Mac 16, 2025

Berbuka Puasa Nasi Kenduri Di Mat Periuk Ipoh Night Market

 










Mac 14, 2025

Redmi Pad SE Pilihan Hati!

Tercapai juga hajat nak beli tab. Lama tunggu! Dapat juga akhirnya.

 

Beli tab ni antara wish list 2024 Syu sebenarnya. Since, time tu tak berapa nak cukup sen. Kita pun KIV lah bawa ke tahun ni. Makan masa juga Syu nak survey brand tab yang best dekat luar sana. Almaklumlah, takut tersalah beli lah katakan. Lagipun, kita ni dah lah noobs sikit bab-bab gadget ni 😅. Kalau boleh nak pilih tab yang betul-betul puas hati sampai tak nak tukar-tukar tab dah!

 

 

Brand Redmi jadi pilihan hati!


Kali ni Syu decided untuk pilih tab brand Redmi - Redmi Pad SE 11. Tabnya Syu beli dekat official website Xiaomi. Bukan apa, selamat sikit in case kalau ada apa-apa isu. Kalau ikutkan plan asal nak setia dengan brand Honor & Huawei. Tapi, pocket pula tak mandang 🫣!


Untuk Syu Deris, guna brand yang macam ini pun dah kira okay dah sebenarnya. Beli ikut sesuai poket sendiri 😂. Lagipun, Syu just guna untuk buat kerja-kerja ringan jer. Macam berblog. Tengok movie & main game sikit-sikit. Kalau canggih sangat nanti tak reti guna pula nanti.


Saiz tab 11". ROM 256gb. RAM 8gb + 4gb.


Setakat ni, boleh tahan jugalah Redmi Pad SE ni punya performance. Tab tak cepat panas. Bila run banyak apps dalam satu-satu masa tab tak lagging & glitches. Mungkin tabnya still baru & tak ada banyak background apps yang tengah running. Almaklumlah, barang baru! Lagipun, Syu kerap juga  boost dia punya performance & clear caches setiap kali lepas run apa-apa apps.

 

Untuk internal storage tab ni, boleh dikatakan besar juga 256gb - Kalau tak cukup space boleh tambah SD card. RAM-nya pula 8gb+4gb. Memang sangat okaylah kalau nak buat kerja ringan-ringan macam berblog & main game. Untuk buat kerja-kerja grafik pun boleh juga. Tapi, lagi better ambil up sikitlah kan? Baru puas. Sebab Redmi Pad SE ni tak ada palm rejection. So, ada kekurangan sikit dekat situ.

 


Saiz tab Redmi Pad SE ni besar juga 11 inci. Puas hatilah tengok skrin besar. Cuma kalau pegang sebelah tangan lama-lama, tangan agak lenguh sikit. Berat! Speaker dia mantap 👍🏻. Sound sedap & kuat sebab guna technology Dolby Atmos. Memang puas hatilah kalau guna untuk tengok movie dekat Loklok & Netflix. Okay, done spill tab baru. Harap boleh pakai lama 😂. 

Mac 05, 2025

10 Buffet Ramadhan Manjung 2025

Ramadhan dah start. Mesti ramai yang tengah tercari-cari buffet Ramadhan yang best dekat area Manjung, Sitiawan & Lumut kan? Setahun kan sekali jer Ramadhan. Of course teringin nak makan buffet sedap-sedap sekali sekala dengan famili. Betul tak?


BACA JUGA

➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur

➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular

➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar daerah Manjung ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte. Meh Syu nak share buffet yang ada sekitar area Manjung ni.



SENARAI BUFFET RAMADHAN MENARIK SEKITAR MANJUNG SITIAWAN & LUMUT


Syu yakin. Mesti ramai yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar daerah Manjung ni. Berikut Syu senaraikan 10 buffet Ramadhan terbaik sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut untuk tahun 2025.


Yang no.1 ni Syu memang selalu pergi setiap kali Ramadhan. Memang best & berbaloi! Apa-apa pun dikesempatan ini Syu nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa & selamat berbuka puasa. Enjoy your buffet 🥰. 

 

1) Buffet Food Festival Ramadhan Lumut Hotspot




2) Fenomena Buffet Bako Bako Resto




3) Santai-santai Buffet Ramadhan Ritz Garden Hotel Manjung




4) Onetee Kitchen Ramadhan Buffet




5) Prime Steak & Grill Buffet Ramadhan




6) Buffet Ramadhan Hotel Sfera




7) Ramadhan Buffet Deif Cafe




8) Buffet Ramadhan Restoran Walid & Ummi




9) Santapan Iftar The Orient Star Lumut




10) Iftar Buffet Mangkuk Panas Steamboat & Grill



Mac 01, 2025

Salam Ramadhan Makhluk Bumi!!

Salam Bloggerian!  Selamat berpuasa ya Syu ucapkan. Semoga Ramadhan tahun ni diberkahi & Allah permudahkan urusan kita semua dalam apa jua perkara. Amin 🤲🏻! Lafaz niat jangan lupa tau. Tu ada kat bawah tu 🤭. 


Kopi
Air ni akan jadi lebih luar biasa esok. Bertabahlah ya 😂. 



Niat Puasa Ramadhan


BACAAN NIAT SEBULAN


نويتُ صَوْمَ شَهْرٍ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 


Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadan kerana Allah S.W.T



BACAAN NIAT SETIAP MALAM


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ قَرْضِ شَهْرٍ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah S.W.T.