Januari 10, 2023
Kupang Hijau Fresh & Murah Di Pasar Malam Manjung

Nak dijadikan cerita. Kemarin, Syu bawa mak & Sarah Deris jalan-jalan ke Manjung. Lepas ronda-ronda dalam AEON, sempatlah singgah sekejap luangkan masa ke pasar malam cuci mata. Sambil-sambil tu, Syu belilah sikit barang-barang mentah untuk buat stok lauk di rumah. Kalau nak tahu, kupang hijau ni antara salah satunya 😋.
![]() |
| Rupa nampak macam unpleasant. Tapi, rasanya memang sedap. Lagi sedap dari yang frozen 😁. |
Masa lalu depan gerai abang jual kupang ni, pada awalnya memang Syu dah ada niat nak beli dalam sebungkus dua. Cadang nak ronda-ronda dululah satu pasar malam. Masa balik nanti baru nak singgah berbeli kononnya.
Tapi, mak Syu cakap jangan tunggu-tunggu. Nanti melepas mak Syu kata. Nasib Syu dengar juga cakap mak. Kalau tidak, memang tak merasalah gamaknya. Sebab masa nak balik, Syu tengok semua kupang-kupang yang abang ni jual dah sold out 😂.
Kalau korang nak tahu, dekat pasar malam Manjung ni memang ada banyak peniaga-peniaga yang jual seafood yang segar-segar. Harganya pun boleh tahan murah juga. Ada yang jual pakai timbang kilo. Jual sepinggan-sepinggan pun ada. Memang berbaloi sangat beli.
![]() |
| Sebelum nak masak & makan kena bersih & cuci betul-betul. Takut kena food poisoning. |
Actually, kupang yang Syu beli ni tak sama macam kupang yang dah diproses macam dekat kedai-kedai frozen nun. Rasanya jauh lebih manis & fresh. Cuma kupang yang baru dituai ni ambil masa sikit untuk dibersihkan.
Sebab kupangnya agak kotor & diselaputi dengan lumut & juga teritip. Malah, cara cuci kupang fresh ni pun kena ada caranya. Kalau tak dicuci dengan bersih, lepas makan confirm akan terkena cika (Muntah, cirit birit & sakit perut 😨).
![]() | |
|
By the way, kalau korang datang ke pasar malam Manjung. Jangan lupa singgah & support abang Shardi ni. Kupang hijau yang dijualnya memang fresh & besar-besar saiznya. Harga pun boleh tahan murah juga - 3 kilo RM10 sahaja. Pada yang nak buat tempahan awal, boleh Whatsapp atau call abang Shardi di talian 013-4898270.
Januari 06, 2023
Farewell Plus Food As Well 😂
![]() |
| DARI KANAN : Big boss, isteri & insan yang diraikan. Muka happy jer nak tinggalkan company 😄. |
Hari ni, hari terakhir teman sepejuangan Syu kerja. Katanya, dia dapat tawaran kerja disalah sebuah badan kerajaan di Kuala Lumpur. Tapi, tak ramai yang tahu dia nak berhenti. Hanya kitaorang yang duduk sama department saja yang tahu pasal ni 😅.
Entah macam mana entah, disaat-saat akhir big boss war-warkan pada staff yang lain & buat keputusan nak buat farewell simple, sekali dengan new year celebration sikit. Maka, ke laut dalam lagilah misi jaga makan kita hari ni. Dah makan, kena makan lagi. Padahal baru lepas lunch sejam yang lepas 🤭.
![]() |
| Semua sedap-sedap makanannya. Tapi, mampu makan sikit saja, sebab dah kenyang 😋. |
Selamat maju jaya & semoga terus sukses!
![]() |
| Hilang seorang geng bertepuk bertampar. Entah siapalah yang gantikan lepas ni. Sudahlah kerusi dia ni kerusi panas 😌. |
Yang pasti, sebelum nak balik, sempat jugalah kitaorang luangkan masa bergambar & bermaaf-maafan. Almaklumlah, last day kan. Entah bila gamaknya dapat jumpa dengan budak ni lagi lepas ni. Walaupun kenal tak lama mana, tapi rasa satu kehilangan jugalah sebab geng gelak ketawa & bertepuk bertampar dah tak ada 😩.
![]() |
| Ini geng lunch berjemaah plus geng membawang 😂. |
By the way, buat adikku Nurin Munirah. Selamat maju jaya & semoga terus sukses ditempat baru & di mana jua kamu berada ya. Lebih kurang minta halal ya. Misal kata hati rasa tak syok dekat sana, jangan lupa cari jalan balik tau 🤭. Kerusi kamu ni kerusi panas. Gerenti sentiasa kosong. Melainkan akak yang take over 🤣.
Kalau ada balik Taiping, jangan lupa pula singgah Ipoh. Roger saja akak-akak mu ini! Kami setia menanti di sini. Lagi satu, kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak tahu update terkini pasal kitaorang dekat office ni, rajin-rajinlah singgah blog Syuderis.com yang tak seberapa ni - Itupun kalau akak ada update 😁💕.
Januari 05, 2023
Taman Alam Kuala Selangor

TAMAN ALAM KUALA SELANGOR | Niat asal nak pergi Bukit Malawati. Tapi, malas pula nak tunggu trem ke sana. Pengunjung pun boleh tahan ramai juga 😅. Penyudahnya, kita ubah haluan ke Taman Alam Kuala Selangor. Dekat sini memang tak banyak orang. Yang banyak cuma lontong kelabu (Trachypithecus cristatus) ni saja 😅.
Di sekitar Taman Alam Kuala Selangor & Taman Malawati ni memang ada banyak spesis lotong kelabu ni. Boleh dikatakan jinak juga lotongnya. Cuma, korang dinasihatkan supaya tidak memberi makan lotong-lotong ni. Sebab ianya dah melanggar fitrah semulajadi haiwan-haiwan ni untuk cari makanan sendiri.
![]() |
| Maknya kelabu. Anaknya oren. Comel! Geram pula tengok. Nak culik bawa balik rumah takut mummy dia marah 😁. |
Kalau tidak, perangainya nanti jadi macam perangai monyet dekat Taman Paya Bakau menghala ke Lumut nun. Serius seram! Suka sangat rampas barang orang 🙄. Dah terbiasa agaknya diberi makan. Bila tak dapat, habis dirampasnya. Mungkin dia ingat makanan dia agaknya.
Harga tiket masuk & waktu operasi
Untuk pengetahuan korang. Lokasi Taman Alam Kuala Selangor ni terletak di bawah kaki Bukit Malawati - Kira-kira 500 meter dari tempat menunggu trem ke Bukit Malawati. Taman ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Harga tiket masuknya tak mahal mana pun. Cuma RM1 untuk kanak-kanak. RM2 untuk warga emas & ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Manakala, RM4 untuk golongan dewasa. Murah kan?
Denai kembara
![]() |
| Pintu masuk Denai Kembara 😁. |
Pada yang sukakan aktiviti trekking. Di sinilah tempat yang sesuai untuk korang. Sambil-sambil keluarkan peluh, boleh cuci mata & tenangkan fikiran dengan tengok kehijauan semulajadi yang ada dalam Denai Kembara ni. Tapi, sebelum korang berhajat nak masuk trekking dalam Denai Kembara ni, sebaiknya korang pakai pakaian yang sesuai.
Jangan jadi macam kitaorang ni. Masuk pakai terjah saja tanpa pakai pakaian yang proper. Selain itu, jangan lupa juga bawa insect repellant ya. Sebab tempatnya memang banyak nyamuk. Bukan apa, takut kena malaria tapioca pula nanti gara-gara dikokak dek nyamuk! 😂
![]() |
| Syok dapat trekking & keluarkan peluh. Tapi, pakaian pula macam tak kena 🤭. |
Actually, kawasan Denai Kembara ni agak luas juga sebenarnya. Syu sendiri pun tak sempat nak jelajah sampai habis. Kalau ikutkan ada banyak check points menarik yang sepatutnya Syu singgah. Tapi, macam malas pula nak jalan jauh 🤣.Jadi, kita surrender sajalah. Kalau korang datang sini, korang jelajahlah sampai habis ya 🤭.
![]() |
| Serba hijau. Sejuk mata memandang 😌💕. |
Lokasi burung-burung hijrah
Taman Alam Kuala Selangor ni sebenarnya merupakan sejenis Hutan Paya Laut. Luas kawasannya lebih kurang 264.81 hektar (646.9 ekar). Kawasan paya ini kaya dengan pelbagai jenis spesies tumbuhan yang menjadi habitat semulajadi kepada haiwan-haiwan yang ada di sini. Termasuklah burung-burung hijrah, terutamanya dari Negara Rusia dan Siberia.
![]() |
| Cantik pemandangan dari atas menara peninjau ni. Terus hilang rasa gayat 😂. |
Dengar cerita, burung-burung ni akan datang ke sini sekitar bulan September hingga April. Nak tengok spesis burung-burung ni dengan lebih dekat? Sebaiknya korang bawa binokular. Senang sikit nak teropong burung-burung ni dari menara peninjau. Nak tahu apa lagi ada di Taman Alam Kuala Selangor ni? Korang kena datang sini 😉💕.
Januari 01, 2023
Nestle Mochi Boba: Akhirnya Dapat Merasa Juga 😋
Hari ni Syuderis.com mulakan lembaran tahun baru 2023 dengan something yang sweet. Macam aiskrim Nestle Mochi Boba ni. Penuh dengan kemanisan 😁. Walaupun aiskrim ni dah lama berada di pasaran & dah di-review ramai. Tapi, Syu tetap nak buat review juga. Almaklumlah, baru ini nak merasa.
Macam biasa. Bila dah habis keviralannya. Maka, freezer kedai-kedai sentiasa penuh dengan aiskrim ni. Dulu, sikit punya jenuh bercari tak jumpa-jumpa. Langsung tak nampak bayang. Sedih tau! Asal buka freezer, sold out belaka aiskrimnya 😩.
Yang tinggal cuma gambar poster depan kedai & sticker harga aiskrim pada cermin peti ais 😅. Memang laku keras betul sampai sold out memanjang. Bila dah habis viral, penuh pula aiskrim ni dalam freezer tak luak-luak.
Sampai tak ada siapa sudi nak beli. Jadi, muka-muka macam kita yang tak pernah try lagi ni juga yang beli sudahnya 😂. Takkan nak tengok saja kan? Orang lain ramai dah cuba. Kita saja yang belum merasa. Nak hilangkan kempunan, cuba jugalah barang sebungkus dua.
![]() |
| Jumpa aiskrimnya dalam freezer TF Valuemart Batu Gajah 😂. |
Jika dibandingkan dengan Wall's Mochi Durian yang Syu makan hari tu. Aiskrim mochi boba ni jauh lebih besar sedikit saiznya, walaupun harganya dah lebih kurang sama macam aiskrim mochi durian hari tu.
Sedap ke?
Pada Syu aiskrimnya boleh tahan sedap jugalah sebenanya. Cuma rasanya agak manis sedikit. Mungkin disebabkan kemanisan brown sugar yang ada pada boba tu agaknya membuatkan aiskrim ni bertambah manis. Tapi, boba dalam aiskrim ni Syu suka. Sebab ada tekstur kenyal-kenyal.
![]() |
| Beginilah rupa asikrimnya. Ditengah-tengahnya ada filling boba. |
Kulit mochinya pun sedap. Nipis & tak terlalu tebal. Memang kenalah dengan tekak. Pada yang belum cuba aiskrim ni, korang kena cuba dalam sebungkus dua. Memang sedap askrim 😋.














