Februari 01, 2022
Susu Berperisa By NILOFA : Sedap Ke? 🤔
Susu NILOFA ni memang dah sedia-sedia terkenal & laris di pasaran. Kalau tak perkenalkan pun tak apa. Ramai dah tahu pun 😁. Cuma Syu sahaja tak pernah cuba susu ni. Padahal kawan tu dah bermacam-macam perisa dah keluar & habis terjual di pasaran. Dengar cerita yang paling terbaru ni di keluarkan satu lagi perisa susu yang diperbuat dari koko Belgian.
Pada awal kemunculan susu NILOFA ni, Syu tak pernah ada keinginan langsung nak cuba. Padahal susu ni memang viral sangat. Tambah-tambah susu yang berperisa pisang tu 😌🍌. Selalu kalau nampak di kedai-kedai, Syu pandang sebelah mata jer susu NILOFA ni. Bukan apa, Syu tak berapa minat susu yang berperisa pelik-pelik. Tambah-tambah pisang! Selagi boleh, perisa susu ni yang Syu paling tak gemar & cuba elak untuk beli 😅.
Ada sesetengah penggemar memang suka susu berperisa keluaran NILOFA ni. Tak kiralah perisa apa sekalipun. Kadang sampai sanggup berbeli & restock berkarton-karton untuk dijadikan sebagai minuman harian.
| Biras Syu beli empat perisa. Dia suruh cuba semua 😂. |
Nak dijadikan cerita. Semalam, buat pertama kalinya Syu bersempatan merasa susu keluaran NILOFA ni. Itu pun sebab biras Syu suruh rasa. Memang banyak dibelinya buat stok minum dalam rumah. Katanya sedap. Mula-mula tu menolak juga nak cuba. Tapi, dah orang pelawa. Kita cuba sajalah.
| Dua perisa ni jer yang macam boleh diterima tekak 😋. Ini pun kongsi berdua dengan encik suami. |
Pada yang suka susu perisa pisang NILOFA ni, awal-awal Syu minta maaf yer. Syu tak berapa berkenan dengan susu ni sebab rasa esen pisangnya kuat sangat. Yang perisa kurma pisang pun sama 😅. Setakat yang Syu dah rasa. Syu paling suka susu keluaran terbaru NILOFA yang berperisa coklat ni dengan mangga sahaja. Yang lain, minta maaf Syu cakap. Syu tak boleh nak menerima.
Mungkin orang lain suka. Tapi malangnya, tidak pada tekak Syu Deris. Jujur Syu bagitahu. Susu ni tak akan menjadi susu pilihan Syu untuk Syu repeat minum hari-hari. Dia punya tahap kemanisan tu dah okey dah. Cuma ada beberapa campuran perisa susu tu yang Syu tak berkenan. Mungkin tekak ni dah terbiasa dengan susu Lotus's sahaja agaknya - Sori Lofa 😅.
Jun 18, 2021
Fresh Milk Sedap Kembar Farm Fresh

![]() |
| Sedap, pekat, likat melekat!!Ha3 😋 |
Again, another produk TESCO in the house 😁!! Last time, Syu review FROZEN FOOD WAJIB BELI TESCO. Hari ni produk tenusu pulak. Rasenyer dah boleh start claim komisen sikit dekat TESCO ni, sebab rajin nau promote produk diorang 😆. Memandang pagi ni Syu tak tahu nak breakfast apa, so Syu hadap jelah stok susu yang ada dalam fridge.
Susu ni memang antara favourite Syu & husband. In case kalau pagi-pagi tak sempat nak breakfast, kitorang laki bini mesti minum susu ni dulu sebelum pergi kerja. For those yang ada alahan dengan produk tenusu, sorry to say...freshmilk ni sedap sesangat however korang still tak boleh minum. I feel sorry for that.
![]() |
| Nampak tak? Freshmilk ni diberanakkan ditempat yang sama 😆. So, kira kembarlah kan 😁. |
Freshmilk TESSCO ni kalau korang nak tahu sebenarnya salah satu keluaran Farm Fresh jugak. Cuma TESCO diberi hak untuk pattern kan freshmilk ni sebagai salah satu house brand diorang. So, freshmilk TESCO & Farm Fresh kira boleh dikatakan kembar lah kan. Cuma rupa jer tak seiras.
Sejujurnya, freshmilk ni memang lagi sedap dari brand-brand terkemuka kat luar sana 😋. Harga pun jauh lagi murah dari Farm Fresh. Kalau ada promotion, korang boleh beli freshmilk ni sekotak dengan harga RM4.75 tau. Murah kan?? Padahal harga asal dia kalau korang nak tahu, lebih kurang dengan harga freshmilk dari Farm Fresh 😁.
Syu pernah minum freshmilk dari Farm Fresh. Memang sedap & rasa dia lebih kurang jer dengan freshmilk TESCO ni. Cuma rasa yang Farm Fresh punya lebih pekat sikit jika dibandingkan dengan brand TESCO. Lagi satu pulak, freshmilk brand Fresh Farm ada dalam banyak perisa.Macam TESCO just ada dua pilihan jer. Coklat & fullcream. Overall, freshmilk TESCO ni memang sedap yakmat!! Sememangnyer freshmilk pilihan kitorang laki bini 😁.
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(45)
-
▼
Oktober
(10)
- Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Happy Birthday Syuben!
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(10)

