Februari 21, 2025
Bunga Rumput Tahi Babi & Bunga Ulam Raja

Hari tu, saja masuk kebun abah cari ole² nak bawa balik ke Ipoh. Petiklah buah limau kasturi, buah kelapa & siap bercabut serai segala. Tengah dok seronok² menuai hasil. Terpandang satu spot ni penuh dengan rumput liar. Elok tumbuh melata tak ada siapa kacau!
Search dekat Google. Alamak! Terkejut tengok nama dia Rumput Tahi Babi (Ageraratum conyzoides) ! Ada juga nama lain dia sebenarnya. Selasih Dandi! Bunga dia sumpah cantik! Ada iras macam baby wreath. Tapi, warna unggu lembut plus ada warna biru-biru sikit.
![]() |
| Bila sampai musim dia, kemain banyak tumbuh melata penuh kebun. |
Nak dijadikan cerita. Time tu bunga Ulam Raja (Cosmos caudatus) pun sama rancak berbunga juga dekat tepi rumput ni - Dah lama tak petik buat ulam. So, membesar dengan jayalah dia! Bila dah nampak, tangan ni pun apa lagi. Mulalah gatal nak memetik itu ini - Spesis tangan gatal tak boleh tengok benda cantik depan mata sebenarnya ni 🤣.
Otak pun sama jalan juga. Plan nak buat begitu begini. Setel petik-memetik. Susun-susun. Maka, terciptalah satu jambangan bunga rumput tahi babi & bunga ulam raja. Nama jambangannya tak indah mana. Tapi, rupa dia cantik. Sedaplah mata memandang. Gittew!
![]() |
| Ngam pula kombinasi warna dua bunga ni kan 🤭. |
Khasiat daun ulam raja
Daun Ulam Raja ni memang selalu sangat orang guna buat ulam. Kaya dengan antioksidan & bagus untuk turunkan paras gula dalam darah juga. Bukan itu jer, ada kajian menyatakan Ulam Raja ni boleh kurangkan risiko penyakit dementia/nyanyuk. Menarik kan? Jadi, kena rajin-rajinlah berulamkan Ulam Raja ni. Barulah otak sihat cerdas tak kena penyakit nyanyuk! 😁
![]() |
| Bunga cantik. Daunnya pula sedap kalau buat ulam cicah sambal belacan & sambal kelapa 🤣. |
Khasiat rumput tahi babi
Rumput Tahi Babi ni pun ada juga manfaatnya. Start dari bahagian akar sampailah ke bahagian daun. Cuma tak pernahlah pula nampak rumput ni dibuat ulam-ulaman macam Ulam Raja. Lagipun, bau rumput tahi babi ni boleh tahan kuat juga. Tak lalu rasanya kalau nak dibuat ulam.
Lagi satu, dengar cerita air rebusan akar Rumput Tahi Babi ni boleh kurangkan panas dalam badan & kurangkan masalah cirit birit juga. Mujarab atau tidak? Syu tak pasti. Pasal tak pernah dicuba pun selama hari ni 😅.
Waima kalau kena cirit-birit sekalipun. Kitaorang satu famili just kunyah pucuk jambu batu atau makan pil Chi Kit Teck Aun jer. Itupun kalau ada. Tak pun, minumlah air teh-o suam tu bancuh pekat-pekat. Nak makan rumput tahi babi ni?! Memang tidaklah. Dengar dia punya nama pun dah lain macam 🫣! Ini kan pula nak dibuat makan.
Februari 04, 2025
Boleh Hilangkan Batuk & Gatal Tekak Ke Guna Petua Ni? 🤔
Lain macam betul batuk kali ni! Perit! Batuknya sambung-menyambung tak henti-henti. Sampai terkencing-kencing dibuatnya 😂. Tekak pula gatal merenyam-renyam. Siap pakej berkahak lagi. Even dah makan antibiotik & ubat batuk doktor pun tak jalan.
![]() |
| Buah lai belah dua. Letak gula batu, bunga cengkih & goji beri - Patutnya kena pakai buah pear yang besar tu. Tapi ini jer yang ada dekat rumah 😶🌫️. |
![]() |
| Kukuslah sampai lembut - Syu kukus dalam 30 minit jer |
![]() |
| Okaylah. Masih boleh diterima tekak. Kena makan suam-suam. Dah sejuk tak sedap 😂. |
End up, Syu cuba petua tradisi lama orang Cina ni. Cari dekat TikTok. Tak sure mujarab ke tidak untuk legakan batuk berkahak Syu ni. Dah nak masuk seminggu lebih juga tak baik-baik. Harap berkesanlah hendaknya. Tak lalulah nak hadap batuk ni lama-lama 😶🌫️.
Januari 16, 2025
Dinner Di Restoran Mohd Chan
Ini first time Syu makan dekat Restoran Cina Muslim Mohd Chan. Syu tengok ramai orang datang makan dekat sini. Tempat parking pun penuh. Tertanya-tanya juga. Sedap sangat ke makan dekat sini?🤔
Tengok Google reviews, 4.8⭐ orang bagi rating. Sedap sangatlah kiranya tu kan. Hopefully tak kena game lah hendaknya. Ha³ 😂. Range harganya pula dalam lingkungan RM20 ke RM40 per person macam tu - Pada Syu, a bit pricey jugalah dia punya harga 😂.
![]() |
| Ramai juga orang datang makan dekat sini 😳. |
Niat asal nak lepak The Warung. Tapi, dah full house lah pula 😅. Since, tak tahu nak makan mana lagi. Maka, di Restoran Muslim Mohd Chan lah jawabnya port isi tangki kitaorang laki bini malam ni. So, meh tengok apa yang kitaorang makan!
![]() |
| Nampak mengiurkan kan? Tapi rasanya biasa-biasa je 😅. |
Actually, tak banyak menu pun kitaorang order sebenarnya. Just nasi ayam, nasi goreng, air dua jenis & dua side dishes. Kalau korang nak tahu. Dalam banyak² menu, mangkuk yang kelilingnya ada suhun goreng tu yang paling mahal - Dah lah mahal. Tak sedap pula tu. Menyesal order. Ha³ 🤣.
Disember 06, 2024
Masa Untuk Tone Down & Reset Diri!

Salam Jumaat semua rakan-rakan Blogger Syu. Berbulan menyepi!! Dah makin bersawang dah blog kita. Page views pun dah tak tentu hala dah. Sekejap naik. Sekejap turun. Income Google Adsense tak payah cakaplah. Malas nak cerita. Memanjang jer drop. Dari belas-belas ringgit sehari jadi sen-sen jer 😅.
Sejak terjebak jadi affiliate dekat TikTok, Syu sibuk ber-content dekat sana. Sampai terabai content dekat sini. Sorry Syuderis.com. Hari ni Syu sengaja STOP buka & buat content TikTok. Saja nak reset diri. Cek semula aturan hidup Syu dalam ber-content. Lately, nampak macam huru-hara & tak tersusun - Syu perasan lepas Syu terjebak join jadi affiliates TikTok.
![]() |
| Rehat jap! Otak kita penat. |
Rasa macam banyak benda yang Syu terlepas pandang & abaikan. Life Syu. Ibadah Syu. Blog Syu. Kerja Syu. Walaupun semua nampak berjalan lancar. Tapi, dia punya flow tu macam tak tersusun & cantik. Macam ada something wrong some where? Sometimes, Syu rasa macam diri ni tamak pun ada. Semua benda nak buat dalam satu-satu masa. Sampai tak tahu nak buat yang mana satu.
So, di hari Jumaat. Di hari mulia yang ni. Syu decide untuk tone down Syu punya KETAMAKKAN tu. Supaya Syu boleh renung-renungkan sekejap. Muhasabah diri & reset balik kehuruharaan yang Syu hadap sekarang. Harap Syu boleh susun semula supaya lebih sistematik plus tak memudaratkan diri.
By the way, pejam celik dah masuk hujung tahun 2025 dah kita ya? Rasa macam baru semalam masuk new year 2024. Itupun banyak benda belum achieve lagi. Di archive-kan lagi untuk tahun depan ada lah! Sekian celoteh entah apa-apa hari ni.
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(45)
-
▼
Oktober
(10)
- Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Happy Birthday Syuben!
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(10)








