Oktober 02, 2021
Dominos Vouchers Booklet : Is It Worth It?

![]() |
| Pay RM20 then you can get this voucher booklet & one FREE regular pizza 😋. |
Hello fellas!! What's up? As usual, this morning I spent a couple of minutes with my air plants. They have grown up pretty big & healthy now (No pictures because I'm lazy to snap it 😁). Need to prepare their new home soon. So, they won't get stunted. However, I'm pretty sad that some of my Spanish mosses have died. I'm not sure why. Maybe, I put it in the shaded area 😔. So, it became rotted because of the humidity.
Instead of dealing with my air plants, I also spent a little bit of time to clean up my garage & vehicles. Seriously dirty with a lot of dust. Maybe it came from the nearby cement factory. It was located just 2 kilometers away from my home. Not far right? That's the bad thing when you lived near the industrial areas.
While I am sweeping the floor, I saw one Malay man came to me. That man actually was a Dominos Pizza staff. He told me that he sale the Dominos voucher booklet with the price of twenty Ringgit (including one FREE regular size of a pizza). I've purchased this same type of voucher booklet from Dominos once before. I think, it's really worth to use because I can get more discounts when purchase food at Dominos Pizza.
![]() |
| Got 20 Dominos vouchers in this voucher booklet & it valid until February 2022 😁. |
Oktober 01, 2021
TeaLive Onde-onde : No More Repeat Order!! 😂

![]() |
| 😂Nampak macam sedap, tapi hakikatnya...mengucap panjang bila nak sedut. |
Hello October!!
Alhamdulillah, hari yang baik untuk permulaan Oktober. Ngam-ngam jatuhnya pada hari penghulu segala hari. Cuaca pun elok jer hari ni, sejuk-sejuk mendung. Nak kata panas pun tak. Ngam-ngam belaka. Semoga di hari Jumaat yang barakah ni, Allah limpahkan rahmat & rezeki yang mencurah-curah buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat Syu tak kira dalam & luar dunia blog.
Walaupun tak banyak yang berlaku bulan lepas, tapi pagi ni ada dapat perkhabaran gembira & tak berapa nak gembira. Perkhabaran gembira, menang Giveaway Ikan Bilis Salted Egg by Aishah Nizam. Alhamdulillah. Rezeki penghujung September. Khabar tak berapa gembira pulak...Isnin ni kena masuk kerja (Dalam hati : Nak duduk rumah lagi, wu3 😂).
Apa-apa pun, Syu tak mintak lebih. Cuma Syu berharap di bulan Oktober ni semua perkara akan berjalan dengan smooth & tak caca merba, selain sentiasa ditetapkan hati & istiqamah dalam menjaga hubungan Syu dengan Allah S.W.T. Dear October, please don't be harsh with me okay 😊💕!!
September 30, 2021
Yaotiao a.k.a Cakoi
Youtiao (Yóutiáo) / Cakoi
- Doh kembang yang ditarik panjang yang kemudiannya digoreng sehingga perang keemasan- Teksturnya ranggup diluar & lembut didalam
- Kebiasaannya dimakan ketika breakfast bersama bubur & air kopi oleh masyarakat Cina

![]() |
| Suka rendam macam ni. Baru dapat rasa sekaya nya lebih sikit 😋. |
Alhamdulillah rezeki minum petang hari ni dapat Syu merasa makan Yaotiao atau nama lain dia cakoi 😁. Dalam dua tiga hari ni memang teringin nak makan Cakoi. Tak sangka ada orang dah belikan. Nak buat malas 😆. Cakoi yang husband Syu beli ni versi cicah dengan sekaya. Memang sedap. Sekaya nya pun tak manis sangat. Manis-manis buah gitu. Actually, bahan-bahan doh nak buat cakoi ni lebih kurang jer macam nak buat donat. Cuma bancuhannya agak lembik sikit & kena main dengan banyak tepung.
Ada sesetengah orang jual cakoi ni cicah dengan kuah kacang pedas. Yang tu pun sedap jugak. Versi yang macam tu Syu pernah makan masa pergi belah-belah utara. Kuih cakoi ni asalnya merupakan breakfast masyarakat Cina. Kebiasaannya diorang tak makan dengan sos pencicah yang manis macam ni. Kita-kita yang Melayu jer buat version manis. Almaklumlah, orang Melayu kan sweet-sweet belaka 😘. Tapi kombinasi cakoi dengan sekaya memang ngam kan? Kalau tak masakan masyarakat Cina pun ada cuba cakoi versi manis macam ni 😁.
![]() |
| Gebu sangat-sangat. Even dah sejuk pun tetap lembut lagi. |
Kalau nak tahu, dalam masyarakat Cina, diorang selalu makan cakoi ni dengan bubur ataupun cicah dengan air kopi. Memang macam tu cara asal makan cakoi ni. Kalau di Indonesia pulak, diorang makan dengan sup berempah macam soto tu. Macam-macam version ada makan dengan cakoi ni kan. Kalau korang, korang suka version yang macam mana? Syu prefer yang manis 😋. Cicah sekaya macam ni. Lepas tu minum pulak dengan teh kurang manis. Memang layan bila buat minum petang.







