Mei 05, 2021

Gantung Periuk Hari Ni Guys!! 😃


Caffeine Terlebih Malam Ni!!


😫Esok kerja...tapi mata ni pulak tak nak lelap gara-gara terlebih caffeine. So, kita layan kan je lah medley raya ni!! By the way, brother baju kelabu yang kat depan tu macam Silk Sonic lah 😅. Apa-apa pun terima lah!! Colour of Voice (COV)!!



🎶🎧 Enjoy!!

Mei 04, 2021

Status Kontak Kasual Di Apps MySejahtera?

 Actually, since hari Jumaat lagi Syu dah dapat status ni dari Mysejahtera 😌. Tapi baru hari ni Syu bukak & baca betul-betul. Korang tolong alert yer...Jangan jadi macam Syu!! Pada awalnya agak terkejut jugak bila tengok balik status ni. Tiba-tiba kepala otak ni dok flashback balik. Semalam pergi mana? Kemarin pergi mana? Nampak tak? Dah kena macam ni baru ada akai!!😂

Macam status Syu ni, pada asalnya dia tulis kontak kasual jer. Tapi memandangkan semalam Syu ada kena cirit-birit , so masa buat assessment tadi Syu marked yang Syu ada gejala ni. As a result, ini lah current status Syu sekarang. Kontak kasual bergejala!! Stress pulak rasa 😅!! Harap-harap tak ada apa-apa la yer kawan-kawan.

Kontak kasual ni macam mana yer sebenarnya?? Okay, dia macam ni. Bila mana korang dapat status macam ni, itu menunjukkan yang korang dah jejak dekat tempat yang ada orang terkena jangkitan Covid-19. Waima korang tak bersentuhan sekalipun dengan diorang, tetapi posibiliti terkena jangkitan tu mungkin ada sebab korang dah berada di dalam circle orang yang positif Covid-19. Mula-mula korang akan dapat satu announcement dari MySejahtera then status ni akan muncul dalam sistem berdasarkan sejarah check-in korang pada masa tu.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM]

For those yang kena macam Syu, jangan risau okay. Sebab status ni akan muncul 14 hari jer dalam apps korang tapi dengan syarat korang kena buat penilaian kendiri di bahagian "Things To Do" dalam apps MySejahtera. Kalau tak status korang akan bertukar menjadi status berisiko tinggi😆. Don't play-play okay!!


Ingat!! Masa buat assessment, Jawab dengan Jujur Okay!! 

Dekorasi Raya Dari Mr.Do-It-Yourself

Pejam celik...pejam celik ada berbaki 8 hari saja lagi untuk kita berpuasa. Sekejap betul masa berlalu kan kawan-kawan?? Puasa Syu tahun ni memang alhamdulillah. Allah permudahkan! Tak ada masalah gastrik. Tak ada masalah angin sakit kepala bagai. Senang cerita, memang lancarlah semuanya jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Cuma persediaan raya tu macam tak berapa nak lancar sikit. Rasa macam raya, rasa macam tak raya😅.



Korang macam pulak mana?? Berapa percent dah persiapan raya?? Dah tak lama dah tau...tinggal lebih kurang seminggu jer lagi. Macam Syu punya persediaan setakat ni just lampu lip-lap hari tu jer. Biskut-biskut apa semua hapah Syu tak buat lagi. Barang nak buat biskut semua Syu dah beli dah! Cuma mood nak buat tu belum ada lagi! Boleh jadi, kuih raya tunjuk tahun ni nampak gayanya. Dah ada bau-bau dah ni😆!


Hari Raya Aidilfitri
Pusing dulu puas-puas. Penuh bakul baru balik😄.


Petang semalam, boss & officemates ada suruh cari decoration raya. Saja nak ceriakan office agaknya. Selalunya setiap tahun, company Syu just buat decoration untuk Chinese New Year & Christmas jer. Decoration raya memang tak pernah buat langsung😂.Mungkin tahun ni diorang nak merasa pulak tengok decoration time raya kita macam mana. Nak tak nak terpaksa lah terjah ke Mr.DIY sekejap lepas balik kerja bercari barang decoration. Nak pergi semalam tak sempat. 



Actually, minggu sudah masa pergi window shopping kat TESCO ada ternampak kat Mr.DIY ni ada jual barang-barang nak buat decoration raya. Memandangkan benda dah ada kat depan mata, tak payah nak pening-pening kepala dah nak tawaf satu Ipoh bercari barang. Actually agak murah & cantik jugak lah decoration dia. Warna pulak memang meriah betul!!😁


Hari raya aidilfitri
Ni baru sikit. Kejap lagi penuh la bakul😆. 


Apa-apa pun, esok nak decorate office dulu bagi cantik. Kalau ikutkan memang malas nak buat. Tapi dah boss & office mates nak sangat rasa fefilin raya tu, so kita layan kan jelah. Mana lah tau kan, time tengah dok gantung-gantung bunga kat ceiling office tiba-tiba idea & mood nak buat kuih raya tu tiba-tiba datang. Boleh jadi kan kawan-kawan😁? Apa-apa pu, selamat membuat persiapan raya & selamat meneruskan ibadah puasa!