Mei 10, 2025
Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?
![]() |
Pendapatan melebihi RM34,000 setahun diwajibkan oleh LHDN untuk membayar cukai - SUMBER FOTO: Pinterest |
Bila bercakap pasal berblog, ramai yang terfikir, "Jadi blogger ni boleh dapat duit ke?" & "Kalau blog dah buat duit, nak kena bayar cukai ke tidak?" Maybe ada yang fikir jadi blogger ni kerjanya cuma menulis blog, berkongsi cerita, atau review produk je. Tapi, pernah tak terfikir bahawa seseorang blogger pun boleh dikenakan cukai? Tambah-tambah bila blog korang dah mula start buat duit.
For those yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger atau dah aktif menulis, soalan ni memang patut ada dalam kepala. Tapi jangan risau, dalam artikel ni kita akan bincangkan lebih lanjut pasal hal ni.
Kalau blog korang hanya sekadar platform untuk berhobi atau untuk berkongsi pengalaman tanpa ada jana pendapatan tetap, mungkin korang boleh abaikan topik ni.
Apa Itu Cukai & Kenapa Blogger Kena Ambil Tahu?
Secara ringkas, cukai ni merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas individu atau syarikat yang ada menjana pendapatan - melebihi RM34,000 setahun. Jadi, kalau korang sebagai seorang blogger & ada memperoleh pendapatan dari blog - Contohnya melalui iklan, affiliate marketing, penjualan produk, tajaan atau endorsement. Kerajaan berhak untuk minta korang bayar cukai berdasarkan jumlah pendapatan tu. Melainkan ada dapat pengecualian atau jika pendapatan korang tu dalam jumlah yang sangat kecil & tak melayakkan korang untuk bayar cukai.
Bila Blogger Kena Bayar Cukai?
Menurut sistem percukaian di Malaysia, jika korang menjana pendapatan melebihi RM34,000 setahun, korang perlu mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) & bayar cukai. Andai kurang daripada jumlah tu, mungkin korang tak diwajibkan membayar cukai. Tapi, tetap kena buat pengisytiharan juga di LHDN berdekatan untuk pastikan rekod korang bersih dari dikenakan cukai.
Macam Mana Nak Bayar Cukai?
Bila pendapatan blog korang melebihi RM34,000 setahun, korang perlu daftar dengan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) & buat penyata cukai. Biasanya, korang hanya perlu mengisi borang e-filing secara dalam talian.
Jangan risau, sistem LHDN sekarang dah senang. Mesra pengguna & ada banyak panduan tersedia dekat diorang punya website. Kena rajin membaca & bertanya.
-
Daftar dengan LHDN melalui e-Daftar. Proses ni tak susah, cuma kena pastikan korang ada dokumen sokongan yang cukup.
-
Isi Borang BE (untuk individu) atau borang yang sesuai mengikut kategori perniagaan. Korang boleh buat ni secara online di portal LHDN.
-
Bayar Cukai berdasarkan pendapatan yang dilaporkan. LHDN akan kira berapa jumlah cukai yang perlu dibayar.
Apa Jenis Pendapatan Yang Nak Kena Isytihar?
Pendapatan yang perlu diisytiharkan oleh blogger tak semestinya datang dari penjualan produk atau perkhidmatan yang korang buat secara langsung. Ia boleh termasuk:
Pendapatan dari iklan: Kalau ada ads di blog, sama ada Google AdSense atau iklan lain, itu semua pendapatan yang kena isytihar.
Affiliate Marketing: Jika korang promote produk orang lain dan dapat komisen, itu pun kira pendapatan.
Tajaan: Kalau ada syarikat atau brand yang bayar korang untuk buat review atau post, itu pun kena isytihar juga.
Jualan Produk atau Perkhidmatan: Kalau korang jual ebook, kursus, atau servis tertentu melalui blog, itu jelas kena isytihar sebagai pendapatan.
Blogger Baru, Jangan Risau!
Untuk blogger yang baru nak mula berblog, jangan risau dengan bab-bab cukai ni. As long as pendapatan tahunan korang tak banyak, korang tak perlu risau. Tapi, bila blog dah berkembang, pastikan korang uruskan kewangan & cukai pendapatan korang dengan betul & efisien.
Jadi, untuk persoalan "Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?" - jawapannya adalah ya! Blogger yang ada dapat income dari berblog kena bayar cukai. Tak kira apa pun sumber pendapatan tu. kalau dah melebihi RM34,000 setahun, kena buat pengisytiharan & bayar cukai macam biasa.
Jangan risau, prosesnya mudah sahaja sebenarnya. Buat secara online pun dah boleh. Jadi, kalau korang betul-betul serius dengan dunia blogging ni, pastikan korang uruskan kewangan & cukai dengan sebaik-baiknya!
Tips Urus Kewangan dan Cukai Sebagai Blogger
Simpan Rekod Pendapatan: Pastikan korang simpan bukti pendapatan & perbelanjaan. Boleh guna aplikasi atau spreadsheet untuk track semua transaksi.
Buat Simpanan Untuk Cukai: Jangan tunggu sampai last minute! Setiap kali dapat duit dari blog, simpan sedikit untuk bayar cukai.
Runding Dengan Pakar Kewangan: Kalau tak pasti, boleh dapatkan nasihat daripada akauntan atau perunding kewangan yang arif. Diorang boleh bantu korang untuk uruskan cukai dengan cara yang betul.
Translate
AUTHOR

FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- Check Out Memo (COM) Pekerja Asing
- Pensyarah Hina Pelajar Tak Ada Laptop & B40
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
- Cara Betul Peram Ciku Supaya Cikunya Masak Sekata & Manis