April 30, 2025
Bubye April!

Kemarin hari terakhir bulan Syawal. Hari ni pula, hari terakhir bulan April. Rasa macam sekejap betul bulan ni berlalu pergi ya. Macam tu juga dengan abah 😞 - Al-fatihah untuk abah. Rasa macam baru semalam abah "balik".
Untuk tahun 2025, bulan April ni pada Syu antara bulan yang agak tough untuk Syu tempuhi sebenarnya. Lemau. Lemah. Longlai. Plus tak ada semangat! Syu harap Syu boleh cepat recover & bangkit semula untuk tempuhi hari-hari yang mendatang.
Perginya abah, rasa macam separuh diri ni pun ikut pergi sekali 😠- Be strong Syu. Dah besar kan? So, kena kuat tau! By the way, selamat datang May 2025 & selamat hari pekerja juga buat semua bloggerian Syuderis.com! Esok jangan kerja. Kalau majikan suruh kerja juga. Suruh deme bayo double triple 😆!
April 26, 2025
Iddah Bagi Isteri Yang Kematian Suami
Topik ni agak berat, tapi penting sangat untuk kita fahami – bukan hanya untuk wanita yang tengah melalui fasa ni. Tapi, juga untuk kita yang ada keluarga, kawan mahupun kenalan yang mungkin akan hadapinya suatu hari nanti. Dalam Islam, apabila seorang isteri kehilangan suami akibat kematian. Dia DIWAJIBKAN untuk melalui tempoh yang kita sebut iddah.
Ramai wanita di luar sana yang mungkin kurang jelas tentang tempoh & peraturan iddah selepas kematian suami. Jadi, dalam artikel ni Syu nak kongsikan panduan lengkap mengenai iddah seorang isteri yang telah kematian suami, termasuk hukum, tempoh, larangan, dan hikmah di sebaliknya perlaksanaan iddah ni.
Apa Itu Iddah?
Iddah berasal dari perkataan Arab ‘العدة’ yang bermaksud tempoh menunggu. Dalam konteks isteri yang baru sahaja kematian suami, iddah ni lebih kurang macam "cooling period" ke atas si balu sebagai tanda penghormatan & rasa dukacita di atas pemergian suami. Iddah ini WAJIB & ada tempohnya.
Berapa Lama Tempoh Iddah Kematian Suami?
Menurut hukum syarak, tempoh iddah bagi seseorang wanita yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari (130 hari mengikut kiraan kalendar Islam), seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 234:
“Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menunggu (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari...” - Surah Al-Baqarah: 234
TAPI…
Andai kata sekiranya si isteri tu tengah mengandung ketika suami meninggal, iddah dia akan berakhir setelah dia melahirkan anak. Contoh: Kalau dia bersalin seminggu lepas suami meninggal, maka iddahnya pun habis juga pada masa tu.
Apa Yang Tak Boleh Dilakukan Sepanjang Iddah?
![]() |
| SUMBER FOTO : IST |
Ini antara perkara-perkara yang wanita dalam iddah (Kematian suami) kena jaga:
- Tak boleh berhias berlebihan – elakkan pakai mekap, perfume, baju berwarna terang-terang.
- Tak boleh keluar rumah sesuka hati – tapi kalau ada urusan penting (kerja, beli barang keperluan), boleh. Asalkan jaga batas
- Tak boleh terima lamaran atau bernikah – sebab iddah belum habis
- Kena duduk di rumah suami (kalau ada) – kalau rumah sewa atau tinggal dengan keluarga, ikut kesesuaian
Kenapa Islam Wajibkan Iddah?
Jangan sekali-kali beranggapan iddah ini menyusahkan. Iddah ni sebenarnya ada banyak hikmah di sebaliknya yang Allah S.W.T telah atur & tetapkan. Antaranya:
- Sebagai masa untuk tenangkan diri & terima takdir
- Mengelakkan kekeliruan nasab keturunan sekiranya disahkan mengandung
- Tanda kasih & hormat di atas pemergian suami yang tercinta
- Masa untuk muhasabah & rapatkan diri dengan Allah S.W.T
Iddah bukan sekadar ‘masa menunggu’. Ianya satu fasa penting dalam hidup wanita – masa untuk pulih, redha, & susun semula aturan hidup selepas kehilangan seorang suami yang dikasihi. Tempoh iddah bukan sekadar satu kewajipan, tetapi merupakan satu proses penyucian emosi & spiritual seseorang wanita.
Sepanjang tempoh iddah ianya mungkin nampak mencabar. Tapi, sebenarnya ia penuh rahmat & hikmah yang telah Allah S.W.T titipkan untuk kaum hawa. Kalau kita faham tujuan & hikmahnya, kita akan lebih redha & tenang menghadapinya. Sebagai muslimah, memahami & mengamalkan iddah dengan sebaiknya adalah sebagai satu tanda ketaatan & keimanan kita kepada perintah Allah S.W.T. Semoga perkongsian ni bermanfaat dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan.
April 25, 2025
Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni 🥲

Salam Bloggerian Syu semua! Sedikit keluhan manja pasal Google Adsense (GA) Syuderis.com. Start hujung tahun lepas, Syu perhatikan Syu punya earnings GA semakin hari semakin menyusut. Bukan sikit-sikit susutnya. Ada lah dalam 75% macam tu. Even Syu punya pageviews blog pun sama - Ni sebab kurang menulis rasanya 😂. Satu hari tak sampai 1K pun pengunjung datang bertandang. Sedih pula rasa.
![]() |
| Tak boleh buat apa. Bak lirik lagu Ziana Zain terpaksa aku redha 😂. |
Dulu, merasa jugalah Syuderis.com nak dapat sebulan dalam 20-30USD. Sekarang, nak cecah 10USD pun sikit punya payah kome 😂! Even entri Syu yang dulu-dulu asalnya organic search engine tu pun dah jadi tak organic dah sekarang. Pasal apa pun tak tahu. Adakah disebabkan Google search algorithm dah upgrade & artificial intelligence dah ambil alih. Entahlah?! Tak tahu tafsir pasal teknologi maklumat zaman now ni😩. Terlampau advance.
Actually, Syu ada terbaca komen seorang penulis blog ni. Dia pun complain benda yang sama pasal earnings GA dia. Situasi yang dia hadap lebih kurang sama macam Syu. Untuk part Syu, Syu tak tahu dekat mana silapnya. Adakah disebabkan?
- Keywords blog tak mesra SEO & Google search engine?
- Blog lambat loading?
- Entri membosankan?
- Semak dengan iklan sampai orang malas nak tekan & baca - Iklan GA Syu dah set auto. Bukan manually letak pun 😅.
- Terlampau banyak penggunaan AI dalam GA?
- Google search algorithm dah upgrade? - "Google's March 2024 update is a game-changer, with many sites impacted by algorithmic changes and de-indexed from Google Search "(Search Engine Land)"
Actually ada banyak kebarangkalian sebenarnya. Mungkin ada sebab-sebab yang lain yang tak ada tersenarai kat atas nun. Nak sembang lebih pun tak berapa reti. Almaklumlah, kita noobs sikit pasal benda-benda macam ni. Lagipun, dah tua-tua ni kurang rajin dah nak buat research & korek lebih mendalam pasal benda-benda macam ni. Jadi, kita pasrah dengan segalanya!
April 24, 2025
Donut Big Apple Dah Tak Sedap Macam Dulu!
Malam tadi craving nak makan benda manis! Skrol-skrol menu dekat Grab. Nampak ada donut Big Apple. Dah nama pun craving kan? So, kita pun order-lah dalam 2 boxes (12 pcs) - Tamak haloba pun meng-order-nya 😂. Sampai-sampai. Oh mak! Frustrated gila dengan presentation & rasa donutnya. Dia punya tekstur tu dah tak gebu macam dulu-dulu. Sedih! Ingatkan harga mahal rasa premium. Rupanya tak. Syu rasa sedap & gebu lagi donut yang orang jual dekat tepi jalan nun. Hurmmm...Tempat korang punya donut Big Apple macam ni juga ke??
![]() |
| Stella Nutella yang dekat tengah tu dah kenapa sampai terlondeh topping-nyer tu. |
![]() |
| Tengoklah whipping cream dekat Ono Oreo tu. Cayor kome! Udah nampak macam aiskrim tak cukup suhu. |
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris
- Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside
- Apam Mekar Unicorn (Sukatan Cawan)
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔




