Posts with the label LPHP
Memaparkan catatan dengan label LPHP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LPHP. Papar semua catatan

September 18, 2024

Pengesahan Bermastautin Rumah Kos Rendah Negeri Perak

Kerajaan Negeri Perak sekarang ni udah strict kome pasal bab-bab jual beli hartanah kat negeri Perak ni! Tambah-tambah bila melibatkan rumah kos rendah. Pemegang IC luar Perak macam Syu ni terpaksa usaha lebih sikitlah nak dapatkan rumah 😅. Sudahlah banyak prosedur. Makan masa yang lama pula tu - Rumah yang Syu nak beli ni dah nak dekat setahun tak setel-setel lagi tau. Harap tahun ni dapatlah pindah masuk hendaknya.

 

Even nak jual semula rumahnya pun kena make sure tempoh pegangannya kena cukup atau lebih dari 10 tahun. Kalau tak, memang kena penaltilah jawabnya dengan Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP) - Penalty dalam anggaran 5-10% daripada harga jualan rumah. Actually, boleh jer kalau nak appeal. Cuma makan masa lah sikit. Macam yang Syu kena sekarang ni. Nak dekat setahun jugalah baru setel & boleh proceed MB consent 🥹.



Surat akuan bersumpah Pesuruhjaya Sumpah


Yang lahir luar Perak tapi dah lama bermastautin & berhajat nak beli rumah kos rendah, kena buat pengesahan bermastautin di Pejabat Penghulu mukim terlebih dahulu. Setel part yang ini baru boleh submit permohonan kat LPHP - Part yang ini lawyer setelkan. Kita just setel mana yang berkenaan sahaja.


So, ada satu hari tu, Syu setelkan lah surat pengesahan bermastautin ni. Dah nama pun IC luar kan. So, nak tak nak terpaksalah cari bukti yang kita ni dah stay lama kat negeri Perak ni. Nak setelkan surat bermastautin ni pun makan masa juga tau.


Surat akuan pengesahan bermastautin
Buat surat ini pun makan modal kome! Surat akuan saja RM60. Belum campur copnya lagi 😬. 


Ambil setengah hari cuti memang tak cukup 😌. Pasal nak kena kejar masa buat surat akuan bersumpah dengan pesuruhjaya sumpah juga - Kena bawa saksi sekali untuk pengesahan tau. Nasib baik ada si Sarah.


Nasihat Syu, kalau korang boleh taip sendiri surat akuannya, better korang taip. Pasal upah naip surat akuan ni mahal. Tiru jer contoh macam kat atas ni. Lepas tu bawa ke Pesuruhjaya Sumpah sana suruh diorang cop.



Pengesahan bermastautin Pejabat Penghulu


Dah setel part surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah, then barulah boleh proceed buat serahan dokumen dekat Pejabat Penghulu pula untuk dapatkan surat pengesahan bermastautin 😮‍💨. Sampai kaunter Pejabat Penghulu, minta borang dari kerani. Isi borangnya bagi lengkap. Lepas tu attach sekali dokumen-dokumen ni masa serahan:


  1. Salinan kad pengenalan
  2. Surat akuan bersumpah - Kena bawa saksi sekali untuk pengesahan depan Pesuruhjaya Sumpah
  3. Salinan kad pengenalan saksi
  4. Surat akuan bersumpah saksi
  5. Salinan bil elektrik & air tempat tinggal


Inilah ghoper surat pengesahan bermastautin nyer. Tak ada ni. Tak jadilah kerojer Syu nak beli ghomah! Aje tumpo! 🥹


Dapat jer borang yang kita isi tadi tu, terus kerani akan update dalam diorang punya sistem. Kemudian diorang akan print out keluar then pass pada Penghulu untuk dicop & tandatangan.


Setel part pengesahan bermastautin, now dah boleh start tepek dokumen ni kat lawyer sana untuk diorang proses.  Biar lawyer pula yang continue kerja sampai setel - Bukan suruh deme buat kerja free. Kita bayor diorang what 🤣?! 


By the way, sekarang sistem Pejabat Penghulu negeri Perak udah canggih & lebih sistematik. Deme pakai Sistem e-Penghulu. Mana ada lagi taip-taip surat bagai macam dedulu. Even surat pengesahan bermastautin macam ni pun dah computer generated.

Pengesahan Bermastautin Rumah Kos Rendah Negeri Perak

September 18, 2024

Jun 11, 2023

Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi

Korang ingat tak dua tahun lepas Syu pernah attendeded interview Rumah Perakku Di Chemor nun. Alhamdulillah, tak sampai setahun keputusan pun keluar & dipamerkan senarai pemohon yang berjaya di Pejabat Tanah & Galian Manjoi.



Semalam, terima pula  surat untuk cabut undi. Secara Facebook live katanya. Tak tahulah dapat rumah nombor berapa Syu cabut undi nanti😅. Harap ada luck dapat lokasi yang strategik & berjiran dengan jiran kiriman syurga 😂. Mesra alam, bertolak ansur & tak buat banyak onar. Amin 🤲🏻. 


Rumah Perakku
Jatuh pada hari & waktu bekerja pula tu. Bila masa nak bila Facebook live 😂. 


Rumah Perakku : Alhamdulillah Dah Boleh Cabut Undi

Jun 11, 2023

Disember 01, 2021

Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Beberapa hari lepas Syu ada cerita pengalaman Syu temuduga Rumah Perakku di Dewan Komuniti Chemor - Rumah Perakku : Temuduga. Memandangkan ada yang bertanya, sebaiknya Syu buat perkongsian sikit macam mana cara nak mohon. Mana tahu ada golongan B40 senasib dengan Syu yang berhajat sangat nak kan rumah pertama untuk didiami. 

Tapi, awal-awal Syu pesan yer. Permohonan ni hanya sekadar ikhtiar. Sebab yang memohonnya ramai. Quota rumah yang dibuka untuk program ni pun hanya beberapa buah sahaja. Dapat tak dapat bergantung pada rezeki. 😉💕Apa-apa pun, jangan serik berusaha okey!!


Untuk pengetahuan korang, segala projek & permohonan Perumahan Negeri Perak ni berada di bawah tanggungjawab & bidang kuasa LPHP (Lembaga Perumahan & Hartanah Perak). Untuk Perumahan Negeri Perak ni projeknya bukan terhad kepaada kategori Rumah Perakku sahaja.

Actually, ada banyak projek lain seperti Perancangan Rumah Tersusun, Program Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia, Perwira & Rumah Perakku 1. So, masa membuat permohonan nanti korang kena pilih betul-betul kategori rumah pilihan korang yang macam mana korang nak. Maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman web rasmi LPHP



Pendaftaran & permohonan


Rumah Perakku


Sebelum diterima untuk ditemuduga, korang diwajibkan membuat pendaftaran/permohonan terlebih dahulu di laman web PENDAFTARAN PERUMAHAN NEGERI PERAK. Memang tak dinafikan yang website LPHP ni mobile friendly.


Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang permasalahan ketika pendaftaran, sebaik-baiknya korang mendaftar dengan menggunakan komputer. Selain tu, korang kena pastikan juga yang korang layak & memenuhi syarat-syarat pendaftaran ni :


  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000)


Sekiranya korang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, permohonan korang akan ditolak & tidak akan disenaraikan dalam senarai temuduga. Lepas dah isi segala maklumat peribadi, email & kata laluan di bahagian pendaftaran, korang boleh hantar pendaftaran/permohonan korang tu untuk semakan LPHP.



Untuk pengetahuan korang, proses pendaftaran/permohonan ni akan memakan masa lebih kurang 7 hari bekerja. Kadang tu tak tentu. Macam Syu hari tu tak sampai 7 hari pun. Kira cepat jugaklah diorang semak & proses. Sekiranya pendaftaran berjaya, pihak LPHP akan maklumkan kepada korang melalui email & selepas tu barulah korang boleh log in untuk buat pengemaskinian.



Kemaskini Maklumat


Rumah Perakku

Untuk pengemaskinian, korang hanya perlu masukkan kata laluan berdaftar yang korang dah submit semasa pendaftaran/permohonan tadi. Sekiranya ada sebarang perubahan maklumat, korang boleh buat pengemaskinian dari masa ke semasa. Sebaik-baiknya korang buat dua tahun sekali. Kalau korang tak buat kemaskini, kebarangkalian untuk dipanggil temuduga mungkin tipis.




Sesi Temuduga


Rumah Perakku


Sekiranya permohonan korang berjaya, pihak LPHP akan menghantar surat panggilan temuduga ke alamat surat menyurat korang. Di dalam surat tu nanti, akan disenaraikan semua dokumen-dokumen yang perlu dibawa, tarikh, tempat & masa temuduga. Berikut Syu senaraikan dokumen-dokumen yang pihak LPHP minta untuk dibawa bersama ketika temuduga tu:


  1. Kad pengenalan suami/isteri & salinan
  2. Sijil nikah/pendaftaran perkahwinan/surat perceraian & salinan
  3. Kad pengenalan/sijil kelahiran anak-anak/tanggungan & salinan
  4. Penyata gaji terkini suami & isteri bagi yang bekerja di sektor awam/swasta & salinan
  5. Surat pengesahan & perakuan pendapatan bulanan pemohon & isteri/suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)/penghulu/pesuruhjaya sumpah sekiranya bekerja sendiri
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) terkini pemohon & isteri/suami
  7. Laporan kredit dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit(AKPK)/laporan CTOS/Bank Negara


Pasal temuduga jangan risau. Temuduganya tak macam korang temuduga SPA 😁. Lebih kepada sembang-sembang & sesi soal jawab santai-santai jer. Masa temuduga nanti pegawai LPHP akan semak dokumen korang, tanya sikit pasal komitmen, latar belakang kerja & status penginapan terkini korang (sewa/duduk dengan keluarga).


Kemudian pegawai tu akan bagitahu lokasi, harga & details rumah yang korang bakal beli. Lepas dah habis dengar dia berceloteh, dia akan beri peluang kepada korang untuk bertanya soalan. Masa ni nanti korang tanyalah puas-puas apa benda yang korang nak tanya.



Secara roughly, apa yang Syu boleh simpulkan. Proses permohonan rumah ni terbahagi kepada beberapa peringkat. Permohonan, temuduga, cabutan undi (nombor rumah) & proses jual beli. Sekiranya bernasib baik & permohonan diterima, korang kena ingat yang rumah tu mestilah didiami, tak boleh dijual/dipajak & tak boleh dibuat disewa mahupun dibuat homestay. Syu harap perkongsian Syu yang panjang lebar ni dapat membantu korang. Sebarang pertanyaan korang boleh drop di ruangan komen/contact form 😊🍎.

Rumah Perakku : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Disember 01, 2021

November 28, 2021

Temuduga Rumah Perakku

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah. Hari ni semua perkara berjalan dengan tenang & lancar. Walaupun, Syu agak gabra memikirkan pasal temuduga ni malam tadi. Tapi, bila sampai di tempat temuduga. Alhamdulillah, hilang terus semua gabra tu. Mana taknya, ada supporters ikut sekali jadi peneman 😁.


Suami Syu tak dapat nak temankan sebab kena kerja. Jadi, kakak ipar & biras Syu tolong hantarkan ke pusat temuduga 😊. Sanggup diorang menunggu berjam-jam di tempat parking kereta semata-mata nak tunggu Syu. Terima kasih sangat-sangat. 



Untuk makluman korang, sesi temuduga Rumah Perakku ni dibuat di Dewan Komuniti Chemor. Kalau ikutkan, Syu boleh jer nak pergi sendiri. Tapi, diorang yang offer diri nak temankan Syu. Alang-alang diorang nak ke Klebang ambil anak, so diorang cuba setelkan urusan Syu sekali. 


Terus terang Syu cakap, sesi temuduganya memang santai gila. Tak sama macam interview kerja. Majoriti yang datang pakai baju pun sempoi jer. Duduk sebelah-sebelah pun boleh sembang santai-santai. Padahal baru jer kenal dalam beberapa saat (Dalam hati : ke aku yang terlebih ramah? 😅). Even sembang dengan tukang temuduga pun santai-santai macam jumpa member. Tanya ini tanya itu. Gelak-gelak. Kalau lah temuduga SPA macam ni kan sewonok!! Hilang semua gabra. Hi3 😁.


Rumah Perakku
Pegawai yang bertugas pun ramai. Jadi, masa menunggu tu tak ada lah sampai makan sehari suntuk. Lebih kurang macam kita pergi ke PPV cucuk vaksin 😁


Masa sembang-sembang dengan pegawai LPHP(Lembaga Perumahan & Hartanah Perak) tadi, dia ada pesan siap-siap yang dia tak janjikan bulan & bintang untuk Syu dapat Rumah Perakku tu. Sebabnya rumah yang Syu nak tu hanya ada 53 buah jer. Permohonannya banyak. Potensi nak dapat hanya 50-50. Bergantung pada rezeki.



Sekiranya permohonan berjaya. Rumah tu mestilah didiami, tidak dijual, tidak dibuat sewa mahupun dijadikan sebagai homestay. Permohonan tersebut akan automatik terbatal sekiranya, pihak LPHP mendapat maklumat yang kita dah beli rumah lain.


Sejujurnya, Syu tak ada lah letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk dapat Rumah Perakku ni. Sebab Syu sendiri pun tak tahu rezeki Syu sampai takat mana. Selebihnya, Syu hanya mampu tawakal. Kalau dapat alhamdulillah 😊💕. 




BACA JUGA


👉 Perumahan Negeri Perak : Cara Membuat Permohonan & Hadiri Temuduga

Temuduga Rumah Perakku

November 28, 2021

November 11, 2021

Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti

Rumah Perakku
Harap ada rezeki untuk Syu & suami 🥰


🤲🏻Alhamdulillah, sekian lama menanti. Akhirnya sampai jugak jemputan temuduga dari Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP) ni. Lama dah mohon Rumah Perakku ni sebenarnya. Dari masa Syu kerja NGO dulu Syu mohon. Harap ada lah rezeki hendaknya.



Bukan apa, golongan B40 macam Syu ni memang memerlukan sangat-sangat rumah untuk didiami. Tak demand rumah besar pun. Cukup rumah yang elok & selesa untuk menghabiskan masa tua. Nak beli rumah besar-besar tak mampu sebabnya rumah-rumah sekarang banyak RUMAH MAMPU TENGOK berbanding RUMAH MAMPU MILIK 😂

Rumah Perakku : Setelah Sekian Lama Menanti

November 11, 2021