Upin Ipin Meninggal Di Dunia Nyata

Januari 17, 2022

 Upin & Ipin


Siapa tak tahu siri animasi hebat terbitan dari Les Copaque Production ni. Bukan sahaja terkenal di Malaysia. Malah, siri animasi Upin & Ipin ni mendapat sambutan yang hebat di seluruh dunia termasuk negara jiran kita Indonesia. Walaupun sehingga kini, hubungan Malaysia-Indonesia ada sedikit pergolakkan. Tapi, masih ada sesetengah rakyatnya menerima baik negara kita & beranggapan yang negara kita ini serumpun dengan mereka.


Upin Ipin


Pada Syu, animasi Upin & Ipin ni antara salah satu kartun animasi yang berjaya menjadi pengikat silaturahim antara bumi Malaysia & Indonesia. Kalau tak, masakan kartun animasi ni mendapat tempat dihati mereka di sana. Malah, mereka ambil pusing dengan setiap jalan cerita & karakter-karakter yang ada dalam kartun animasi Upin & Ipin ni.



Selain dari Upin & Ipin, ada lagi animasi bersiri yang telah diterbitkan di bawah Les Copaque Production ni. Antaranya Pada Zaman Dahulu, Puteri & Dadudido. Semua animasi yang telah diterbitkan memang sesuai untuk ditonton oleh pelbagai peringkat umur. Malah, ada banyak elemen-elemn yang berunsurkan nasihat & pengajaran yang sememangnya bagus untuk dijadikan teladan 😊💕. 



MENINGGAL DI DUNIA NYATA | Di TikTok sekarang ni heboh & trending berkenaan kewujudan dua karakter animasi ini. Khabarnya nama Upin & Ipin ini bukan sahaja wujud di dunia animasi. Malah, ianya wujud di dunia nyata juga. Akan tetapi empunya kepada nama Upin & Ipin ini dikatakan telah lama meninggal dunia sekitar tahun 1995-1996. Penemuan dua kubur yang namanya tertera Upin & Ipin ini telah dimuatnaik di laman TikTok. 



Berdasarkan perkongsian putrapahit03, dua kubur tersebut dikatakan berada di Palu, Indonesia. Kuburnya berwarna biru & tertera jelas nama Upin & Ipin. Berdasarkan ukiran pada batu nisan. Upin dikatakan meninggal pada 6.8.1995. Manakala, Ipin pula meninggal 2.4.1996. Beza tarikh meninggalnya cuma empat bulan sahaja jaraknya. Betul atau tidak? Wallahualam. Sejauh mana kesahihannya Syu sendiri pun tak pasti. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan dari ayahanda Les Copaque kita 😉💕. Andai benar wujud empunya nama Upin & Ipin ni. Takziah & Al-Fatihah buat mereka berdua.

Comments

  1. Balasan
    1. Kita pun tekejut jugak sebenarnya 😂. Dah arwah rupa-rupanya.

      Padam
  2. Benarkah? Al-fatihah utk kedua arwah upin ipin. agaknya tu sebab dorang tak pernah membesar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wallahualam. Betul atau tak akak pun tak pasti. Kalau betul Al-Fatihah buat diorang berdua.

      Ada mungkin juga. Itu pasal tak ada Upin Ipin versi dewasa agaknya 😅.

      Padam
  3. Ingat yang suara latar itu yang meninggal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan NA. Yang suara latar tu cuma ayahnya saja yang meninggal.

      Padam
  4. Habis semua depa nak claim kan. Mentang mentang Upin & Ipin dah popular. Les Copaque pun dah jelaskan.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!