Januari 22, 2026
Resepi Kuih Cara Manis Lembut & Gula Cair Dalam Mulut
Masa balik kampung hari tu. Mak Syu ada buat kuih cara. Sedap. Elok lembut & gulanya cair dalam mulut. Syu suka kuih cara, especially kuih cara berlauk. Tak pernahlah Syu buat sendiri, pasal acunya pun Syu tak ada. Cadang macam nak beli satu. Tapi, takut jadi tukun sudahnya nanti. Better suruh mak masak jelah π€.
Syu ada minta resepi dekat mak. Nanti Syu share dia punya bahan-bahan & sukatan. Mak cakap, adunan kuih cara yang ni boleh guna untuk buat cara berlauk juga. Cuma air daun pandan tu ke tu kena tukar ke serbuk kunyit atau pewarna kuning. Inti dia ikut suka korang nak letak apa. Since yang ni cara manis, so kita letak gula sebagai dia punya inti.
![]() |
| Untuk acuan, terpulang dekat korang nak pakai bentuk yang macam mana. |
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1½ cawan santan
Secubit garam
1 biji telur
5 helai daun pandan ( Blend jadikan pati air pandan)
Perwarna hijau/panda emulco
Sedikit minyak masak untuk digris padang acuan
Gula pasir secukupnya
CARA-CARA :
- Kisarkan daun pandan sehingga lumat. Kemudian tapis & diambil patinya.
- Campurkan semua bahan-bahan lain & kisar sampai tekstur adunan menjadi halus.
- Tapis adunan yang dah dikisar tadi. Kemudian bolehlah kita start masak adunan-nya menggunakan acuan kuih cara.
- Sapukan sedikit minyak masak pada acuan supaya kuih cara tak melekat bila dah masak nanti.
- Masukkan adunan ke dalam acuan. Kemudian masukkan sesudu kecil gula.
- Masak sehingga kuih caranya masak. Lepas tu boleh dihidangkan.
Disember 30, 2021
Kuih "Barang Dalam Kain" Asal Usul Nama Putu Halba Kelantan
Ingat tak entri Syu Jalan-jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tempoh hari. Dalam entri tu Syu ada cerita pasal kuih putu halba? Kalau nak tahu kuih "Barang dalam kain" itulah nama jolokkan asal kepada nama kuih ni π . Suatu ketika dahulu dalam sekitar tahun 2018, nama jolokan ni selalu digunakan pada kalangan-kalangan peniaga kuih putu halba ni dengan niat nak melariskan jualan.
Kalau nak tahu, kuih putu halba ni memang terkenal & boleh dikatakan sinonim juga dengan negeri Kelantan. Bila pergi ke sana, korang akan nampak ramai penjaja meniaga kuih ni di tepi-tepi jalan terutamanya pada bulan Disember. Dengar cerita kuih ni memang selalu dijual & dimakan ketika musim banjir & musim tengkujuh. Harganya memang murah. RM2 korang boleh dapat dalam 5 ketul π.
| Rasa kuihnya seakan-akan kuih putu piring. Cuma teksturnya melekit & dicampur dengan biji halba. |
KENAPA "BARANG DALAM KAIN" ?
Dek kerana kuih ni dimasak dengan cara berbungkus dengan kain. Maka namanya jolokkan "barang" (merujuk kepada kuih) & "dalam kain" (kuih tu duduk bertekup dengan kain semasa dimasak) diberikanπ. Bunyi macam lawak. Tapi, sekiranya ada segelintir yang tersalah tafsir. Ada kemungkinan ianya akan berubah menjadi sesuatu ungkapan tersirat yang berbaur lucah. Walaupun, hanya sekadar nama jolokkan kepada kuih. Bait-bait perkataan ni boleh menyebabkan orang salah anggap & mengundang kepada persepsi negatif.
![]() |
| Orang Kelantan panggil "Bare dalam kain" sebab kuihnya duduk dalam kain ketika dimasak π. |
MENDAPAT TEGURAN MUFTI
Disebabkan nama jolokkannya agak kurang elok untuk digunakan. Maka penggunaan nama jolokkan kepada kuih ni telah mendapat teguran dari Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Katanya, penggunaan jolokan "Barang dalam kain" tu agak tidak sesuai digunakan ke atas makanan sebab dikhuatiri boleh mengundang persepsi negatif masyarakat. Malah, ianyanya nampak seperti kurang sopan jika digunakan ke atas sesuatu yang kita buat pemakan.
Pada Syu, ada betulnya juga tindakan Mufti Kelantan tu menegur penggunaan nama jolokkan macam tu. Nampak tak molek & tak sedap untuk didengar. Benda nak buat makan. Lepas tu letak nama panggilan bukan-bukan & tak berapa nak senonoh untuk dipanggil π . Walaupun bukan dengan niat. Ianya tetap tak nampak elok.
Tapi, nama seperti kuih tahi itik tu mungkin masih boleh diterima lagilah jika dibandingkan dengan "Barang dalam kain". Korang faham-faham sendirilah yer maksud "Barang dalam kain" tu apa. Walaupun hanya sekadar nama jolokkan, tapi ianya macam "sesuatu" yang agak memalukan pula bunyi panggilannya π. Tak boleh bayangkan masa nak buat pesanan kita cakap - "Adik, beri bare dale kain se!!". Ni kalau adik tu tersalah faham, boleh dapat makan selipar percuma jawabnya π.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "Ψ¨ِΨ³ْΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ِ Ψ§ΩΩΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩْΩ ِ" Untuk Entri Blog
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet π€
- Port Wajib Breakfast Restoran Kosiswa Riverside
- 10 Surah Lazim PENDEK & MUDAH DIHAFAL
- Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie

