Posts with the label Lunch Break
Memaparkan catatan dengan label Lunch Break. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lunch Break. Papar semua catatan

Ogos 15, 2025

Sejukkan Tekak!

Fuhhh...lama juga tak lepak Shiha Cendol & Laksa. Dulu masa lunch break, selalu juga singgah makan kat sini. Since dah tak ada geng nak diajak lepak & Syu pun kerap balik makan kat rumah, jadi tak ada ler menyinggah. Paling kurang pun tapau bawa balik jer.


Selalu order cendol & laksa. Kali ni tekak teringin pula nak minum air batu campur (ABC) dia. Sebungkus RM5.50 jer - Mahal ke murah korang rasa? Rupa ABC-nya ampak macam manis leting kan. Tapi, tak pun sebenarnya. Rasa manisnya tu sedang-sedang jer. Sesuai selera. By the way, jemput minum! 

 

ABC
Nampak menggodakan?? 😋


Sejukkan Tekak!

Ogos 15, 2025

Ogos 01, 2025

Lunch Di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center

Alamanda Putrajaya Shopping Mall
Nah! Sempat amik gambar depan pintu je. Isi dalam maleyh nak amik. Udah lapor! 😂


Alang-alang dah touch down Putrajaya, kita singgah kat Alamanda Putrajaya makan tengahari. Perut dah lapar sangat dah ni. Energy dah habis banyak pasal sibuk dok berjalan time tengah-tengah hari rembang, semata-mata nak tengok & ambil gambar Masjid Putra & Pejabat Perdana Menteri 🤣. Dari kompleks KESUMA sana ada lah dalam 25 minit macam tu kitaorang berjalan - Sampai sunburn lah muka dibuatnya.

 

Alamanda Putrajaya Shopping Center
Masuk sini dapatlah sejukkan badan sikit. Cuaca kat luar Putrajaya memang panas betul kome! 🥵


Dari Masjid Putra nak pergi ke Alamanda Putrajaya memang idak ler kitaorang dua nak jalan kaki kome. Kitaorang order GRAB jer. Lebih mudah & cepat. Lagi satu pasal kitaorang dua dah maleh! Plus paneyh 🤣! Even dah pakai payung pun tak lut. Dia punya bahang tu toksah cakaplah. Panas membara melempang-lempang muka!! 😵‍💫


Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center
Syu makan set Chicken Pad Kra Pao & Si Choy pula makan set Green Curry Chicken. Total semua RM55 jer. Kira murahlah kan?


Sampai Alamanda Putrajaya sana, Syu ajak kawan Syu makan kat Black Canyon Coffee jer. Situ tak ramai orang & lebih selesa sikit nak berchit-chat. Lagipun, kawan Syu tak pernah makan kat Black Canyon Coffee ni juga. So, memang elok sangatlah ajak dia makan kat sini & bagi dia rasa sedap ke tidak Black Canyon Coffee ni kat tekak dia - Choy cakap sedap! 😁


Pada Syu, nasi Pad Kra Pao dengan tomyam dia memang sedap. Cuma daun Thai basil dalam Pad Kra Pao tu jer Syu tak berapa minat sangat - 😂 Tak ada Thai basil tak jadilah nama dia Pad Kra Pao kan?? Tapi Syu makan lah juga pasal Thai basil-nya diorang tak letak banyak. Untuk green curry chicken?? Urmmmm...Syu tak minat! Ha3. Banyak beno terungnya. Karinya pula rasa plain. Air?? Sedap! Especially watermelon frost tu. Nak-nak minum time tengah cuaca panas macam ni 😘.

Lunch Di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center

Ogos 01, 2025