Pertama Kali Cuba Aiskrim Wall's Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese

Mei 28, 2022

Aiskrim Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese ni dah lama keluar sebenarnya. Malah,  ada beberapa rakan-rakan Blogger Syu dah review pasal aiskrim ni tahun lepas. Baru ini kali pertama Syu nak cuba rasa aiskrimnya macam mana.


Almaklumlah. Bila dicari hari tu tak jumpa. Bila tak cari. Eh, ada pula dia. Itupun secara tak sengaja ternampak aiskrim ni dalam peti ais di 7E. Niat asal nak cari aiskrim Nescafe Gold Cappucino yang viral tu. Sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.

 

 


Jangankan aiskrim Nescafe Gold Cappuccino. Aiskrim Nestle Mochi Boba yang Syu teringin nak makan dari dulu tu pun sampai ke hari ini tak nampak bayang 😌. Jenuh bercari. Nampak gayanya nak kena tunggu dia sendu macam aiskrim Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese ni agaknya baru nak nampak bayang.



Aiskrim Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese ni Syu belum pernah cuba lagi. Alang-alang dah nampak. Syu beli satu kon. Tapi tak beranilah nak beli banyak-banyak. Takut kecewa 😂.

 

Dari luar aiskrimnya nampak macam nampak sedap & menyelerakan. Isi dalamnya tak tahulah lagi macam mana. Actually, Syu ada juga baca reviews pasal aiskrim ni. Ada yang kata sedap. Ada yang kata tak sedap.

 

 

Sedap ke tidak aiskrimnya?


SUMBER FOTO : Shopee


Sejujurnya. Kalau ikut tekak Syu. Aiskrim ni TAK SEDAP 😆! Memang tak dinafikan yang Syu suka cheese. Tapi cheese dalam aiskrim ni macam tak berapa kena pada tekak Syu. Ditambah pula dengan kombinasi aiskrim teh  boba pada lapisan kedua tu. Fuhhhh...memang tak kena langsung 😂. Yang sedap cuma kon dia sahaja.



Nak tak nak paksa jugalah makan sampai habis. Nak buang sayang. Sepatutnya masa beli aiskrim ni kena ada sekali dengan encik suami. Baru dia boleh tolong habiskan dengan jayanya. Itulah ruginya kalau makan tak mengajak kan?

 

Wall's Cornetto Brown Sugar Bubble Cheese


Pada yang ada keinginan nak mencuba aiskrim ni. Dipersilakan. Mana tahu selera tekak korang berbeza dengan Syu. Yang pasti. Sekarang ni Syu dah give up nak cari aiskrim mochi boba tu dah. Menyampah rasa. Memanjang tak ada dalam peti ais bila dicari. Samalah dengan aiskrim Nescafe tu juga 😤.

Comments

  1. Nampak macam sedap. Boleh cuba nanti ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Tapi Syu tak berapa berkenan aiskrim ni. Hu3 😅

      Padam
  2. alamak, kon je sedap haha baru aje mama nak try. cancel terus la

    BalasPadam
  3. Err.. kurang minat cheese dalam eskrimmm

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!