KFC Golden Egg Crunch : Sedap & Tak Masin

Januari 20, 2022

KFC GOLDEN EGG CRUNCH : SEDAP & TAK MASIN | Sejak wujudnya Texas Chicken di Ipoh ni, agak lama juga Syu tak perkena KFC. Sampai dah lupa rasanya macam mana 😁. Memandangkan masa berbeli barang dapur semalam Syu terkandas di Lotus's Station 18 dek kerana hujan lebat.


Maka, terpaksa tunggu sekejap sampai hujannya reda. Memang lama betul hujannya turun. Agak lewat jugalah balik rumah semalam. Dekat pukul 8.30 malam baru sampai rumah. Yang encik suami pula dah bising. Ghisau 😅! Nak buat macam mana kan? Dah hujan. Nak redah malas. 



Sementara nak tunggu hujan berhenti, ada baiknya juga Syu isi perut dulu. Perut pun dah lapar minta diiisi. Jadinya, Syu singgahlah sekejap di medan selera untuk isi perut. Sampai-sampai tengok macam penuh tempat duduknya. Tak jadi. Terus batalkan niat. Kemudian terpandang pula atuk KFC. Hallah3. Udah melambai-lambai kome!



Kedainya ngam-ngam duduk sebelah Harold's Bread dekat medan selera. Aduh-aduh. Gila tak terliur.😅. Masa tu memang tak fikir panjang dah. Tekadkan hati. Cekalkan diri untuk masuk juga perkena KFC dalam seketul dua. Sesampai di kaunter macam biasalah. Adik cashier KFC tu minta tunjukkan sijil vaksin. Almaklumlah, nak dine-in kan. Tunjuk sajalah.



Lepas tu Syu pun pesanlah set kombo KFC Golden Crunch ni. Tapi Syu ambil set yang ada dua ketul ayam jer. Tak nak banyak-banyak. Takut tak habis. Lagipun, Syu saja nak cuba sedap atau tidak.


Tengok dekat skrin menunya memang menggoda sungguh. Tambah pula masa tengok TV hari tu, iklan KFC Golden Crunch ni asyiklah dok lalu lalang. Jadi, tekak jadi tak teringin dah nak order set kombo yang biasa 😁. 


Yang Syu makan ni set kombo untuk dua ketul ayam bersama dengan air Lemon Tea 😋.


LAGI SEDAP DARI 4FINGERS | Ingat tak entri Syu yang lepas pasal Cheesy Cheesy Chicken dari 4Fingers? Rupa ayamnya lebih kurang macam KFC Golden Crunch ni. Cuma seasoning atas ayam KFC tu tak semasin 4Fingers. Bila dimakan dengan coslaw, kemasinan yang ada pada ayam tu jadi balanced.


Kira ngamlah bila digandingkan bersama. Lepas tu cicah pula dengan Sos Cili Thai dari Life. Memang lagi bertambah-tambah padu dibuatnya. Kalau korang nak tahu. Syu bila makan KFC, Syu suka guna Sos Cili Thai sebagai sos pencicah berbading dengan sos cili biasa. Sebab sosnya memang sedap 😋!



Dekat atas ayam gorengya Syu tak pasti diorang tabur apa 😅. Rasa macam serbuk telur masin & daun kari. Secara keseluruhannya, set combo KFC Golden Egg Crunch ni memang sedap. Kewujudan daun yang Syu kata daun kari tu sikit pun tak menjejaskan rasa ayam goreng KFC ni.


Cuma air tu kalau dapat tukar pergi air Coke & Mirinda strawberi mesti lagi best - Tapi pesan guna GrabFood boleh buat pilihan air lain. KFC Golden Crunch ni dah ada rasa lemak-lemak & soft drink macam ni antara yang elok digandingkan bersama.


Kulitnya sedap sangatlah korang. Auto lupa terus Syu pasal kolestrol 😅.

Comments

  1. Wahhh tak try lagi.. mmg npk sedap

    BalasPadam
  2. tu lah..belum try lagi. dah lama tak order KFC, ayamnya kecik sangat sekarang. jadi banyak order marrybrown je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Grab kan hado MY. Ada diskaun 50% tadi Syu tengok. Order dekat situ jer senang. Tak payah keluar rumah 😁.

      Ayam kecik tu memang tak dinafikan MY 😅. Itu pasal selalu order Texas Chicken sebab ayamnya besar gedabak. Ayam Marrybrown pun tahan juga.

      Padam
  3. Balasan
    1. Sedap KFC Golden Crunch ni. WAJIB cuba SS!!😋

      Padam
  4. wah menarik, boleh cuba menu baru kfc ni :)

    BalasPadam
  5. pehhhh nampak best niihhh..
    tapi tengah pantang ayam lah pulak... adoi...

    BalasPadam
  6. Macam sedap je KFC Golden Crunch ni. Ini yang rasa tergoda nak membeli jugak. Hikmah terkandas, dapat juga rasa KFC ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak. Wajib cuba KFC Golden Crunch ni! Syu dah dua kali repeat 😋.

      Padam
  7. Kalau saya tidak suka air gas.
    Eloklah tidak masin. Kadang-kadang makan nakann segera masin sangat.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!