Posts with the label Jabatan Imigrisen Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Imigrisen Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jabatan Imigrisen Malaysia. Papar semua catatan

September 23, 2023

Senarai Semak Permohonan Kemaskini Pasport Lama Pekerja Asing (PA) Ke Pasport Baru Di Jabatan Imigrisen

Pasport
SUMBER FOTO : Google


Untuk pengetahuan korang. Sekiranya, pasport pekerja asing (PA) tak cukup tempoh 12 bulan & PA dah terima passport baru dari kedutaan. Majikan/wakil majikan perlu hadiro ke kaunter Jabatan Imigrisen Negeri bagi membuat pengemaskinian maklumat passport baru.



Pengemaskinian pasport tu mesti dibuat sebelum meneruskan permohonan pembaruan permit melalui sistem e-PLKS. Kalau tidak, nama PA  tak akan appear dalam sistem & sekaligus menyukarkan proses korang untuk buat pembaharuan permit.



Dokumen yang diperlukan


Berikut, Syu senaraikan dokumen-dokumen yang korang perlu sertakan semasa proses pengemaskinian pasport.


  1. Surat permohonan dari syarikat/majikan
  2. Salinan kad pengenalan majikan
  3. Salinan borang pendaftaran syarikat (MyDATA)-Borang 9, 49 atau borang B&D
  4. Surat wakil syarikat berserta salinan kad pengenalan & penyata 3 bulan KWSP
  5. Salinan muka depan pasport lama & baharu
  6. Salinan permit PA
  7. Pasport asal pekerja asing


Selesai pengemaskinian, barulah korang boleh proceed dengan pemohonan permit. Kebiasaannya, tempoh pengemaskinian pasport ni akan mengambil masa tak lebih dari tempoh 7 hari bekerja.



Tapi, sekiranya dalam sistem e-PLKS masih belum ada apa-apa update. Sebaiknya, korang telefon semula Jabatan Imgirisen Negeri & bercakap sendiri dengan pengawai berkenaan status pengemaskinian pasport PA.


Kalau tak nanti, alamat pending-lah proses pembaharuan permit PA korang. Harap korang dapat sesuatu? Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 😉💕.

Senarai Semak Permohonan Kemaskini Pasport Lama Pekerja Asing (PA) Ke Pasport Baru Di Jabatan Imigrisen

September 23, 2023

Jun 25, 2023

Pekerja Asing Lari? Ini Cara Betul Batalkan Permit Diaorang

Permit pekerja asing

PA/PRA dikategorikan sebagai lari daripada majikan bila mana PA/PRA :


  1. Meninggalkan tempat kerja tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
  2. Tidak kembali ke tempat bekerja pada tarikh yang dipersetujui setelah pulang ke negara asal.


Nak bawa masuk Pekerja Asing (PA) & Pekerja Rumah Asing (PRA) ke Malaysia bukan suatu perkara yang mudah. Bukan sahaja majikan perlu keluarkan belanja yang sangat besar untuk menggaji mereka-mereka ni. Prosedurnya pun boleh tahan banyak & memakan masa yang agak lama juga. 


Permit pekerja asing
SUMBER FOTO : Moneycrasher.com


Bila PA/PRA lari sudah semestinya majikan akan rasa sedikit kecewa dengan perbuatan PA/PRA tersebut. Sudahlah harga nak buat permit mahal . Bila PA/PRA lari. Denda/bon jaminan pula nak kena dibayar pada Jabatan Imigrisen. 



Apa majikan perlu buat?


Pertama sekali jangan panik. Buat keputusan bijak. Biarkan saja PA/PRA nak lari. Majikan tak perlu buang masa cari satu Malaysia. Serahkan sahaja kepada pihak berwajib. Biarkan mereka buat kerja. Walaubagaimanapun, prosedur pembatalan permit PA/PRA tetap majikan/wakil majikan kena buat.


BACA JUGA

➣ Check Out Memo (COM) Pekerja Asing

➣ Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia



Permit pekerja asing
Satu salinan laporan polis melibatkan PA/PRA akan dikenakan cas RM2.


Dalam berhadapan situasi PA/PRA lari ni ada 3 LANGKAH WAJIB yang pihak majikan perlu buat - Satu pun jangan skip. Antaranya :


  1. Buat laporan polis di mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
  2. Buat pembatalan permit PA/PRA yang lari tadi ke Jabatan Imigrisen Negeri masing-masing
  3. Hantar Borang PA2/13 (Laporan Penamatan Pekerja Asing - Seksyen 60K(3) Akta Kerja 1955) ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK)



Pembatalan permit PA/PRA di Jabatan Imigrisen Negeri


Bagi proses pembatalan permit PA/PRA, majikan/wakil dikehendaki hadir sendiri ke Jabatan Imigrisen Negeri dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut :


  1. Slip temujanji online - STO2.0
  2. Passport asal PA/PRA - Jika ada
  3. Borang bayaran - Disahkan majikan berserta cop syarikat
  4. Lampiran 5 (Laporan PA melarikan diri dari majikan/balik tanpa memo periksa keluar (COM)) - Disahkan majikan/pelapor
  5. Borang akujanji - Disahkan majikan
  6. Laporan Polis - Disahkan salinan
  7. Salinan passport & permit
  8. Surat permohonan - Permohonan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
  9. Surat lantikan wakil syarikat - Surat wakil syarikat bagi urusan pembatalan permit PA yang telah melarikan diri
  10. Salinan kad pengenalan wakil majikan
  11. Salinan kad pengenalan majikan
  12. Salinan penyata KWSP - Penyata 3 bulan terkini yang telah disahkan oleh pegawai KWSP
  13. Salinan pendaftaran syarikat SSM - MyDATA terkini
    • Borang 9
    • Borang 24
    • Borang 49



Bayar denda/Bon jaminan


Selesai buat serahan dokumen di kaunter Jabatan Imigrisen Negeri. Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/permit PA/PRA yang dilaporkan lari tadi akan dibatalkan serta merta. Malah, PA/PRA juga secara automatik akan disenarai hitamkan.


Permit pekerja asing
Pegawai Imigrisen akan letak cop pekerja lari di atas sticker permit sebagai tanda permit PA/PRA ni telah dibatalkan.


Pihak Jabatan Imigrisen juga akan mengenakan bayaran denda/bon jaminan kepada pihak majikan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut warganegara. Bayaran denda/bon jaminan ni boleh dibuat di kaunter bayaran setelah majikan/wakil selesai membuat serahan dokumen. 


Permit pekerja asing
Denda warganegara Vietnam paling mahal - SUMBER FOTO : Jabatan Imigrisen Malaysia


Selesai urusan di Jabatan Imigrisen Negeri, majikan/wakil boleh proceed dengan submission Borang PA2/13 ke JTK. Untuk elakkan masalah kepada syarikat. Jangan skip semua step ni. Yang lari biarkan lari. Pembatalan permit PA/PRA yang melarikan di JIM & serahan dokumen ke JTK adalah menjadi tanggungjawab majikan.

Pekerja Asing Lari? Ini Cara Betul Batalkan Permit Diaorang

Jun 25, 2023

Jun 27, 2022

Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia

Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! 😉💕


Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect 😅. Malasnya nak pergi imigrisen.

 

 

Apa beza PLKS dengan permit?

 

Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.

 

PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu

 

PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.



Senarai dokumen yang diperlukan

 

Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.

 

Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.

 

Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :

 

  • Surat lantikan wakil syarikat*
    • Salinan kad pengenalan wakil syarikat
    • Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
  • Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
    • Salinan passport & permit PA/PRA
    • Salinan resit e-PLKS
  • Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
  • Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
  • Passport asal PA/PRA


Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.


Permit pekerja asing
Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan.


Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.



Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu 😊💕.

 

Permit pekerja asing
Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya 😅.

Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia

Jun 27, 2022