Posts with the label 2024
Memaparkan catatan dengan label 2024. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2024. Papar semua catatan

Ogos 16, 2025

Selamat Ber-waffle Syu Deris

Asyik beli waffle kat kedai jer. Kali ni kita beli waffle maker nyer terus - BELI SINI. Senang! Bila teringin nak makan waffle, anytime boleh buat waffle-nyer 🤭. Lepas ni tak gaduh dah nak keluar berbeli waffle. Beli tepung waffle ready made jer. Bancuh-bancuh. Terus zassss...masuk dalam waffle maker. At the same time dapat save budget juga. Apa-apa pun waffle Wakaka tetap di hati walaupun dah ada waffle maker dekat rumah!


Waffle Maker 3 Dalam 1


Waffle maker yang Syu beli ni memang best & senang sangat nak guna. Harga tak sampai pun RM50 masa Syu beli hari tu - Syu beli time TikTok Sales. Instead of waffle yang biasa tu, korang juga boleh guna waffle maker PerySmith ni untuk buat egg waffle & sandwich. Just tukar jer dia punya bakeware & ready to cook! - Dalam set waffle maker ni ada dibagi 3 nonstick bakewares & korang boleh pasang & cabut bila nak guna.


Boleh buat waffle, sandwiches & egg waffle. 


Cuma masa time memasak tu korang nak kena berhati-hati sikit. Pasalnya kat bahagian atas waffle maker tu agak panas. Sebaiknya korang spare oven gloves & kain untuk pegang. Overall, memang berbaloilah beli waffle maker Perrysmith ni. Multifunction & senang nak guna. Waffle maker pun ringan. Siap ada pemegang lagi. So, cute!


Nak masak waffle guna yang ni 🧇. 


Beli 10 waffle RM5 kat kedai. Dah boleh beli sebiji waffle maker PerySmith ni ðŸ¤­. 


Selamat Ber-waffle Syu Deris

Ogos 16, 2025

Disember 06, 2024

Masa Untuk Tone Down & Reset Diri!

Think

Salam Jumaat semua rakan-rakan Blogger Syu. Berbulan menyepi!! Dah makin bersawang dah blog kita. Page views pun dah tak tentu hala dah. Sekejap naik. Sekejap turun. Income Google Adsense tak payah cakaplah. Malas nak cerita. Memanjang jer drop. Dari belas-belas ringgit sehari jadi sen-sen jer 😅.



Sejak terjebak jadi affiliate dekat TikTok, Syu sibuk ber-content dekat sana. Sampai terabai content dekat sini. Sorry Syuderis.com. Hari ni Syu sengaja STOP buka & buat content TikTok. Saja nak reset diri. Cek semula aturan hidup Syu dalam ber-content. Lately, nampak macam huru-hara & tak tersusun - Syu perasan lepas Syu terjebak join jadi affiliates TikTok.


Berehat
Rehat jap! Otak kita penat.


Rasa macam banyak benda yang Syu terlepas pandang & abaikan. Life Syu. Ibadah Syu. Blog Syu. Kerja Syu. Walaupun semua nampak berjalan lancar. Tapi, dia punya flow tu macam tak tersusun & cantik. Macam ada something wrong some where? Sometimes, Syu rasa macam diri ni tamak pun ada. Semua benda nak buat dalam satu-satu masa. Sampai tak tahu nak buat yang mana satu.


So, di hari Jumaat. Di hari mulia yang ni. Syu decide untuk tone down Syu punya KETAMAKKAN tu. Supaya Syu boleh renung-renungkan sekejap. Muhasabah diri & reset balik kehuruharaan yang Syu hadap sekarang. Harap Syu boleh susun semula supaya lebih sistematik plus tak memudaratkan diri.



By the way, pejam celik dah masuk hujung tahun 2025 dah kita ya? Rasa macam baru semalam masuk new year 2024. Itupun banyak benda belum achieve lagi. Di archive-kan lagi untuk tahun depan ada lah! Sekian celoteh entah apa-apa hari ni.

Masa Untuk Tone Down & Reset Diri!

Disember 06, 2024

April 18, 2024

Team Purple Masuk Beradap! 💜

Hari Raya Aidilfitri 2024

Awalnya viral ya, warna orange brick bakal jadi warna tema baju raya tahun 2024. Tapi entah macam mana, hujung-hujung ramai pula yang decided untuk pilih warna hijau lembut as warna tema baju raya - Dekat kampung Syu, ramai pula saudara & jiran pilih warna maroon 😅.


Deme pakat pakai warna maroon. Dah sepesen dengan lapik meja pun ada 😅.


Baju raya Syu tahun ni Syu pilih untuk pakai tema warna purple. Syu tak expect pun nak pakai baju raya tema warna ni sebenarnya sebab kalau ikutkan, Syu nak pakai baju raya tema warna salmon. Tapi, tak jumpa pula warna yang sedondon untuk baju raya husband Syu.Jadi, kita pakai saja warna yang ada. Nak jahit sendiri tak sempat!


Encik suami kita dah macam penyanyi kopratasa dah rupa dia 🤣. 


Apa-apa pun, dikesempatan ni Syu nak ucapkan selamat hari raya buat semua rakan-rakan Blogger yang mengenali Syu. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa & tersilap kata. Walaupun tak pernah bersua muka, Syu harap ukhuwah kita akan tetap terus terjalin mesra. Gittew!



(P/S: Pasal baju warna orange brick tu. Ada yang kata, warnanya tu striking sangat & seakan-akan macam baju tok sami & tahanan polis. That's why ramai yang tak berapa berkenan agaknya 🤭. Tak pun warna tu memang dah SOLD OUT sebab kuasa viral)

Team Purple Masuk Beradap! 💜

April 18, 2024

Februari 29, 2024

"Leap Day" Tahun Lompat 2024 : Jumpa Kamu 4 Tahun Lagi Ya!

Leap day

Hari ni 29 haribulan Februari 2024. Hari terakhir kalendar bulan Februari & leap day juga untuk tahun lompat 2024 ni. Bukan selalu jumpa leap day ni tau. 4 tahun sekali baru muncul 😅. So, pada yang hari lahir jatuh pada tarikh hari ni, happy birthday diucapkan. Enjoy your day pada tarikh keramat ni okay! 😜

 

Leap day
SUMBER FOTO : Google

 

Apa-apa pun, goodbye February & selamat datang March 2024. Bulan penutupnya bulan Syaaban & bulan permulaannya Ramadhan. 😚 Tak sabar rasanya nak nyambut puasa.

"Leap Day" Tahun Lompat 2024 : Jumpa Kamu 4 Tahun Lagi Ya!

Februari 29, 2024

Disember 31, 2023

Goodbye 2023. Let's Wrap!

2024 just around the corner ya korang. Let's wrap!🎬 Semoga apa yang tak tercapai tahun 2023 terlaksana di tahun 2024 nanti. Tak kisahlah dari aspek apa pun. Perlahan-lahan kayuh. Jangan gopoh-gopoh. Biar lambat. Janji dapat apa yang dihajat 🥰. 



Kadang-kadang, benda yang kita rancang elok tu tak semestinya dapat kejap-kejap itu juga. Sebab kita kena ingat. Ada yang lebih Maha mengetahui akan setiap satu-satu perkara tu. Apa-apa pun, selamat menempuh tahun 2024! 🎉


New year 2024


Goodbye 2023. Let's Wrap!

Disember 31, 2023