Mac 23, 2022

Tips Menulis Blog Terbaik 2022

Writing blog articles

Tulis penat-penat. Tapi yang membacanya boleh dikira dengan jari. Susah sangat ke menulis artikel blog ni sampai tak ada orang nak baca? Padahal konten dah padu & meletup. Di mana silapnya? Di sini Syu senaraikan tips menulis blog yang menarik & mesra carian enjin (search engine) supaya korang boleh :


  • Meningkatkan trafik blog

  • Menjadikan artikel yang korang tulis keywords friendly di enjin carian

  • Digemari audiences setiap masa



1) TOPIK & TAJUK

Nak pilih topik & tajuk pun tak boleh sembrono ya. Tambah-tambah pada penulis blog yang menjadikan menulis ni sebagai kerjaya sepenuh masa & sumber pendapatan. Jadi, pilihlah topik & tajuk dengan sebaik-baiknya untuk artikel yang bakal ditulis pada blog.



Topik blog yang macam mana yang sesuai? 

Intipati utama kepada perkara yang ditulis di blog kita panggil sebagai topik - Cth : Resepi, advertorial, sukan, tutorial, hiburan dll. Untuk pemilihan topik sebaiknya kita pilih topik yang :


  • Ada kaitan dengan niche blog
  • Menarik & diminati pembaca
  • Trending & evergreen untuk jangka masa yang lama - Topik yang tak lapuk dek hujan & tak lengkang dek panas. 


Think
SUMBER FOTO : GoHighBrow



Nak pilih tajuk yang macam mana? 

Tajuk blog merujuk kepada judul utama (Headlines) yang bakal korang tulis pada blog. Pemilihan tajuk blog yang betul & tepat sememangnya sangat membantu dalam meningkatkan trafik blog. Sebaiknya, tajuk yang dipilih mestilah :


  • Menarik & menonjol - Fokus pada keywords pertama & tiga keywords yang terakhir (Salesforce.com)
  • Ringkas & padat - Sebaiknya kurang dari 10 patah perkataan

  • Mengandungi keywords yang ada permintaan di enjin carian (Search engine)
  • Mempunyai keywords yang mesra carian (Organic search)


Sebelum menulis tajuk artikel pada blog, ambil pusing juga soal keywords terlebih dahulu. Supaya korang boleh kenal pasti tajuk artikel yang macam mana yang dicari & trendingKeyword yang mesra carian menentukan sejauh mana posisi artikel korang dalam enjin carian.


Sekiranya keywords pada tajuk yang korang tulis mesra carian. Maka, tajuk entri blog korang akan dipaparkan pada ranking teratas dalam senarai cadangan search engine. Ini sekaligus membuktikan yang tajuk korang tu sangat-sangat organik.


Sebaiknya korang buat keywords research  terlebih dahulu supaya korang tahu topik & tajuk yang macam mana yang audiences suka cari & baca. Sekurangnya korang tak rasa rugi dengan feedback yang bakal korang terima dari hasil artikel yang korang dah terbitkan.



2) SAIZ & JENIS TULISAN (Fonts)


Tips menulis artikel blog
Sumber Foto : Renderforest.com


Mungkin pada pandangan mata kita, saiz & jenis fonts yang digunapakai dah cukup terbaik untuk artikel yang kita dah tulis. Hakikatnya, tidak pada sudut pandangan pembaca.


Jenis tulisan yang serabut & terlampau fancy sebenarnya menyakitkan mata & menyukarkan pembaca untuk memahami artikel yang dah ditulis. Jadi, pilihlah jenis tulisan yang bersesuaian. Begitu juga dengan saiznya. Tulisan terbaik adalah tulisan yang :


  • Menonjol & menyerlah
  • Tulisan yang minimalis & mesra mata - Cth: Roboto, Georgia & Trebuchet

  • Elakkan tulisan berangkai & berkerawang - Cth : Sacramento, Parisienne & Pinyon Script
  • Saiz yang sesuai untuk dibaca di skrin dekstop/laptop & telefon - 16 pt & ke atas adalah pilihan yang terbaik



3) FORMAT PENULISAN

Menulis artikel di blog tak sama seperti kita menulis karangan masa sekolah dedulu. Ianya bebas  & tak terikat pada apa-apa format spesifik pun. 


Secara kasarnya, masih ada diselitkan elemen asas penulisan seperti PENGENALAN, ISI & PENUTUP/KESIMPULAN dimasukkan ketika menulis. Selebihnya bergantung kepada strategi penulis untuk tarik minat pembaca. Tapi sebaiknya artikel yang ditulis hendaklah :


  • Mudah dibaca & difahami
  • Mempraktikkan penggunaan H1,H2,H3 (Headings, subheadings & paraghraph) dengan betul semasa menulis
  • Di highlight kata kunci & poin utama - Penggunaan bold, italic, underline mahupun mengubah warna & latarbelakang (Text color & text background color) sangat digalakkan bagi menyerlahkan poin yang cuba hendak disampaikan kepada pembaca
  • Gunakan bulleted & numbered list

  • Ayat yang ringkas, padat & jelas

  • Menggunakan tanda baca yang betul
  • Perenggan pendek & tidak terlalu panjang
  • Gunakan singkatan & istilah/jargon yang mudah difahami pembaca - sebaiknya sertakan sekali pautan luar untuk makna perkataan & istilah tu



4) PENGGUNAAN IMEJ & VIDEO

Asyik baca tulisan saja membosankan juga. Sekali sekala kena selitkan juga beberapa keping gambar mahupun video dalam artikel supaya pembaca rasa terhibur & stay lebih lama untuk membaca artikel korang sampai habis. Selain itu juga, pengunaan imej seperti infografik, gambarajah, grafik statik & beranimasi (Cth : GIF) sangat berkesan untuk memudahkan pemahaman pembaca.


Tips menulis artikel blog
SUMBER FOTO : Blogtyrant.com


  • Gunakan saiz & skala imej yang bersesuaian - Imej yang bersaiz besar menyebabkan blog lambat loading

  • Format imej yang terbaik & cepat loading - JPEG, WEBP atau AVIF

  • Imej yang ada kaitan dengan tajuk artikel - Cerita pasal makanan. Tiba-tiba dalam entri muncul gambar binatang. Memang tak kena langsung.

  • Jelas & tidak blur

  • Grafik statik & bergerak mampu meningkatkan pemahaman pembaca

  • Responsif untuk dipaparkan dalam apa jua mode



5) IKLAN

Selit iklan pada artikel memang bagus. Sebab dari iklan itulah penulis blog dapat menjana pendapatan. Tapi harus diingat satu perkara. Nak selitkan iklan pun kena berpada-pada juga. Kalau boleh, pastikan iklan yang diletakkan jangan sampai mengganggu konsentrasi & merimaskan pembaca untuk membaca.



Artikel mahupun blog yang terlampau sarat dengan iklan, boleh menyebabkan pengunjung jadi serik untuk membuat kunjungan. Kalau boleh, dalam satu artikel paling kurang selitkan 3-4 iklan (In-article ads) sahaja. Bergantung kepada panjang artikel yang korang tulis. Jangan tamak letak iklan. Sebab ketamakkan tu akan mempengaruhi mood pembaca yang membaca.


Cuba belajar letakkan diri korang pada situasi si pembaca. Sudah semestinya korang akan berasa rimas & menyampah tengok iklan yang melampau-lampau kan? Tambah-tambah pop up ads yang suka muncul tiba-tiba & bukan-bukan hala pada artikel. Tak salah nak letak iklan pada artikel & blog. Cuma jangan melampau-lampau.



6) PENGGUNAAN CTA (Call-to-action)

Pernah dengar YTubers cakap - "Jangan lupa tekan butang LIKE, SHARE & SUBSCRIBE"? Kalau korang nak tahu itu antara salah satu contoh call-to-action (CTA) yang dilakukan secara verbal untuk galakkan audiences bagi sokongan. Bila diajak & disuruh semestinya akan ada tindakan susulan dari audiences korang.


Tips menulis artikel blog
Sumber Foto : Marketing91.com


CTA tu apa?

CTA tu sebenarnya merupakan ajakan & galakkan kepada audiences untuk bertindak lebih lagi pada artikel yang telah ditulis pada halaman blog. Kita sedia maklum yang menulis di blog tak sama seperti kita berkomunikasi secara verbal. Bila kita nak audience bagi respon. CTA antara salah satu caranya.


Misal kata korang ada tulis satu artikel ni. Tapi artikelnya macam dah sendu. Gunakan CTA ni supaya artikel sendu korang tu hidup kembali. Jangan lupa sertakan pautannya sekali supaya pembaca korang senang nak baca.


Bila penggunaan CTA korang berkesan, secara automatik korang berjaya menarik minat pembaca untuk stay lebih lama di halaman blog. Bermula dari satu halaman, pembaca akan pergi ke halaman yang lain. Antara contoh CTA yang selalu digunakan pada artikel :



➣ BACA JUGA



Penggunaan CTA yang betul bukan sahaja dapat meningkatkan pageviews. Malah, dapat mengoptimumkan peratusan bounce rate blog - Bounce rate optimum adalah dalam linkungan 26% - 40%. Nak letak CTA pun mesti kena dengan caranya juga. Sebaiknya CTA :


  • Diletak pada tempat yang sesuai

  • Ringkas & sederhana
  • Tidak terlampau kerap diletakkan pada artikel atau pada halaman blog - 2 ke 3 CTA sudah memadai untuk satu-satu artikel



7) PENULISAN YANG SANTAI & BERSAHAJA

Penulisan yang santai & bersahaja memudahkan penyampaian serta memudahkan pemahaman pembaca. Tapi, harus dititik beratkan juga dari aspek penggunaan bahasa supaya artikel yang ditulis tu mudah untuk dialih bahasa.


Harus diingat, pembaca blog tak semestinya dari negara kita. Ada juga pembaca dari negara luar. Jadi, tulislah artikel menggunakan bahasa & ayat yang mudah diterjemah oleh Google translate supaya pembaca dari luar dapat memahami setiap bait ayat yang ditulis pada artikel.


Kesimpulannya, penulisan entri yang menarik bukan sahaja dapat mengekalkan mood & minat pembaca untuk stay lebih lama di halaman blog korang. Malah, ianya sekaligus dapat meningkatkan pageviews juga. Blog yang mempunyai hasil penulisan yang menarik, mesti takkan putus dengan audiences.Jadi, teruskan menulis artikel blog yang menarik & berkesan.




Sumber Rujukan


Tips creating great blog - Hostgator

15 Types Of Blog Post Titles That Get Clicked - LoctionRebel

Types of CTAs : 6 Types of Call to Action - Active Campaign

What Is Bounce Rate and What Is a Good Rate? -Semrush

Mac 22, 2022

Sushi King : Lepas 6 Tahun Baru Jejakkan Kaki

Sushi

Semalam Sushi King Bonanza dah start. Memandangkan Syu dah lama tak makan sushi di Sushi King . Maka, lepas balik kerja semalam Syu terus shoot pergi ke Aeon Station 18. Lagipun bukan selalu dapat peluang makan sushi bonanza di Sushi King ni.



Bila ada promosi macam ni barulah dapat merasa. Bukan apa, sekali sekala teringin juga nak makan sushi premium & duduk makan dalam restoran berhawa dingin macam Sushi King ni. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok makanan lalu lalang depan mata 😁.


Sushi King
Masa ni dah lenggang sikit sebab ramai yang dah balik 🤭.


Seperti biasalah. Bila ada promosi sushi bonanza di Sushi King sambutannya memang meriah tak terkata. Keluar satu famili. Masuk lagi satu famili. Tak putus-putus orang datang. Sampai beratur pun ada. Setiap masa meja makan di Sushi King ni fully occupied dengan pelangan. Cuma meja Syu jer sendu. Sebabnya Syu pergi makan seorang sahaja tak bawa partner 😅. 



Sushi Dulu Vs. Sekarang

Agak lama juga Syu tak makan sushi di restoran Sushi King ni sebenarnya. Kali terakhir jejakkan kaki di Sushi King ni masa tahun 2016. Itu pun sebab kawan sepejabat Syu yang ajak. Kalau tak sampai ke sudah tak pernah jejakkan kaki ke Sushi King ni.


Sushi King

SUMBER FOTO :
The Rakyat Post


Memang jauh berbeza Sushi King dulu & sekarang. Dulu logo ikannya togel tak berbaju. Sekarang dah ada baju belang-belang ya. Slogan pun dah bertukar juga. Sebelum ni "Smiling, served fresh". Sekarang dah bertukar ke "Your happy sushi place".


Servis & layanan pun jauh ke hadapan sedikit berbanding 6 tahun lepas. Dulu nak makan ada orang entertain ambilkan pesanan. Sekarang tak payah. Semuanya pesanan dibuat dihujung jari sahaja. Tekan-tekan dekat tablet. Lepas tu, pesanan yang kita pesan pun sampai di meja makan.



Tak Mampu Nak Makan Banyak

Sebenarnya tak sampai 45 minit pun Syu duduk makan dalam restoran Sushi King tu. Masuk pinggan ke 6 Syu dah give up dah. Kenyang punya pasal. Kalau ikutkan, sebelum masuk ke restoran Sushi King tu Syu target nak makan 10 pinggan.


Dalam kepala otak dah fikir siap-siap dah nak makan set sushi pinggan purple sahaja. Alih-alih, pinggan pink juga yang banyak dekat atas meja 😂. Sushi pinggan purple mampu makan 2 set sahaja sebab rata-rata sushi yang lalu depan mata Syu banyak yang Syu tak berkenan 😆. Memang tak tercapailah target Syu makan sushi di Sushi King ni nampak gayanya.


Sushi King
First round 😋🍣.

Ingatkan nak take a break sekejap dalam beberapa minit. Tapi malangnya, tekak & perut Syu macam dah tak mampu menerima 😂. Penyudahnya Syu tutup sesi makan sushi Syu dengan 1 set pencuci mulut - SK Puding with Milo 🍮. Jadilah 7 pinggan kesemuanya.



Harga kesemua makanan yang Syu makan semalam tak sampai pun RM30 tau 😅. Masa bayar bil semalam rasa macam menyesal pun ada sebenarnya. Rasa rugi! Rugi sebab tak mampu nak makan banyak.


Sushi King
Syu paling suka sushi Chuka Idako 😋🍣.


Sepatutnya time promosi sushi bonanza ni lah nak kena makan lebih sushinya kan? Tambah-tambah sushi pinggan purple yang mahal tu. Patutnya sushi yang mahal tu di aim dulu. Tapi apakan daya. Perut Syu dah sendat 😩. 



Ini tidak. Betul-betul dapat masuk betul-betul 6 pinggan sushi sahaja. Sudahlah banyak pinggan pink pula tu 🤣. Memang betul-betul rugi. Ini kalau pergi makan style buffet lagi rugi. Sebab tangki tak cukup besar.

Aiskrim Nestle La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt

Nestle La Cremeria

Semalam review pasal aiskrim Yogurt Smoothie Strawberry. Pagi ni Syu nak sambung review pula pasal aiskrim terbaru keluaran Nestle ni - La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt. Sedap ke tidak aiskrimnya macam yang diiklankan di TV tu?



Harga Aiskrim


Harga aiskrim ni boleh tahan mahal juga ya kawan-kawan. Sebungkus harganya RM4.00 😁. Kalau nak tahu, aiskrim ni Syu beli di kedai Mesra. Di kedai lain Syu tak pasti berapa harga runcit yang diletakkan. Mungkin sama juga agaknya.


Nestle La Cremeria


Niat di hati asalnya nak cuba juga aiskrim Musang King. Bila fikir aiskrim Chocolate Brownies Fudge With Seasalt ni aiskrim terbaru. Jadi, Syu pun cuba sajalah. Aiskrim Musang King tu nanti-nanti pun Syu boleh cuba. Lagipun, aiskrim baru keluar ni memang cepat habis. Tambah-tambah bila dah diviralkan 😅.



BACA JUGA : 



AWAS : Aiskrimnya Ada garam laut 


Tengok iklan di TV macam gempak kan? Hakikatnya, tak ada lah sedap mana pun rasanya. Sejujurnya, aiskrim ni lagi sedap bila tak ada garam laut tau. Bagi Syu, kewujudan garam pada aiskrim ni agak menggangu sikit Syu punya taste buds.



Mula-mula makan tu macam okey. Tapi bila sampai part rasa masin garam tu, automatik jadi tak boleh nak menerima pula 😅. Agak lain macam ya dia punya rasa. Yang ada darah tinggi better elakkan. Memang terasa garamnya. Syu boleh terima aiskrim ni punya coating luar sahaja.



Nestle La Cremeria
Kulit luarnya sedap. Tapi isi dalamnya lemak manis & masin 😅


Memang tak dinafikan yang aiskrimnya coklatnya sedap. Tapi, rasa garam yang hujung-hujung tu yang menjadikan aiskrim ni rasa pelik. Dari segi gabungan rasanya tu macam ada something wrong 😅.



Ini review jujur Syu lah ya pasal aiskrim ni. Mungkin citarasa semua orang tak sama. Ada yang kata sedap & ada yang kata tak sedap. Bergantung pada selera & tekak masing-masing.


Sejujurnya, tekak Syu memang tak boleh nak menerima. Walaupun Syu peminat coklat, tapi hakikatnya bukan pada aiskrim Nestle La Cremeria Chocolate Brownies Fudge With Seasalt ni. Boleh beli. Tapi untuk repeat lagi mungkin tidak 😅. 



[P/S : Aiskrim ni Syu mampu makan separuh & habiskan coating luarnya sahaja. Itupun Syu kongsi dengan husband. Selebihnya Syu terpaksa buang. Sorry aiskrim 😞] 

Mac 21, 2022

Sushi Bonanza 2022 Kembali!

Sushi king bonanza

Kon'nichiwa burogā no tomodachi! Hari ni nak kongsi satu berita gembira buat penggemar-penggemar makanan Jepun. Bukan apa, takut ada yang terlepas pandang & terlupa. Kalau nak tahu, di Sushi King hari ni ada promosi sushi Bonanza. Promosi ni diberikan khusus buat ahli Sushi King yang berdaftar 😁.



Tempoh berlangsungnya sushi bonanza ni tak lama. Cuma 3 hari sahaja. Bermula dari hari ini sehingga 24 Mac 2022. Dengar cerita semua sushi on the kaiten cuma RM3 sahaja untuk sepinggan - Tak termasuk service tax. Memang berbaloi sangat tu. Bolehlah makan puas-puas. Tambah-tambah sushi yang pinggan purple tu. Selalunya pinggan purple tu yang paling jahat. Jahat sebab sedap & mahal 😅.


Sushi King bonanza 2022
Mengikut terma & syarat


Nak enjoy sushi bonanza dengan harga ahli? Pastikan korang daftar sebagai ahli Sushi King terlebih dahulu di aplikasi Sushi King My. Pendaftaran adalah PERCUMA. Jangan lepaskan peluang ni okay. Bukan selalu Sushi King nak buat sushi bonanza 😁.