cengkelatnyer punya perangai 😝. 


Dalam banyak-banyak buku yang Syu pernah baca, Syu paling suka baca satu buku ni. Tajuknya "The Wishing Chair Collection". Buku ni ditulis oleh Enid Blyton. Memang best ceritanya. Dalam buku ni, dirangkumkan kesemua siri-siri "The Wishing Chair" yang pernah diterbitkan. Kalau nak tahu, buku ni menceritakan tentang pengembaraan dua orang budak dengan kerusi ajaib ke alam fantasi yang penuh misteri. Memang best!! Walaupun bukunya tebal, tetap tak jemu baca.

Biarkan Ia Berlalu
Dah jadi tukun dah novel-novel Syu 😅.

Buku kedua yang Syu suka baca merupakan sebuah novel hasil penulisan Sha Ibrahim yang bertajuk" Biarkan Ia Berlalu". Novel ni Syu beli masa belajar dekat UiTM Shah Alam tahun 2012. Syu pun tak ingat kisahnya pasal apa. Dah lupa dah. Nak kena baca sekali lagi sebab dah lama habis baca 😂. Lagipun bukan satu dua novel Syu penah baca. Melambak kot. Novel ni, dia punya tebal jangan cakap lah😂. Nak baca memang sikit punya bercinta. Kalau nak tahu, novel ni kesemuanya ada 98 bab (±1140 muka surat). Memang jenuh nak baca. Tapi disebabkan jalan ceritanya best. So, Syu ambil masa 3 hari jer untuk baca. Dulu time belajar boleh lah nak pulun sebab banyak freetime. Sekarang ni dah tua-tua, baca dua ke tiga muka surat dah mengantuk😆. 


Panjang pulak entri Syu bercerita pasal buku malam-malam cenggini 😅. Actually, Syu join satu book giveaway ni. Kalau korang berminat, boleh klik pada banner okay!! Syarat penyertaan pun mudah jer. By the way, Syu sebenarnya tertanya. Fariha Jafri dengan Farhana Jafri ni adik beradik ke? Sebab nama & surname nya lebih kurang sama jer 😂. Kalau rajin, tolong jawab jap tuan tanah. Saja nak tahu😁. Good night!! Jangan lupa join giveaway ni tau 😉💕. 


 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Follow blog www.farihajafri.com

2) Follow kedai Shopee emerald_waterfall.

3) Follow akaun social media Farihajafri

4) Publish satu entri bertajuk "Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com"

5) Copy & paste banner kemudian backlink kan ke entri giveaway

6) Ceritakan sikit tentang 2 buah buku terbaik yang pernah korang baca.

7) Tinggalkan link pernyertaan di ruangan komen entri giveaway.