Julai 31, 2025
Touch Down Putrajaya

Ni alkisah Isnin hari tu. First time naik lori pagi-pagi buta pergi ke branch Punchong sana. Selalu kitaorang suruh pekerja Bangla yang ikut lori pasal nak renew pasport di kedutaan. Kali ni kitaorang HR pula yang take turn sampai di "Bangla" kan dek abang lori - Abang lori driver dapat info kata ada dua Bangla nak ikut dia pagi tu. Dia tak sangka pula sudahnya orang HR yang ikut dia 😂.
![]() |
| Kena stop kejap kat tepi jalan pasal ada roadband sampai pukul 9.30 pagi. Ni kalau jalan juga confirm kena saman 😅. |
Actually, kitaorang ada benda urgent nak kena di setelkan kat Jabatan Imigrisen Putrajaya sana (Bahagian Keselamatan & Pasport ). Dah alang-alang lorry driver ada singgah branch Puchong turun barang. Kitaorang decided untuk ikut trip dia sekali time subuh tu - Malas nak drive. Dah lah jauh! Lagipun, Puchong ke Putrajaya sana dah tak jauh mana dah. Naik grab pun dah okay. More convenient & tak gaduh nak fikir pasal parking bagai.
![]() |
| Boleh tahan cepat juga urusan kat kaunter Jabatan Imigrisen Putrajaya ni. Terbaik! |
Setel urusan kat Jabatan Imigrisen. Kitaorang singgah pula ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pasal ada beberapa perkara yang kitaorang nak kena clarify dengan officer. Yang tak gemor tu JTK office nyer nun jauh masuk ke dalam sana. Lepas tu nak kena beratur panjang pula ambil pas masuk. Udahlah paneyh hangat pijor kome! Dengan nak kena menapak lagi 😮💨.
![]() |
| Cantik reka bentuk banggunan nyer. Tapi tak tahu department apa jer yang duduk kat sini selain JTK 😅. |
To be honest, banggunan kat Putrajaya ni semua cantik-cantik & unik belaka. Yang bestnya, lain Jabatan & Kementerian lain dia punya design. Baik luar mahupun dalam. Masing-masing ada dia punya identiti.
Short Tour Jap!
![]() |
| Putrajaya paneyh kome! Nasib ada bawa payung 🌂. |
Kerja kitaorang dah setel! So, sementara menunggu abang lori setelkan dia punya trip hantar barang, kitaorang pun buatlah aktiviti selingan sikit. Bukan selalu datang ke sini pun. Sementara masih ada masa, kita utilize kan sisa-sisa masa yang ada tu sebaik-baiknya 😁.
![]() |
| Jauh jugalah kitaorang menapak dari JTK sana. Udah ler paneyh bederik. Menangis jugalah ketiak 😂. |
![]() |
| Ini jer yang sempat di snap. Next round kita cover tempat lain. |
Hasil selingan tu dapatlah snap gambar Masjid Putra & Pejabat Perdana Menteri dalam sekeping dua untuk buat kenang-kenangan. Nak menyinggah tempat lain tak cukup masa. Setel urusan kat sini. Kitaorang pergi lunch kat Alamanda Putrajaya pula. Nanti ada free kita cerita kat next entri ☺️ - 😁 Ni haaa...korang sambungannyer 👉Lunch di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center
Julai 29, 2025
Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat
Tahun ni. Bulan ni & hari ni. Tak ada lagi kek kebun untuk celebrate birthday abah dah. Tak ada lagi lagu "Selamat Hari Jadi" untuk kitaorang adik-beradik nyanyikan. Tak ada juga jerit pekik cucu-cucu sebut "Tok Wan". Mak pun sekarang dah tak sesibuk dulu. Selalunya, bila time birthday abah. Mak mesti sibuk kat dapur masak rendang, lontong, nasi impit & kuah kacang bagai. Macam nak raya! Pasal mak tahu, menu tu semua menu feveret abah.
Sekarang semua tu hanya tinggalkan kenangan jer 🥹. Abah pun dah pergi dengan tenang. Kita sebagai anak ni dah cukup lega dah tak tengok dia sakit-sakit lagi. Tapi itulah...Cuma kita yang hidup ni lah masih terkenang-kenangkan dia. Bila balik kampung tu rasa sayu sangat hati ni.
Dia punya feel balik kampung tu dah tak sama macam dulu. Ada masa terbayang-bayang arwah abah dok duduk dalam bilik. Baring atas katil. Bila time makan, rasa terngiang-ngiang bunyi tongkat arwah abah berjalan keluar bilik - Sumpah cakap. Syu rindu semua tu! 🥲
Buat abah...selamat hari lahir akak ucapkan. Walaupun abah dah tak ada, doa akak sentiasa mengiringi abah kat sana. Terima kasih abah! Terima kasih sebab dah jadi abah yang terbaik untuk kitaorang semua. Akak sayang abah dunia akhirat 🫂💕. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin 🤲🏻.
Julai 21, 2025
Kedai Kopi Dua Budak Montel Gerbang Malam Ipoh

Ada satu hari tu husband ajak pergi Gerbang Malam Ipoh. Nak kecilkan seluar katanya - Upah sepasang RM20. Mahal kan? Sementara menunggu seluar tu dijahit, kitaorang pergi isi tangki dulu. Lapar! Cadang nak makan kat kedai Nasi Ayam Taugeh yang kitaorang pergi hari tu - Restoran Masakan Yan.
![]() |
| Ni Matcha Latte yang si Sarah order mula-mula. Sedap juga. Terasa gila matcha dia 🍵. |
On the way nak ke sana si Sarah ajak singgah beli air kat kedai brother seorang ni. Kedai Kopi Dua Budak Montel (DBM) namanya - Kreatif betul nama kedai. Elok padan dengan tuan yang empunya badan. First round, teman Sarah beli - Dia beli Matcha Latte. Try rasa juga. Sedap! Second round, husband Syu pula ajak pergi beli sekali lagi. Teringin nak try Matcha Taro katanya 😂.
![]() |
| Abang ni meniaga kat area Gerbang Malam ni setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat. Hari lain katanya dia meniaga tempat kat lain. |
![]() |
| Dari kiri : Matcha Taro, Passion Fruit & Honey Lemonz. Tiga-tiga sedap. Tapi Matcha Taro winner 👑💕. |
![]() |
| Macha Taro sedap korang. Lepas ni kalau datang Gerbang Malam lagi Syu nak order yang ni 😋. |
Alang-alang dah second round beli tu, kita pun selitlah order kita sekali - Husband kata nak belanja 🤪! Mula-mula tu macam tak nak. Tapi tak apa lah. Kita kasi support sikit abang ni meniaga. Untuk Syu, Syu pilih Passion Fruit. Si Sarah pula Honey Lemonz. Tak nak lemak-lemak dah katanya. Pasal tadi dia dah minum Matcha Latte 😅.
Overall, memang sedap air kat Kedai Kopi DBM ni. Dari segi harga, pada Syu still affordable lah. Cuma street coffee macam ni ada murah sikit pasal tak ada nak kena bayar service tax 🤪. By the way, kalau datang Gerbang Malam jangan lupa support abang ni okay! Try Macha Taro dia. Memang sedap 😉💕.
Julai 17, 2025
Sama-sama Salah Katanya 🙂↔️

Ini alkisah time raya hari tu. Cerita dah basi sebenarnya. Tapi, nak cerita juga pasal tak ada benda nak dicerita 😝. Masa ni Syu dengan si Sarah on the way nak pergi open house officemate Syu kat Batu Gajah. Entah macam mana ada seorang hamba Allah ni, jenis tak menyabar nak keluar simpang. Boleh pula dia pergi hentamnya bumper belakang kereta Syu. Padahal kereta Syu belum habis masuk simpang lagi masa tu.
Alhamdulillah. Nasib baiklah tak ada apa-apa. Just calar sikit jer dekat bahagian kanan bumper kereta - Tapi bergegar jugalah masa kena cucuk tu. Part calar tu tak jadi masalah. Boleh polish balik bagi hilang kesan cat tu. Yang Syu geram tu bila si pelaku tu tak nak mengaku salah 😑 .
Sudahlah langgar kereta orang. Nak cakap sepatah perkataan maaf dekat kita pun tidak. Sekurang-kurangnya sejuk juga hati kita. Ini tidak. Lagi disalahkannya kita ada lah. Yang lawaknya penumpang yang seorang tu dah macam orang memori lost dah Syu tengok. Baru terjaga dari lamunan gamaknya.
![]() |
| Tercalar jugaklah hati kita tengok kesan calar ni 😂. |
Boleh pula dia cakap dekat Sarah yang kitaorang bawa kereta dari arah kanan 😂. Padahal Syu terang-terang dari main road sebelah kiri nak masuk ke simpang kanan. Even signal nak masuk simpang pun dah terang-terang Syu ada bagi. Sepatutnya diberi keutamaan pada kereta Syu dulu.
Cik kak driver tu lagi sakan. Boleh pula dia cakap Syu dengan dia sama-sama salah?? - Rasa nak tergelak bila difikir balik 😂. Eh, banyak cantik punya perangai. Dia yang cucuh & sagat tepi punggung kereta kita. Kita pula nak dibabitkan sekali. Padahal kita memang dah dilaluan yang betul.
![]() |
| "Kita kena bagi laluan pada jalan utama"-Katanya. Dah tu yang pergi cucuh kereta kita tu pasaipa. Kot ya pun bagilah kita habis masuk simpang dulu 😆. |
Sudahnya kita tutup cerita nak buat report polis jer. Syu pun dah malas nak hadap muka cik kak tu dah - Tengah lapar time tu. Malas dah bertelagah. Even dia salah sekalipun bukannya dia nak mengaku. Ayat dia - "Kita dua sama-sama salah". Lawak berul 😂! Ada juga orang macam ni ya? Terang-terang salah tak nak mengaku. Sabo jelah!












