November 30, 2022
Zus Coffee : Cara Order & Claim Voucher
![]() |
| Roti, kek & muffin pun ada dijual kat sini 😋. |
Kopi Jalanan dekat Tambun sana Syu dah cuba. Kopi candu Station 18 pun dah perkena. Kali ni kita try Zus Coffee pula. Nak tahu juga mengancam ke tidak rasa kopinya 🤭. Sebab ramai yang kata kopinya sedap.
Memandangkan Zus Coffee ada buat promosi BUY1FREE1. Maka, kita gigihkan diri download aplikasinya di Playstore - Nak minum kopi percuma kenalah usaha sikit kan? Nanti tak merasa 😆.
![]() |
| Iced Caramel Machiato untuk Syu & Salted Caramel Frappé untuk encik suami 😋. |
Actually, ini baru pertama kali Syu cuba air kopi dari Zus Coffee ni. Jadi, kita pesan air yang kita familiar & biasa minum saja. Nanti beli perisa yang pelik-pelik, takut kecewa pula 😂.
Seperti biasa. Kopi untuk encik suami, Syu ordered Frappé yang ada Salted Caramel. Untuk Syu pula, semestinya Iced Caramel Machiato 😊.
Macam mana nak order?
Pada yang pertama kali nak cuba Zus Coffee. Korang layak untuk claim voucher promosi BUY1FREE1. Dengan syarat korang buat pesanan menggunakan aplikasi Zus Coffee.
Actually, senang saja nak buat pesanan & claim voucher percuma di aplikasi Zeus Coffee ni. Hanya perlu :
- Download aplikasi Zus Coffee
- Daftar akaun
- Follow 3 langkah mudah ni untuk buat pesanan & claim voucher
![]() |
| LANGKAH 1 : Pilih lokasi Zus Coffee yang berhampiran |
![]() |
| LANGKAH 2 : Pilih menu pilihan korang & tambah ke troli pembelian |
![]() |
| LANGKAH 3 : Masukkan kod voucher & buat pembayaran |
Selesai submit order, korang terus boleh datang pickup & enjoy korang punya kopi. Tak payah susah-susah beratur panjang lagi. Senang kan? Servisnya pun boleh tahan pantas juga 😁💕.
Pada Syu, aplikasi Zus Coffee ni sangat mesra pengguna & tak lokek dengan rewards - Kena rajin login & collect points 🤭. Jadi, buat pengemar kopi. Tunggu apa lagi? Jom kita mengopi!
Pada yang tak suka kopi. Jangan risau. Korang masih boleh pilih minuman yang lain. Sebab menu di Zus Coffee ni tak terhad kepada menu berunsurkan kopi sahaja. Di Zus Coffee ada juga minuman yang berunsurkan teh, buahan-buahan & juga coklat.
November 27, 2022
Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? 🤔
Tak tahu nak ke mana lagi bila dah sampai Ipoh? Korang boleh singgah di salah satu Ipoh Heritage Trail ni. Concubine Lane nama tempatnya. Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Pekan Lama Ipoh & dibuka kepada pengunjung seawal 7 pagi.
Sejarah Concubine Lane
Concubine Lane atau dalam bahasa Melayu-nya kita panggil "Lorong Gundik" ni sebenarnya merupakan rumah warisan tinggalan Imigran Cina. Rumah-rumah ni telah wujud sejak tahun 1908 lagi.
![]() |
| Waktu ni tak ramai orang. Sebab Syu datang masa hari bekerja 😁. |
Suatu ketika dahulu, lorong ini terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian & rumah pelacuran. Malah, lorong ni juga dijadikan tempat taikun-taikun Cina menyimpan perempuan simpanan/gundik & isteri kedua.
Kini, lorong ni telah diberi nafas baru & ianya bebas dari sebarang aktiviti tidak bermoral. Malah, ia dibuka kepada pelancong dengan pelbagai tarikan yang menarik.
Apa yang menarik di Concubine Lane?
Waktu hujung minggu, Concubine Lane ni memang sarat dengan pengunjung. Jadi, kalau nak datang ke sini, sebaiknya korang datang awal atau datang pada hari biasa. Kalau tak, memang stuck korang dekat dalam lorong ni 😂.
![]() |
| Rambang mata bila masuk ke sini tau 😂. |
Selain Pasar Karat Loken, Concubine Lane ni juga antara TARIKAN UTAMA pengunjung-pengunjung yang datang ke Ipoh. Kalau korang nak tahu, lorong sepanjang 100m ni menempatkan pelbagai kedai cenderahati, street foods, kafe, kedai pakaian & aksesori. Antara tarikan menarik yang ada di sini :
1) Blue sand museum
Bila korang masuk ke Concubine Lane, korang akan nampak ada seekor dinosaur terpacak dekat satu kedai ni. Blue Sand Museum namanya. Kedai ni jual barangan cenderamata - Mostly keychain. Yang uniknya, keychain-nya dibuat dari sejenis pasir yang boleh glow in the dark. Memang cantik! 😊💕
![]() |
| Jangan lupa singgah ke Blue Sand Museum ni. Masuk percuma 😊. |
2) Platform 9½ Cafe
Platform 9½ Cafe yang diinspirasi dari filem bersiri Harry Potter ni antara tarikan menarik yang ada di Concubine Lane ni. Tempatnya cantik & mesra foto juga. Pada yang suka bergambar tu memang sesuai sangatlah pilih kafe ni. Cuma Syu tak berapa pasti samada kafe ni berstatus halal atau tidak 😅.
3) Roti bakar pelangi KUMA
Dengar cerita, KUMA ni famous dengan roti bakar pelanginya. Tapi, Syu tak berani nak beli. Sebab tak pasti halal ke tidak 😂.
![]() |
| Macam sedap. Tapi, tak berani nak cuba 😂. |
4) Bahulu Rose Hill @ Laksa-Mana
Kuih bahulu kalau makan panas-panas memang sedap kan? Nak-nak kena bahulu yang gebu, lembut & sedap. Manis pun sedang-sedang saja. Dekat Concubine Lane ni ada satu kedai jual kuih bahulu panas-panas. Kedainya betul-betul depan Laksa-Mana. Bahulu Rose's Hill namanya. Pada Syu, memang tak rugi beli. Sebab bahulunya memang sedap. Beli sikit confirm tak cukup 😂.
![]() |
| Makan sebiji terus rasa tak cukup. Sanggup patah balik beli satu container terus 😂. |
Actually, ada banyak lagi tempat menarik di Concubine Lane ni. Cuma Syu tak sempat nak explore habis. Yang pasti, dalam bab makan korang sendiri kena pandai pilih. Sebab kebanyakkan yang berjual di sini mostly peniaganya bukan muslim.
Jadi, sebelum nak beli & makan. Teliti & selidik dulu betul-betul samada halal atau tidak. Even pork free & alcohol free pun belum tentu 100% meyakinkan 😅. Apa-apa pun tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya selera ya. Kalau ikut selera memang on saja.
November 20, 2022
Bay Yanlış [2021]
Genre :
Tahun 2017 yang lalu diorang berdua pegang watak Nazli & Ferit dalam drama bersiri bertajuk Dolunay. Kali ni sekali lagi!! Pasangan ni digandingkan bersama untuk drama yang bertajuk Bay Yanlış (Mr.Wrong). Suka tau bila diorang berdua ni berlakon. Seorang cantik & seorang lagi kacak. Memang sama padan bila digandingkan bersama. Watak yang dimainkan pun nampak hidup & bersahaja.
Untuk drama bersiri Bay Yanlis kali ni. Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Ezgi yang terlampau desperate nak kan pasangan dalam hidup. Selepas ditinggalkan kekasihnya. Dia terpaksa membawa dirinya untuk tinggal di tempat yang baru supaya dia dapat melupakan segala kesedihannya. Bermula dari situlah dia mula berkenalan dengan jejaka bernama Ozgur yang juga merupakan jiran sebelah rumahnya.
Nak dijadikan cerita. Ahli keluarga Ozgur sedang berusaha mencari pasangan hidup untuknya. Malangnya, Ozgur masih belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Jadi, dia berpakat dengan Ezgi untuk berpura-pura menjadi pasangan kekasihnya.
Dari situ hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat & bibit-bibit cinta pun mula berputik. Tapi, lama kelamaan tembelang Ozgur & Ezgir ni pecah. Jadi kedua-dua belah keluarga Ozgur & Ezgir tak merestui hubungan diaorang berdua. Nak tahu sejauh mana mana hubungan Ozgur & Ezgir ni berakhir. Korang kena tonton sendiri drama ni sampai habis/ Sejujurnya, drama ni memang best 😊💕!
November 19, 2022
Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog

Kehabisan idea nak tulis blog macam Syu 😅? Jom kita pakat ramai-ramai sertai giveaway anjuran
blogger Syazni Rahim ni. Syarat penyertaannya mudah sahaja & terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
SYARAT PENYERTAAN
- CREATE ENTRI bertajuk "Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog"
- COPY & PASTE banner giveaway pada blog
- BACKLINK banner ke entri giveaway
- Jangan lupa TINGGALKAN link penyertaan di ruangan komen pada entri giveaway
Nak tahu lebih lanjut lagi pasal giveaway ni. Korang boleh klik pada banner. Untuk makluman korang. 3 pemenang yang bertuah akan dipilih secara UNDIAN RAWAK & bakal menerima hadiah MISTERI. Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Pada yang dah sertai - ALL THE BEST! 😊💕



.gif)
.gif)








