Februari 19, 2023
Mochi Matcha Redbean Baru Dari Nestle

Buat penggemar green tea (Matcha) & mochi, korang boleh cuba aiskrim baru keluaran Nestle ni. Mochi matcha redbean nama aiskrimnya. Dengar cerita aiskrim ni dah viral dah sekarang ni.
Jadi, kalau korang jumpa aiskrim ni dekat mana-mana kedai. Grab terus. Jangan tangguh-tangguh. Kalau tak nanti, korang tak merasa 😂. Faham-faham sajalah bila dah viral. Susah nak nampak bayang aiskrimnya.
![]() |
| Luar mochi, isi dalam aiskrim matcha filling kacang merah 😋. |
Pada Syu, aiskrim Mochi Matcha ni boleh dikatakan sedap jugalah sebenarnya. Lemak berkrim, ada rasa kelat-kelat teh hijau. Aiskrimnya pun tak terlalu manis. Cuma rasa matcha-nya agak strong sedikit 😅. Kalau korang nak tahu, isi dalamnya ada kacang merah. Memang kenalah bila digandingkan dengan matcha & mochi 😋💕.
Mac 22, 2022
Aiskrim Nestle La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt

Semalam review pasal aiskrim Yogurt Smoothie Strawberry. Pagi ni Syu nak sambung review pula pasal aiskrim terbaru keluaran Nestle ni - La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt. Sedap ke tidak aiskrimnya macam yang diiklankan di TV tu?
Harga Aiskrim
Harga aiskrim ni boleh tahan mahal juga ya kawan-kawan. Sebungkus harganya RM4.00 😁. Kalau nak tahu, aiskrim ni Syu beli di kedai Mesra. Di kedai lain Syu tak pasti berapa harga runcit yang diletakkan. Mungkin sama juga agaknya.
Niat di hati asalnya nak cuba juga aiskrim Musang King. Bila fikir aiskrim Chocolate Brownies Fudge With Seasalt ni aiskrim terbaru. Jadi, Syu pun cuba sajalah. Aiskrim Musang King tu nanti-nanti pun Syu boleh cuba. Lagipun, aiskrim baru keluar ni memang cepat habis. Tambah-tambah bila dah diviralkan 😅.
BACA JUGA :
AWAS : Aiskrimnya Ada garam laut
Tengok iklan di TV macam gempak kan? Hakikatnya, tak ada lah sedap mana pun rasanya. Sejujurnya, aiskrim ni lagi sedap bila tak ada garam laut tau. Bagi Syu, kewujudan garam pada aiskrim ni agak menggangu sikit Syu punya taste buds.
Mula-mula makan tu macam okey. Tapi bila sampai part rasa masin garam tu, automatik jadi tak boleh nak menerima pula 😅. Agak lain macam ya dia punya rasa. Yang ada darah tinggi better elakkan. Memang terasa garamnya. Syu boleh terima aiskrim ni punya coating luar sahaja.
![]() |
| Kulit luarnya sedap. Tapi isi dalamnya lemak manis & masin 😅 |
Memang tak dinafikan yang aiskrimnya coklatnya sedap. Tapi, rasa garam yang hujung-hujung tu yang menjadikan aiskrim ni rasa pelik. Dari segi gabungan rasanya tu macam ada something wrong 😅.
Ini review jujur Syu lah ya pasal aiskrim ni. Mungkin citarasa semua orang tak sama. Ada yang kata sedap & ada yang kata tak sedap. Bergantung pada selera & tekak masing-masing.
Sejujurnya, tekak Syu memang tak boleh nak menerima. Walaupun Syu peminat coklat, tapi hakikatnya bukan pada aiskrim Nestle La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt ni. Boleh beli. Tapi untuk repeat lagi mungkin tidak 😅.
[P/S : Aiskrim ni Syu mampu makan separuh & habiskan coating luarnya sahaja. Itupun Syu kongsi dengan husband. Selebihnya Syu terpaksa buang. Sorry aiskrim 😞]
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(44)
-
▼
Oktober
(9)
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Happy Birthday Syuben!
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(9)

.webp)
.webp)
.webp)