Cara Buat Air Soya Sedap & Tahan Lama Sendiri

April 08, 2022

Buat air soya homemade ni tak susah mana pun sebenarnya. Bahan-bahan pun murah & senang nak dapat di kedai. Cuma kalau tak betul cara pembuatannya, air soya mungkin tak tahan lama & cepat basi. Disebabkan hal inilah, ramai yang putus asa nak buat & pilih untuk beli soya dalam kotak.


Berbeza dengan air soya kotak. Selagi mana kita tak buka seal pada kotak minuman, selagi itulah airnya tahan lama. Lagipun dalam air soya kotak ada mengandungi bahan pengawet. Jadi tak hairanlah kalau air soyanya lambat basi & boleh tahan sampai berbulan-bulan 😁. 



Kebiasaanya, kesegaran & kesedapan air soya homemade mampu bertahan ±4 hari sahaja bila diletakkan di bahagian chiller. Kalau letak pada bahagian sejuk beku, jangka hayatnya mungkin lebih. Bergantung kepada cara pembungkusan & penyimpanan air soya tu.



Selalunya kalau Syu buat air soya, memang tak pernahlah cecah sampai 3 hari. Nak masuk hari kedua dah licin licau air soyanya. Almaklumlah, di rumah ni memang ada peminat air soya. Buatlah seperiuk besar, tetap juga habis 😂.



Cara buat air soya homemade


Jadi, macam mana nak buat air soya homemade yang sedap serta boleh tahan lama tanpa bahan pengawet? Berikut Syu kongsikan resepi beserta tipsnya supaya lepas ni korang boleh buat sendiri air soya kegemaran korang di rumah. 


Untuk resepi air soya ni Syu tak letak gula ya. Memang sengaja Syu biarkan kosong supaya air soyanya boleh tahan lama bila disimpan. Waktu nak minum nanti baru letakkan air gula. Air soya ni Syu buat pekat sikit supaya airnya tak nampak ceroi bila diletak ais & air gula. 



BAHAN-BAHAN


500g - Kacang soya 

4 Liter - Air tapis

1 Hiris - Halia

Garam secukupnya

5 Helai - Daun pandan (Disimpul)



CARA-CARA


1) Rendam kacang soya sehingga betul-betul kembang - 4 ke 5 jam. Lagi lama lagi bagus. 

2) Kisarkan kacang soya sehingga halus bersama air tapis - Nisbah 1:3

3) Asingkan pati soya dari hampas dengan menggunakan penapis teh - Gunakan penapis yang jenis kain. Hampas boleh guna 2x.


Sebelum masak, buang dulu buih-buih halus ni. 


4) Buangkan semua buih-buih halus yang ada dipermukaan air soya

5) Masukkan ke dalam periuk & kemudian masukkan daun pandan, garam serta hirisan halia


Bila letak hirisan halia, air soya akan jadi tahan lama & perut tak senang kembung bila minum 😋.

6) Masak air soya sehingga mendidih sepenuhnya

7) Tutupkan api & kacau air soya sehingga air soya menjadi suam bagi mengelakkan lapisan atas soya mengeras menjadi fucuk

8) Tapiskan air soya sekali lagi supaya tak ada ketulan-ketulan soya & hampas

9) Letakkan air gula & sedia untuk diminum



Misal kata korang nak buat soya versi bandung. Korang boleh tambahkan pewarna merah ke dalam air soya ni. Tapi pastikan pewarnanya korang letak selepas air soya dah masak. Untuk resepi air soya ni, korang juga boleh gunakan untuk buat taufufah & taufu. Cuma ada bahan tambahan lain yang korang perlu tambah pada air soya ni.



➣BACA JUGA



Tips air soya sedap & lambat basi


Air soya ni sensitif & mudah basi bila tak kena cara pembuatan & penyimpanannya. Jadi macam mana nak bagi air soya lambat basi & tahan lebih lama selain sedap untuk di minum. Ini tipsnya :


  1. Gunakan kacang soya yang elok & berkualiti
  2. Untuk hasil perahan air soya yang optimum, gunakan kacang soya yang betul-betul kembang
  3. Gunakan bekas yang bersih
  4. Gunakan air bertapis
  5. Masak air soya sehingga betul-betul mendidih
  6. Jangan terus ditutup air soya yang baru masak dengan penutup. Nanti air soyanya cepat basi. 
  7. Lepas air soya dah suam-suam kuku/sejuk, simpan terus di dalam peti ais menggunakan bekas yang bersih & bertutup
  8. Lebihkan daun pandan untuk hasil air soya yang wangi & sedap
  9. Masukkan beberapa sudu kecil garam untuk menaikkan rasa lemak air soya & melambat air soya dari cepat basi
  10. Seeloknya, air soya dibiarkan kosong tanpa gula sebab gula merupakan makanan & penggalak kepada pertumbuhan bakteria


Resepi air soya ni bukan saja sesuai untuk minum sendiri. Nak buat berniaga pun boleh sebab air soyanya tahan lama & lambat basi. Syu yakin, lepas korang guna resepi ni. Takkan ada lagi isu soya cepat basi. Apa-apa pun selamat mencuba 😊💕. 

Comments

  1. Nak senang jugak kalau dibuat sendiri. Tapi biasa beli je. Hehe

    BalasPadam
  2. selalu kalau nak minum air soya beli kotak je , tak pernah buat

    BalasPadam
  3. Rajin Syu buat air soya. Sedap dapat minum fresh. Kalau ada peminat soya memang cepat habis, tak sempat bertahan 3hari. hehehe...baru tahu kena letak halia. Nak buat air soya ni part nak merendam kacang soya tu yang leceh ambil masa. Kalau kakak ipar buat dia rendam semalaman.

    BalasPadam
  4. Air kesukaan di bulan puasa..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!