Mac 24, 2024

Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Ipoh 2024

Buffet Ramadhan 2024

BUFFET RAMADHAN IPOH 2024 | Ramadhan 2024 datang lagi. Seperti biasa, buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun pun ada diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan. 


BACA JUGA

Amalan Minum Air Ketika Bersahur

Kurma Apa Paling Mahal & Popular

Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.



SENARAI LOKASI BUFFET RAMADHAN IPOH 2024


Syu yakin. Ramadhan tahun 2024 kali ni, mesti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa style buffet di sekitar Ipoh ni. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di sekitar Ipoh bagi tahun 2024. Bermula dari harga budget sehinggalah ke harga kayangan 😁. 


1) Tok Mat Glamping


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



2) Nostalgia Ramadhan Buffet @ Kinta Riverfront


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



3) Gurindam Ramadhan @ Seri Malaysia


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



4) Citarasa Madani @ Tiffin Restaurant


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



5) Sajian Iftar Warisan Desa @ The Haven


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



6) Citarasa Ramadhan @ Symphony Suite Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



7) Selera Warisan Bonda @ MH Hotel Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



8) Sajian Diari Ramadhan @ MU Hotels


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



9) Iftar Impiana @ Impiana Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



10) Cafe warisan bonda


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



11) Tower Regency


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



12) Selera Rasa Kampung @ D'Atas Restoran 


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



13) D' Marcass Cafe


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



14) Buffet Ramadhan Balik Kampung Miker Signature @ Silveritage


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



15) The Warung Theatre by Nifayyi


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



16) Selera Kampung House of Salai By Naddy


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



17) Buffet Ramadhan Nusantara Klasik @ Casuarina Meru Ipoh

 

Buffet Ramadhan Ipoh 2024



18) Restoran Sajian Sazlee


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



19) Hotel Excelsior Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



20) Iftar Ramadhan Ayu Castle

 

Buffet Ramadhan Ipoh 2024

 


21) Ramadhan Iftar Feast Menate' 


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



22) Gala Rasa Iftar Galasa


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



23) Ramadhan Buffet Royal Perak Golf Club

 

Buffet Ramadhan Ipoh 2024


 

24) Ramadhan Buffet Anjung Tiga


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



25) Buffet Ramadhan Citarasa Warisan Melayu TT Heritage

 

Buffet Ramadhan Ipoh 2024

 


26) US Pizza


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



27) Selera Tradisi Citarasa Warisan @ Zaha Places Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



28) Sushi Buffet Taiyo Bento


Buffet Ramadhan Ipoh 2024



29) Santai-santai Buffet D'Polo Cafe


Buffet Ramadhan Ipoh 2024


[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]



Nak pilih lokasi yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali 🤭💕. Cuma satu Syu nak pesan. Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Apa-apa pun selamat berpuasa Syu ucapkan.

Mac 23, 2024

Sepetang Di Disneyland Ayer Tawar

Disneyland
Nampak sama. Tapi bukan dia 🤭. 


Minggu lepas Syu balik ke Ayer Tawar. Cadang nak repair keretalah kononnya sebelum balik ke Ipoh. Entah macam mana, bengkel tu pula tutup. Nak shoot balik terus ke Ipoh macam awal lagi. So, Syu pun merayaulah ke Disneyland Ayer Tawar. Lama juga Syu tak singgah ke sini sebenarnya.

 

 

Port lepak dengan Sarah


Kalau korang nak tahu, Disneyland Ayer Tawar ni dirasmikan pada tahun 1996 oleh Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yek (8 April 1939 - 22 Disember 2012). Masa tu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Utama Malaysia & juga selaku Ahli Parlimen Beruas. Time tu Syu satu family belum pindah ke Ayer Tawar lagi. Kitaorang semua masih lagi menetap di Selangor. Tahun 2000 baru Syu satu family pindah ke Ayer Tawar.


Disneyland
Penuh warna-warni ya. Siap ada patung Donald Duck besar lagi.


Masa sekolah dulu-dulu, Syu rajin juga bawa adik-adik Syu ronda petang-petang naik motor dekat sini - Tempatnya dah tak jauh dah pun dari rumahSince dah tak ada tempat lain nak dituju. Maka, Disneyland Ayer Tawar ni sajalah tarikan yang ada untuk adik Syu bermain - Taman permainan lain ada. Tapi, macam tak berapa selamat sebab ada banyak anjing.

 

Disneyland Ayer Tawar sekarang ni jauh lebih meriah & nampak lebih teruruslah berbanding dahulu. Ada diletakkan decorations supaya nampak lebih ceria. Monumen Disneyland pun dah dicat baru dengan warna yang lebih menyerlah. Siap ada disediakan kelengkapan untuk bersenam lagi. Kira nampaklah ada perubahan. Orang pun ramai juga datang ke sini beriadah petang-petang.


Disneyland
Tempatnya tak besar mana pun. Tapi, bolehlah kalau nak datang singgah beriadah petang-petang sambil ambil-ambil gambar.



Ada haruman yang tak best!

 

Disneyland
Tak sanggup nak pergi dekat. Hancing sangat! Kita mampu bergambar dari jauh saja 😂.


Actually, tempatnya memang dah cantik dah. Cuma yang tak best tu bila masuk dalam kawasan monumen Disneyland ni. Dia punya bau tu bukan main hancing - Dari luar pun dah boleh hidu dah baunya. Kalau masuk tengok dekat dalam, boleh nampak melakung air kencing. Syu tak fahamlah dengan orang yang jenis suka kencing merata macam 🐕 ni. Tak ada manners langsung.



Lepas ni tolonglah ya. Jangan buat perangai macam ni. Huduh tau orang tengok! Dari dulu sampai ke hari ni. Hancing sesaja dalam monumen Disneyland ni. Kita datang sini nak santai-santai hirup udara segar. Boleh pula spray merata-rata. Kalau wangi macam bau perfume tak apa juga. Ni tak. Hancing pering baunya!

Mac 20, 2024

Subsidi Tepung Tamat Tahun Ini 🥹

Tepung gandum bersubsidi
SUMBER FOTO : Bukalapak.com

 

Dengar cerita, subsidi tepung dari kerajaan sampai tahun ni saja. Siapa yang berniaga barang pemakan berasaskan tepung tu, mesti rasa terkesan gila. Tanpa subsidi daripada kerajaan, korang faham-faham sajalah. Harga barang mentah dah tentu-tentu akan naik.

 

Yang rajin membeli tu jangan cakaplah. Lepas ni, mungkin korang tak akan jumpa dah kuih 5 ketul harga RM2. Almaklumlah, kos bahan mentah dah meningkat. Nak cover balik kos, terpaksalah peniaga-peniaga naikkan harga jualan juga.



Apa-apa pun mohon bertabah banyak-banyaklah ya rakyat Malaysia semua. Ini semua ujian. Terpaksalah kita jadi lebih indipendent tanpa mengharapkan subsidi dari kerajaan lagi. Lepas ni, tak tahu subsidi apa lagi yang bakal dimansuhkan pula - SEKADAR LUAHAN


Mac 19, 2024

10 Buffet Ramadhan Terbaik Sekitar Manjung Sitiawan & Lumut 2024

Bila menjelangnya Ramadhan. Seperti biasa, buffet Ramadhan dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa yang bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun bakal diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan. 


BACA JUGA

➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur

➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular

➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan 



Di sekitar daerah Manjung ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.



SENARAI BUFFET RAMADHAN TERBAIK SEKITAR MANJUNG SITIAWAN & LUMUT


Syu yakin. Mesti ramai yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar daerah Manjung ni kan? Berikut Syu senaraikan 10 buffet Ramadhan terbaik sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut untuk tahun 2024 😁. 

 

1) Buffet Ramadhan Menggamit Nostalgia @ Kopee Paste x Lumut Hotspot


Buffet Ramadhan 2024 Perak



2) Berbuka Puasa Hotel Sfera


Buffet Ramadhan 2024 Perak

 

 

3) Selera Kita @ Ritz Garden Hotel Manjung


Buffet Ramadhan 2024 Perak



4) Onetee Kitchen Ramadhan Buffet


Buffet Ramadhan 2024 Perak



5) Nostalgia Ramadhan Marina Island


Buffet Ramadhan 2024 Perak



6) Sajian Nostalgia Hotel Orient Star


Buffet Ramadhan 2024 Perak



7) Prime Steak & Grill Buffet Ramadhan


Buffet Ramadhan 2024 Perak



8) Buffet Ramadhan Dapur Cik Wina


Buffet Ramadhan 2024 Perak



9) Ramadhan Buffet Deif Cafe


Buffet Ramadhan 2024 Perak



10) Buffet Ramadhan Restoran Walid & Ummi


Buffet Ramadhan 2024 Perak