Mei 11, 2021

Satu Malaysia MCO kome oi!!

Gambar background pun gambar meroyan๐Ÿ˜†.

Dua tiga hari ni memang Syu sibuk sangat mengemas rumah. Baru hari ni ada kesempatan nak meroyan dalam blogger. Tu pun sebab dapat announcement dari abah pasal satu Malaysia diarahkan MCO. Why abah? Why?Why? Ni nak meroyan ni. Time kita tengah sibuk gumbira-gumbira buat persiapan raya abah kita announce macam ni pulak๐Ÿ˜†. Nasib la persiapan raya Syu buat ala kadar jer sebab memang dah jangka dah akan jadi macam ni. Nak-nak kat Perak kes makin hari makin meningkat gara-gara dek variant African tu. Jadi, memang takda harapan lah nak keluar jimba-jimba pergi beraya. Apa-apa pun bertabah lah yer kawan-kawan semua.


Beraya Di rumah Saja lah Kita Gamaknyer Tahun Ni Yer๐Ÿ˜‚



Mei 08, 2021

Syawal just around the corner!!


๐Ÿ˜”Honestly, I'm pretty sad that Ramadhan gonna leave us soon. Nothing can replace this precious full blessed month. Time passed by really fast you know.

By the way, have you done with the Eid al-Fitri preparation? Mine still in progress๐Ÿ˜…. Still got many things to do. I wish I can clear it all by today. I hope so. Whatever it is... 

Have a nice day uols!! Now, Let's get back with the preparation๐Ÿ˜œ!!

 

Mei 07, 2021

Jenaka Kotor Cerminan Permikiran Kotor

Beberapa hari yang lepas, agak terkejut juga apabila satu perkongsian dari Nad Masrom - Tips Puting Rata telah dijadikan bahan jenaka kotor di laman TikTok-nya. Yang menyedihkan tu bukan apa, rata-rata yang memberi respon kotor tu banyak yang terdiri dari golongan remaja yang belum berkahwin & lelaki yang bersatus suami orang. Nad Masrom ni sebenarnya merupakan kaunselor laktasi di Feed by Ummi Najla. Atau dengan kata lain pembimbing penyusuan bayi. Segala permasalahan & cara penyusuan memang dia akan kongsikan di lama TikTok-nya sebagai panduan.



Memang tak dinafikan content yang cuba dikongsi oleh Nad Masrom ni agak berat pengisiannya. Akan tetapi setiap intipati yang dia cuba kongsikan memang sangat bermanfaat untuk membimbing para ibu di luar sana tentang teknik penyusuan bayi yang betul. Sekiranya tidak ada perkongsian seperti ni sudah semestinya ramai ibu-ibu di luar sana tersasar dari landasan.


Kita pun tahu di Malaysia sahaja sudah berapa banyak kes kematian bayi dek kerana salahnya teknik penyusuan disebabkan kurangnya pengetahuan & pendedahan. Jadi, pada Syu memang tak salah apa yang Nad Mansor cuba kongsi & sampaikan kepada orang ramai. Malah, perkongsian yang dibuat tu adalah berdasarkan pengalaman di yang  Nad sendiri pernah lalui. Cuma dari segi penerimaan orang ramai tu samaada positif ataupun negatif. 




APA ITU JENAKA KOTOR?


Talk


Okey berbalik pada topik. Jenaka kotor ni apa yer sebenarnya?? Jenaka kotor atau dalam bahasa inggeris dia "dirty jokes" ni merupakan satu gurauan atau ungkapan yang berbaur lucah. Yang mana intipati gurauan tu berunsurkan 18 tahun & ke atas. Mungkin pada orang yang suka buat jenaka kotor ni rasa gurauan yang diorang buat tu lawak & boleh diterima, tapi pada kita mungkin tidak. Sebab apa, jenaka kotor ni bukan saja tak sedap untuk dihadam malah agak malu juga untuk didengar & dipertontonkan tambah-tambah pada golongan bawah umur. Tak salah kalau nak berjenaka tapi kalau boleh elakkan unsur-unsur 18sx ni sebab ianya senang jadi ikutan kanak-kanak. 




BANYAK DALAM KALANGAN MELAYU


Sebenarnya, Syu bukan lah nak pukul rata terus menunding jari ke kaum Melayu kita saja. Tapi minta maaf lah Syu cakap yer, rata-rata Syu tengok memang majoriti yang suka buat jenaka kotor ni terdiri dari kalangan Melayu kita juga sebenarnya. Mungkin, kadang-kadang ada sesetengah orang-orang lama yang duduk di kampung sudah terbiasa gunakan jenaka kotor ni untuk bergurau. Disebabkan ianya dianggap gurauan, so sampai kesudah terbawa-bawa sampai ke anak cucu. Contoh biasa, macam jenaka kotor pada orang yang baru berkahwin. Faham-faham jelah jenaka kotor dia macam mana yer. Memang malu kalau anak-anak kecil dengar. Masa Syu mula-mula kahwin dulu pun Syu pernah kena jugak sebenarnya. Tapi Syu ignored kan saja sebab dah malu & segan nak dengar๐Ÿ˜…. 




CERMINAN PEMIKIRAN KOTOR


Pernah dengar istilah otak kuning? Sama lah maksud dia dengan pemikiran kotor ni jugak sebenarnya. Cakap kotor maka otak pun kotor lah kan. So, ini lah cerminan dia. Selalunya orang yang berfikiran kotor ni memang tak normal & susah nak dikawal pemikiran dia. Sebab di mata diorang, even korang tunjuk gambar perempuan berjubah sekalipun diorang tetap akan melihat yang perempuan berjubah tu macam tak pakai apa-apa. Inikan pula kalau korang tunjuk yang betul-betulkan?? So, awas yer dengan orang otak kuning ni!!



Pada Syu berjenaka tu tak salah, tapi biarlah berlapik & kalau boleh elakkan menyelit elemen-elemen lucah ketika berjenaka. Sebab ianya tak elok & tersangatlah memalukan tambah-tambah kalau yang mendengarnya tu golongan bawah umur. Bila kita yang dewasa ni sudah terbiasa dedahkan golongan muda dengan jenaka kotor maka tak hairan lah kalau suatu hari nanti bila diorang dah meningkat dewasa diorang akan buat benda yang sama macam  mana yang kita dah buat. Ingat, apa yang diwarisi itulah yang akan diikuti.




CARA ELAK


Cakap kotor orang jelek,
Cakap elok ramai tertarik
Bahasa Melayu Sopan & Cantik
Amal selalu kekal terdidik


Pada yang dah terbiasa, mungkin agak susah nak ubah. Pada kita yang tak biasa ni, adalah lebih baik jika kita elakkan dari bergaul dengan kelompok-kelompok ni. Mungkin kita tak akan berjenaka kotor. Akan tetapi kebarangkalian untuk kita terjebak dengan pemikiran kotor tu mungkin ada. Pada yang muslim, andai sudah  terjebak. Bawa istighfar lah banyak-banyak. Itu lebih baik.


Kepada ibu-ibu yang memerlukan lebih lagi info berkenaan teknik penyusuan, korang boleh pergi ke link di bawah & bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ni jugak, Syu nak mohon agar korang boleh titipkan sedikit doa untuk Syu agar diberikan Allah kesempatan & peluang untuk menjadi seorang ibu jugak suatu hari nanti๐Ÿ˜Š. AMIN. 




SUMBER ARTIKEL & TIPS PENYUSUAN


๐Ÿ‘‰ Kongsi Ilmu Penyusuan Bayi, Wanita Terkilan Terima Mesej Lucah - Ohbulan.com 
๐Ÿ‘‰ Tik-tok Famous Breastfeeding Counselor Calls Out Dirty-minded Men for Sexualizing Her Content - msn.com
๐Ÿ‘‰ Tips Penyusuan - Tiktok
๐Ÿ‘‰ feedbyumminajla.com - Blog Penyusuan Ibu
๐Ÿ‘‰ Nad Mansor YTChannel


Mei 06, 2021

Leg Bouncing-Tabiat Henjut Kaki Ala Drummers

Pernah dengar "Leg Bouncing"?? Alah, tabiat goyang-goyang kaki acah-acah orang main drum tu. Pernah buat tak? Yang pernah buat sila mengaku okay! Sebab tabiat ni selalunya ada kena mengena dengan masalah anxiety. For those yang tak pernah buat mesti korang rasa annoying kan kalau ternampak ada orang yang buat macam tu ๐Ÿ˜…. 



Syu cerita pasal "Leg Bouncing" ni pun bukan apa. Sebab diri sendiri pun selalu jugak terjebak buat macam tu. Mungkin pada kita "Leg Bouncing" ni macam benda normal. Kalau korang nak tau, "Leg Bouncing" ni salah satu tabiat atau perangai suka menghenjutkan kaki. Ada seorang kaunselor dari United Kingdom ni, nama dia Dawn Templeton. Dia pernah cakap yang "Leg Bouncing" ni terjadi sebab adanya lebihan hormon adrenalin & kortisol disebabkan faktor tertekan. 


Goyang kaki
Kalau korang buat macam ni kat rumah kampung. Boleh roboh jawabnyer! ๐Ÿ˜‚


"Leg Bouncing" ni macam satu ketagihan tau sebenarnya. Datang tu tiba-tiba, pergi pun tiba-tiba jugak. Sebab apa, kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila masa kita terbuat "Leg Bouncing" ni. Tahu-tahu tengah santai-santai duduk tengok TV tiba-tiba termain drum pulak. Main drum betul tak apa. Ni drum maya๐Ÿ˜†!! Goyang lah sampai ke sudah tak bunyi-bunyi.


Sebenarnya tabiat "Leg Bouncing" ni tak adalah teruk mana pun, cuma ia nampak annoying sikit pada orang yang bukan "Leg Bouncing". Tapi andai kata, ini salah satu cara untuk menenangkan & merelakskan diri bila berhadapan dengan situasi stress, pada Syu ianya tak menjadi satu kesalahan pun. Macam Syu, apa yang Syu perasan lah kan. "Leg Bouncing" ni Syu akan start buat bila tengah stress memerah idea.



Kaki sebelah mana yang dihenjut? Itu bergantung kepada aktiviti otak orang. Kebiasannya, kalau korang berfikir guna otak kanan, output dia kaki kiri & kalau korang guna otak kiri maka kaki kanan lah yang akan di henjut. Tapi ikut orang jugak sebenarnya. Kadang-kadang tak tentu. Bergantung kepada kaki mana yang orang "Leg Bouncing" selalu buat. Ada sesetengah tu sampai dua-dua kaki dihenjutnya๐Ÿ˜†.



Bila Berlakunya "Leg Bouncing"?


1) Stress memerah idea
2) Rasa cemas
3) Kebosanan
4) Hilang fokus
5) Tertekan


By the way, setakat hari ini masih belum ada apa-apa petunjuk yang mengesahkan pasal "Leg Bouncing" ni boleh mendatangkan kemudaratan. Cuma dikhabarkan kaki akan jadi keletihan sikitlah bila terlalu kerap sangat menghenjut kaki.



Harus diingat juga, ada masa & ketika, tabiat "Leg Bouncing" ni boleh jadi petunjuk awal yang korang ada penyakit Parkinson & Restless Leg Syndrome [RLS] atau juga dikenali sebagai Willis-Ekbom Disease. Jadi, kalau sampai satu tahap tu korang rasa tabiat "Leg Bouncing" korang ni dah tak boleh dikawal. Adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor๐Ÿ˜‰.




SUMBER RUJUKAN


Why do people shake their leg - Betterhelp.com
 The anxious leg bounce - Metro.co.uk
Restless Leg Syndrome [RLS] / Willis-Ekbom Disease - Mayoclinic.org