Mei 13, 2021

Salam Aidilfitri!!


"Gemersik takbir mengundang sayu

Di pagi indah hari mulia 

Raya tahun ni sungguh lah pilu 

Tanpa keluarga sanak saudara"


Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat blogger Syu, di kesempatan ni Syu nak menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan andai sepanjang Syu berblogger ni ada terbuat korang terguris hati. Almaklum lah ada masa dan ketika tangan ni macam keyboard warrior jugak😂. Taip tekan mana dan jer.

By the way, pada mak abah & adik-adik kat kampung akak mintak maaf sangat-sangat...raya ni tak dapat balik beraya sama-sama😢. Harap lepas pandemik ni reda dapat la hendaknyer berkumpul macam biasa. Sedih tau kalau tiap-tiap tahun raya macam ni. Apa-apa pun "SELAMAT HARI RAYA" diucapkan.😁Terimalah Air Mata Syawal dari TokTi...jangan marah aaaaa...

AMARAN KERAS : Tak nak berjurai air mata mohon tutup telinga 😂!!



Lindungi diri, Patuhi SOP & Selamat Hari Raya Aidilfitri!!


Mei 12, 2021

Lemangs In The Making!!

PKP macam mana sekalipun, raya tetap raya okay. Even tak dapat rentas daerah & negeri untuk berjumpa family,sambutan tetap kena diteruskan. Tak mahu sedih-sedih. Allah jadikan halangan tu sebagai peringatan. Jadi kita kena redha. Sama-sama kita doa lepas PKP 3.0 ni berakhir dapat lah hendaknya peluang untuk berkumpul. 


Bersempena nak raya esok, kami ipar duai sempat  berkumpul sekejap masak-masak. Alhamdulillah rumah kitorang masing-masing dalam satu daerah yang sama. Lepas habis masak ni pakat beterbaran lah kitorang balik ke rumah masing-masing. Almaklumlah, ziarah raya tak dibenarkan masa PKP 3.0 ni😔. 


Family belah suami Syu ni memang tiap kali raya mesti buat lemang. Time Raya Haji pun diorang melemang jugak. Dah terbiasa agaknya kan...Tahun ni masak lemangnya tak sampai pun 30 batang sebab family yang belah Johor & Selangor pun tak boleh balik. Sebab cuti dibekukan. Kalau masak banyak-banyak nanti takut membazir pulak😅. 




 Jadilah buat balas dendam😆

Selamat Hari Jururawat Kepada Seluruh Jururawat Di Malaysia!

Hari ni dah masuk hari terakhir kita berpuasa yer kawan-kawan. Lagi beberapa jam jer Ramadhan bakal tinggalkan kita😢. Sekejap betul masa berlalu kan? Walaupun esok dah nak raya kita jangan lupa ada "Unsung Hero" yang tengah sibuk berjuang mati-matian untuk kita semua. Memang tidak dinafikan yang doktor pun banyak membantu menyelamatkan pesakit, tapi ianya tak sehebat jika dibandingkan dengan jururawat.



Semenjak pandemik tercetus, diorang ni lah barisan hadapan yang pertama menghadap Covid-19 ni. Sehingga ke hari ni diorang tak henti-henti berjuang. Even sebelum pandemik pun memang diorang yang paling banyak buat kerja & stayback berjam-jam lamanya di hospital sebenarnya.


Jururawat
SUMBER FOTO : Nurseguidance.com

So kalau korang tengok ada jururawat yang bad mood masa bekerja, korang faham-fahamlah kan Diorang pun manusia biasa jugak. Ada masa & ketika diorang rasa kemurungan & stress. Almaklumlah, bukan sorang dua pesakit nak dijaga. Satu hall wad tu busuk-busuk pun mesti ada dekat 50 orang pesakit yang sememangnya ada bermacam-macam kerenah.



Bersempena Ramadhan terakhir ini, actually seluruh dunia jugak turut menyambut "Hari Jururawat Sedunia". So, dikesempatan ini Syu nak ucapkan "Selamat Hari Jururawat" buat semua jururawat-jururawat di Malaysia terutamanya. Terima kasih tak terhingga atas semua perjuangan korang dari awal sampai lah ke hari ni.


Syu doakan korang semua sentiasa kuat & terlindung dari serangan COVID-19 ni. Pada jururawat-jururawat muslim yang gugur sepanjang pandemik ni Syu doakan mereka-mereka ni ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Mei 11, 2021

Ringkasan SOP Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0

Kat sini Syu ringkaskan semua SOP yang abah suruh kita follow. Walaupun kita semua sedih & terkilan tak dapat beraya dengan sanak saudara. Tapi apa lah daya kita nak melawan. Sekurang-kurangnya sehingga ke hari ni kita masih lagi boleh duduk di rumah yang selesa, makan sedap-sedap & ada udara yang cukup untuk bernafas. Dugaan yang Allah beri pada kita ni mungkin tak sehebat apa yang dialami saudara-saudara kita di bumi Palestin & India. Malaysia ni Allah jentik sikit jer tu pun baru terkena tempias. Di akhir-akhir Ramadhan ni kita doa sama-sama supaya COVID ni Allah angkat sehabis-habisnya dari muka bumi ni😔. Amin...



"Ke kedai mamak mencari makan, 

Karinya sedap menjilat jari, 

Kalau tak nak terkena saman, 

Patuh SOP elak ke sana ke sini"