Disember 24, 2021
3H2M : Taman Eko Rimba Sg.Pauh, Cameron Highland - Part 1
Pada awalnya agak seram juga nak jejakkan kaki bercamping ke Cameroon Highland lagi. Tambah-tambah lepas dapat tahu ada kes tanah runtuh dekat jalan Simpang Pulai hari tu. Almaklumlah, cuaca hujung tahun ni tak berapa nak elok sangat. Tapi disebabkan dah rancang lama & permohonan tapak di Sistem E-eko Rimba pun dah lulus. Nak tak nak terpaksa juga teruskan. Cuti pun dah approved. Takkan nak duduk saja di rumah. 😌 Mendap weyh...
Lepas kejadian kes tanah runtuh hari tu, kalau ikutkan kitaorang laki bini cadang nak naik Cameron Highland guna jalan Tapah. Tapi disebabkan jalan Simpang Pulai dah dibuka, kitaorang pun cuba nasib sajalah untuk naik melalui jalan tu. Masa nak naik tu memang mengucap panjang yer 😌. Rasa risau., gementar seram sejuk semua ada.
Lepas balik kerja Syu & encik suami pun bersiap-siap naik Cameron Highland. Terus terang cakap. Sepanjang-panjang perjalanan nak naik Cameron Highland dari Simpang Pulai tu anginnya memang kuat sangat. Nampak macam angin biasa-biasa tapi anginnya merbahaya tau. Kalau bawa laju, takut kereta terpelanting kena angin lintang. Itu belum campur dengan kabus tebal & hujan lagi. Nak tak nak terpaksalah bawa kereta perlahan-lahan. Alhamdulillah, pelan-pelan drive akhirnya sampai juga ke puncak. Tak kisahlah lambat sampai sekalipun. Janji selamat 😊💕.
| Sejuk-sejuk dapat makan masakan panas memang mantap 😋. |
Sebelum bergerak masuk ke tapak perkhemahan, kami laki bini singgah makan sekejap dekat kedai makan. Lapar punya pasal. Lagipun malas nak masak-masak & pegang periuk belaga segala masa kat tapak khemah nanti. Kalau boleh, lepas pasang khemah nak mandi-mandi teru tidur jer 😁. Sesampai jer di tapak perkhemahan, hujan turun memang tak berhenti-henti yer kawan-kawan 😂. Nak tak nak terpaksa teruskan juga perkhemahan.
| Hujannya turun tak berhenti-henti ☔ |
Walaupun hujan cuma turun renyai-renyai, Syu tetap sediakan ponco (a.k.a baju hujan) & payung siap-siap dalam kereta yer kawan-kawan. Bukan apa, sekurang-kurangnya tak ada lah basah teruk sangat masa nak angkut barang & pasang khemah. Sejujurnya, bila terkena dengan cuaca macam ni, sedikit sebanyak menyukarkan kerja-kerja kitaorang nak pasang flysheet & khemah. Even nak keluar berjalan-jalan pun susah sebab faktor cuaca yang kurang elok 😩.
| Ni pemandangan tapak khemah kitaorang pada waktu malam dari arah surau. |
Memandangkan sepanjang hari perkhemahan tu hujan. 😂 Maka, gambarnya pun yilek! Kalau dapat ambil pun hanya sekeping dua sahaja. Itupun atas dasar ehsan abang ipar. Jadinya, untuk entri pasal perkhemahan ni Syu gunakan beberapa gambar yang Syu sempat ambil masa berkhemah di sini masa bulan Oktober yang lalu. Walaupun gambarnya dah basi. Sekurang-kurangnya, korang nampaklah juga gambaran & suasana tapak perkhemahannya macam mana. Gambar-gambarnya korang boleh tengok pada entri Syu yang seterusnya pada bahagian PART 2 😉❤️.
Disember 23, 2021
Tapai Pulut Manis

Kemarin, lepas balik dari tengok wayang filem Spiderman : No Way Home (2021), Syu terus ragikan Syu punya pulut. Pulut tu memang Syu dah masak siap-siap & bagi sejuk pada suhu bilik. Cuma tak sempat nak letak ragi sebab masa tu tengah kejar masa nak pergi tengok wayang dengan encik suami 😅.
Lagipun masa Syu tengah bersiap-siap nak pergi tu pulutnya masih panas. Kalau nak teruskan proses meragi pun tak boleh. Takut terkencat raginya nanti. Jadinya, lepas balik dari tengok wayang baru Syu luangkan masa meragi pulut Syu untuk buat tapai.
Malam semalam, Syu tengok hasilnya. Alhamdulillah menjadi. Elok masak sekata & manis tapainya. Kalau ikutkan, bahan-bahan nak buat tapai pulut ni tersangatlah mudah sebenarnya. Cuma kalau tak kena cara pembuatan & raginya memang ke laut lah hasil menapai. Kalau nak tahu, dalam bulan ni sahaja dekat 3 kali Syu buat tapai tau😂.
| Ini kalau dapat perkena dengan santan kelapa segar ni memang syahdu kawan-kawan 😁. |
Percubaan yang kali ke-3 ni barulah berjaya. Hasil tapai yang pertama & ke-2 semua masam tau 😔. Semuanya dek gara-gara ragi yang Syu beli dekat Shopee hari tu. Seller kata raginya manis. Tapi bila buat, tapainya jadi masam semacam. Pulutnya elok masak & berair. Cuma rasa dia macam yakhamat. Nak tak nak terpaksalah buang macam tu saja. Takkan nak buat air tuak pula. Siapa nak minum 😅.
Untuk percubaan yang kali ke-3 ni Syu gunakan ragi yang Syu beli masa pergi Jalan-Jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang hari tu. Memang manis sangat tapainya. Memang sungguhlah apa yang mak cik dekat Pasar Siti Khadijah tu cakap. Raginya boleh buat tapai jadi manis. Guna sikit pun dah cukup.
Kebiasaannya, untuk buat sekilo tapai pulut, Syu guna sebiji ragi sahaja masa proses meragi. Berbeza dengan ragi dari mak cik yang Syu beli ni. Untuk 2 kilo beras pulut, Syu guna sebiji ragi sahaja (Kalau guna kurang dari sebiji pun tak mengapa Syu rasa. Sebab raginya memang manis)
BAHAN-BAHAN
2 Kg - Beras Pulut
1 Cawan - Air [Untuk kukusan kali ke-2]
1 Biji - Ragi [Kalau ragi manis boleh kurangkan]
Bancuhan air gula [Tak nak letak pun tak apa]
Daun pisang
CARA-CARA
- Beras pulut dicuci & direndam selama 3-4 jam sehingga kembang.
- Toskan beras pulut yang telah direndam. Kemudian dikukus selama 20 minit.
- Beras pulut yang dah dimasak tadi korang angkat & masukkan ke dalam bekas bersih.
- Masukkan air ke dalam pulut tadi. Gaul rata kemudian kukus sekali lagi sehingga masak - Gaul dengan air sampai pulut pulutnya berderai sebiji-sebiji atau tak melekat antara satu sama lain.
- Angkat & sejukkan pulut yang telah masak ke dalam talam - Rata-ratakan pulut tu supaya pulut cepat sejuk. [Jangan sejukkan menggunakan kipas. Biar pulut sejuk sendiri pada suhu bilik]
- Lepas dah sejuk baru boleh ragikan pulut - Tak payah hancurkan ragi jadi serbuk. Cukup sekadar korang sagat ragi tu guna penapis macam Syu buat ni.
- Bila dah ragi sekata. Masukkan pulut tu ke dalam bekas kedap udara [Nak bungkus dalam daun pisang & daun getah pun boleh]
- Balut dengan kain & peram selama 1-2 hari di kawasan yang gelap - Jangan diintai-intai. Nanti terkencat kawan 😂. Lepas 1-2 hari baru intai lagi okey!! 😉💕
TIPS TAMBAHAN
- Pastikan pulut betul-betul masak sebelum diragi supaya pulut tak jadi jelantah selepas ditapaikan.
- Jangan letak ragi masa pulut tengah panas. Suam-suam kuku sekali pun tak boleh. Korang kena pastikan yang pulut tu betul-betul sejuk sebelum diragikan.
- Masa bungkus, jangan dipadat-padatkan & dipenyekkan pulutnya. Kalau tak nanti, pulut tak akan masa sekata semasa proses penapaian.
- Macam mana nak tahu ragi korang manis ke tak? - Masa korang sagat ragi dengan penapis, bau debu ragi tu seakan-akan ada bau manis gula.
- Simpan tapai dalam peti sejuk lepas 1-2 hari proses penapaian. Jangan lepas korang ragikan korang terus letak dalam peti ais. Tak sempat kawan tu menapai 😅.
Disember 22, 2021
Kopi Espresso Jalanan Premium (ESC) : Dah Upgraded!!

Korang ingat tak Kopi Jalanan Premium(ESC) yang Syu pernah ceritakan dedulu. Alhamdulillah dah semakin maju perniagaan abang ni lepas diviralkan oleh YTuber Azfar Badrul (AB) selain dapat sokongan dari peminat kopi jalanan di sekitar Ipoh ni. Masa Syu datang beli kopi ni dedulu, abang ni meniaga tepi jalan jer. Mesin espresso pun kecil jer. Sekarang dah siap buka kafe sendiri berjual kopi tau.
Nak dijadikan cerita, semalam lepas tengok Spiderman : No Way Home (2021), menyinggahlah sekejap berbeli kopi. Syu macam biasalah. Tekak Macchiato 😋. Husband Syu pula cuba Caffe Mocha letak Caramel. Kalau ikutkan adik seorang tu recommend Caffe Latte untuk Syu. Tapi, Syu tak berapa minat sangatlah espresso letak lebih susu ni. 😂 Macam kurang umphhh...Jadi, Syu tetap dengan kopi yang pernah Syu pesan sebelum-sebelum ni iaitu Macchiato.
Kalau diteliti semula kafe abang ni, konsep pemilihan warnanya seakan-akan kiosk Bubble Bee 😁. Bertemakan warna hitam putih & kuning. Cantik. Kena jugalah dengan warna yang ada pada bendera Negeri Perak. Apa-apa pun syabas buat tuan empunya kafe ni. Berjaya juga buka kafe sendiri. Dulu meniaga tepi jalan & tumpang depan kedai makan orang. Kereta pun pakai biashe-biashe jer. Sekarang dah luar biashe. Siap boleh hire pekerja sendiri dah. Terbaiklah. Bukan senang nak senang yedak?
Actually, berdepan dengan station kopi ni ada disediakan ruangan untuk korang lepak-lepak. Tapi terhad kepada 3 meja sahaja sebab ruang kafenya tak berapa besar. Sungguhpun abang ni dah upgrade mesin espresso dia kepada yang lebih besar & heavy duty, tapi dia masih simpan mesin-mesin espressonya yang lama buat kenang-kenangan. Untuk pengetahuan korang, mesin-mesin tu ada diabadikan di satu sudut kafe ni. Kalau korang singgah, bolehlah tengok-tengok sementara nak tunggu kopi korang siap 😊.
![]() |
| Mesin espresso yang lama abang ni tak jual. Tapi, dia abadikan sebagai kenangan. |
| Rasa Macchiato nya memang tak mengecewakan. Tetap padu seperti dulu 😋. |
Walaupun kopi espresso abang ni dah berwajah baru, tapi harganya tetap mampu milik. Malah rasanya tetap sama macam dulu. Tak menyesal singgah lagi ke sini untuk repeat order. Memang padu teruk kopinya. Harap kepaduan kopi ni kekal sampai bila-bila. Semoga kafe abang ni mampu bergerak seiring dengan kedai-kedai kopi yang terkemuka macam Starbucks nun 😁.
![]() |
| Alhamdulillah. Harga air kopinya masih sama macam masa Syu mula-mula beli dahulu 😊💕. |
For those yang masih tercari-cari lokasi kafe abang ni, korang boleh klik pada link ni 👉 ESPRESSO STREET COFFEE. Okey lepas ni serang kedai kopi mana pula yer? Hurmmm...Syu cadang nak cuba Zeus Coffee 😁. Dah ternampak dah kedainya dekat Station 18 ni hari tu. Nanti dah cuba. Syu up entri pasal Zeus Coffee pula okey.
Spider-Man : No Way Home [2021]
Genre :
Lepas balik dari bercuti 3H2M : Kem Sungai Pauh, Cameron Highland & Jalan-jalan Negeri Cik Siti Wan Kembang kemarin, masih ada bersisa satu hari lagi Syu punya cuti. Memandangkan semalam tak tahu nak ke mana. Jadi, Syu booked tiket wayang & luangkan masa bersama yang tercinta tengok filem Spider-Man : No Way Home yang baru keluar panggung 15 Disember hari tu 😁. Lama juga tak masuk panggung tengok wayang. Selalu tengok movie dekat Disney HotStar jer.
Filem Spider-Man kali ni agak luar biasa yer jalan ceritanya sebab digabungkan semua ketiga-tiga Spiderman dalam satu filem. Malah, penjahat-penjahat dari Spider-Man yang sebelum-sebelum ni pun dibawakan kembali dalam Spider-Man : No Way Home ni. Jadi, sebelum korang tengok filem Spider-Man yang terbaru ni, sebaiknya korang tahu jalan cerita filem-filem Spider-Man yang terdahulu. Sekurang-kurangnya korang tak lost bila tengok filem Spider-Man : No Way Home ni.
Untuk pengetahuan korang, lepas Spider-Man mengalahkan Mysterio (Queen Beck) dalam Spiderman : Far From Home, kehidupan Peter Parker menjadi huru hara. Dia & sahabatnya tak dapat menikmati kehidupan yang normal tambah-tambah selepas identiti Peter Parker sebagai Sipder-Man didedahkan di seluruh bandar. Malah, ada segelintir penyokong Mytserio menganggap yang Spider-Man ni jahat.
Jadi, untuk menyelesaikan huru-hara ni, Peter Parker berjumpa dengan Dr. Strange untuk membuat semua orang melupakan siapa Peter Parker yang sebenarnya. Pada awalnya Dr. Strange menolak. Tapi selepas dipujuk, akhirnya Dr. Strange sudi membantu. Malangnya, semasa mantera dibaca, telah berlaku sedikit kesilapan yang menambahkan lagi huru-hara. Semuanya sebab Peter Parker telah mengganggu konsentrasi Dr. Strange membaca mantera. Kesilapan tu telah menyebabkan dimensi Peter Parker yang lain terlibat sama secara tak langsung.
Sejujurnya, masa tengok filem ni semalam, berjurai-jurai juga lah air mata Syu dibuatnya (Dalam hati : Nasiblah tak ada siapa yang perasan 😂). Bukan apa, di kemuncak & pengakhiran filem Spiderman : No Way Home ni ada beberapa adegan yang memang sedih & sebak sangat untuk diterima. Tak percaya? Korang tengok sendiri. Tapi Syu rasa, korang tak ada sampai tahap menangis berjurai-jurai macam Syu 😅. Secara keseluruhannya, filem Spider-Man yang terbaru ni memang terbaik. Cuma pengakhirannya Syu macam tak puas hati sikit. Sebab pada Syu, pengakhirannya sangat menyedihkan untuk kehidupan Peter Parker 😂.


