Check Out Memo (COM) Pekerja Asing

Mei 26, 2022

CHECK OUT MEMO (COM) PEKERJA ASING || Bila mana pekerja asing (PA) mahupun pembantu rumah asing (PRA) telah tamat tempoh permit bekerja ataupun ditamatkan perkhidmatannya oleh majikan di Malaysia. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN MAJIKAN untuk menghantar kembali PA pulang ke negara asal mereka.


Check out memo
SUMBER FOTO : Google


Bukan hantar PA balik terus macam itu saja ya. Ada caranya. Yang pasti mesti mengikut prosedur standard & garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.


Jadi, sebelum menghantar PA ni balik ke negara asal mereka. Permohonan dokumen check out memo (COM) atau memo periksa keluar terlebih dahulu perlu dibuat oleh majikan sebelum PA berangkat keluar dari Malaysia.

 

 

Apa itu COM?

 

COM merupakan dokumen/memo pemohonan keluar. Ia WAJIB DIBAWA bersama PA sebelum pulang ke negara mereka. Setelah lulusnya permohonan COM oleh Jabatan Imigrisen Malaysia. PA/PRA tidak lagi layak untuk tinggal & bekerja di Malaysia kerana rekod PA/PRA yang sedia ada dalam sistem Jabatan Imigrisen Malaysia telah bertukar status.



Dokumen/memo ni akan disemak & disahkan oleh pegawai Jabatan Imigrisen  Malaysia di mana-mana pintu keluar yang telah didaftarkan didalam sistem Jabatan Imigrisen.


Permohonan COM ni adalah PERCUMA & ia hanya boleh dimohon oleh majikan, wakil syarikat & agen yang dilantik sahaja. PA tidak boleh memohonnya sendiri di Jabatan Imigresen. 

 

 

Majikan & syarikat boleh disenaraihitamkan

 

Untuk menghantar PA balik ke negara asal, majikan WAJIB menghantar permohonan COM terlebih dahulu kepada pihak Jabatan Imigrisen Malaysia. Sebaik-baiknya, 7-14 hari sebelum PA keluar meninggalkan Malaysia.


Check out memo (COM)
SUMBER FOTO : Moneycrasher.com


Sekiranya COM tidak dibuat. Majikan dikira masih menggaji & mempunyai PA/PRA. Misalan PA/PRA tinggal & bekerja lebih tempoh masa, majikan boleh dikenakan penalti & kemungkinan juga syarikat boleh disenaraihitamkan.


Malah, majikan juga akan mengalami kesukaran untuk menggaji PA yang baru di masa akan datang. Dengan erti kata lain, kuota pengambilan PA majikan akan disekat.



COM lulus. Tapi PA lari?


Misal kata majikan dah buat COM tapi PA/PRA tak balik ke negara asal & terus tinggal lebih masa di Malaysia. Majikan tak perlu risau. Sebab PA/PRA bukan lagi di bawah tanggungjawab majikan. Malah, majikan juga terlepas dari sebarang tindakan undang-undang mahupun penalti dari kerajaan Malaysia.

 

Bila terjadinya situasi macam ni. Rekod majikan bersih. Sebaliknya, PA/PRA pula yang akan dikenakan tindakan undang-undang dengan cara disenaraihitamkan dari kembali bekerja di Malaysia. Tempoh senarai hitam yang bakal dikenakan adalah selama 5 tahun - Mungkin lebih atau dilarang terus untuk masuk ke Malaysia. Sebab itu pentingnya COM ni dibuat oleh majikan.



Cara mohon COM melalui kaunter


Bagi PA yang bakal dihantar pulang oleh majikan. COM boleh dipohon sekurang-kurangnya 7-14 hari sebelum dari tarikh penerbangan/ feri/ bas keluar dari Malaysia. Permohonan COM ni boleh dibuat secara walk-in ke bahagian pekerja asing di Jabatan Imigrisen ataupun secara online menggunakan portal e-PLKS.



Untuk permohonan melalui kaunter Jabatan Imigrisen. Berikut senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan COM ni :-

 

  • SURAT PERMOHONAN rasmi berserta letter head kepada bahagian pengarah pekerja asing - Sertakan nombor nama, no. passport & warganegara PA/PRA
  • BORANG permohonan COM
  • SURAT WAKIL majikan berserta salinan IC & penyata KWSP (Disahkan oleh pegawai KWSP) - Jika perlu
  • DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA (Borang 9,24 & 49) - Jika perlu
  • Salinan kad pengenalan PENGARAH SYARIKAT/INDIVIDU
  • SALINAN TIKET penerbangan/ feri/ bas
  • PASSPORT asal PA/PRA berserta salinan


(*Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza dari masa ke semasa. Sila rujuk Bahagian Pekerja Asing di Jabatan Imigrisen Malaysia untuk maklumat lanjut)



Cara mohon COM online (eCOM)

 

Bagi permohonan eCOM secara online. Permohonan boleh dihantar secara terus melalui portal e-PLKS. Untuk menggunakan sistem ni, majikan perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Permohonan eCOM secara online lebih mudah & menjimatkan masa. Hanya perlu :-

 

  1. LOG MASUK ke portal e-PLKS
  2. Klik pada bahagian eCOM
  3. KEMASKINI maklumat PA/PRA
  4. Masukkan MAKLUMAT COM - Tarikh jangka keluar, pintu jangka keluar, negara dituju, sebab keluar, jenis pengangkutan & nama agen pengangkutan
  5. MUAT NAIK dokumen sokongan - Salinan passport & tiket penerbangan/ feri/ bas
  6. PERAKUAN majikan/wakil - Tanda (✔) pada ruangan kotak yang disediakan
  7. HANTAR pemohonan


Untuk makluman korang, permohonan eCOM yang telah dihantar adalah MUKTAMAD. Sebarang pindaan maklumat & pembatalan hanya boleh dibuat secara terus melalui kaunter Jabatan Imigrisen Malaysia yang terdekat. Proses untuk mendapatkan kelulusan COM mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari bekerja.

Check out memo (COM)
Macam inilah rupa eCOM yang telah diluluskan oleh Jabatan Imigrisen Malaysia.
 

Sekiranya permohonan berjaya - Boleh semak pada bahagian STATUS PEMOHONAN di sistem e-PLKS. Majikan dikehendaki mencetak eCOM sebanyak dua (2) salinan. Satu salinan untuk simpanan majikan & satu salinan lagi untuk dipegang oleh PA/PRA masa keluar dari Malaysia.


Bila sudah ada dokumen/memo ni, majikan bolehlah lepaskan PA mereka balik ke negara asal tanpa sebarang masalah. Senang bukan? Semoga perkongsian ni bermanfaat 😜💕.

Comments

  1. wah banyak juga kerjanya tu...baru cerah sket mata dapat info baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat luar berbayar tau! Ha3.
      Kita share ilmu free saja kat sini 😜💕.
      Semoga bermanfaat!

      Padam
  2. br penah baca info pasal ni sbb x penah deal dgn warga asing ni.. hehehe... good info syu

    BalasPadam
  3. leceh tu prosesnya. mujurlah x guna bibik. masih mampu buat sendiri kerja2 rumah tu.

    BalasPadam
  4. Boleh tahan jugalah lecehnya abe. Setahun sekali mesti sakit kepala bila nak nyetelkan hal pekerja asing ni. Tapi buat eCOM senang jer. He3 😜💕.

    BalasPadam
  5. tq for sharing. good info syu

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome mama. Semoga bermanfaat 😊💕.

      Padam
  6. Mcm berbeza buat c.o.m online berbanding kaunter imi?Pelekat plks tidak akan distamp (dibatalkan) jadi jika pekerja itu tidak keluar .....dia bole tunjuk sticker pada passport seolah2 masih bekerja sehingga tamat tempoh...???betul?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Memang berbeza. Tapi, eCOM ni memudahkan majikan untuk hantar pekerja asing balik ke negara asal tanpa perlu berurusan di kaunter. Tambah-tambah bila melibatkan jumlah PA/PRA yang ramai.

      Untuk elakkan kes PA/PRA menyalahgunakan COM, sebaiknya majikan/wakil syarikat iringi sekali pekerja asing untuk check out dari Malaysia.

      Misal kata PA/PRA tak balik juga masa tempoh COM yang dah ditetapkan. Majikan tak perlu risau .Sebab PA/PRA bukan lagi berada di bawah tanggungjawab majikan. Serahkan selebihnya kepada pihak JIM.

      Padam
  7. setelah ecom lulus dan perlu print 2 salinan kan..ada apa2 lagi ke document lain utk bgi semasa hari penerbangan itu.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!