Auntie Anne's Caramel Almond Pretzel Di AEON Seri Manjung Sedap

September 24, 2022

AUNTIE ANNE'S CARAMEL ALMOND PRETZEL DI AEON SERI MANUNG SEDAP | Sebenarnya di area Ipoh ni pun ada juga cawangan pretzel Auntie Anne's ni.  Nun di AEON Kinta City & AEON Klebang nun. Tapi, entahlah. Tengok orang ramai kata tak sedap & servisnya tak berapa nak okay. Pilihan pun katanya tak banyak πŸ˜…. 


Rindu pretzel air tangan akak ni. Rasanya sama & tak berubah langsung dari dulu sampai ke hari ni πŸ˜‹πŸ₯¨. 

 


Tak cukup satu! 


Bila dah orang ramai bagi reviews macam tu. Maka, sampai ke sudah tak jejakkan kaki ke sana. Rasa macam puas hati lagi beli dekat AEON Seri Manjung. Bukan saja banyak pilihan. Rasa pretzel-nya pun boleh tahan - Mungkin tengok air tangan orang yang membuatnya juga agaknya πŸ˜.


Sejujurnya, pretzel Auntie Anne's di AEON Seri Manjung ni dari dulu memang sedap. Kalau beli memang puas hati. Dah sejuk pun still lagi lembut pretzel-nya. Tak keras kejung macam kulit kaki.


Muka terkejut sebab akaknya tiba-tiba lesap entah ke mana lepas tu muncul dengan beg penuh pretzel 🀣. 


Kalau beli satu seriously memang tak cukup. Tambah-tambah kalau yang makan tu Syu Deris 😁. Itu pasal kalau balik kampung, gigihkan juga singgah ke AEON Manjung semata-mata nak  makan pretzel Auntie Anne's ni.  Sekali beli bukan satu. Tapi lima πŸ–πŸΌπŸ˜‚. 

 


Caramel almond pretzel sedap


Caramel Almond Pretzel. Terpaling favourite πŸ˜‹πŸ₯¨. 


Bila singgah Auntie Anne's di AEON Seri Manjung, semestinya Syu akan repeat beli Caramel Almond Pretzel ni. Rasa pretzel-nya lembut, manis & ada disalut dengan almond cincang & sedikit kelapa kering.


Pada Syu, makan Caramel Almond Pretzel ni tak cicah dengan sos karamelnya pun dah sedap. Sebab pretzel-nya dah sedia-sedia manis. Kalau dicicah lagi dengan sos karamelnya, makin bertambah-tambahlah manisnya 😁.


Sos karamelnya sedap. Tapi Syu tak berapa minat cicah dengan pretzel ni sebab manis sangat πŸ˜…


Pretzel Auntie Anne's ni ada banyak perisa sebenarnya. Ada yang plain, manis, masin, berkeju & macam-macam lagi. Terpulang pada korang nak pilih jenis & perisa pretzel yang macam mana. Kalau Syu, Caramel Almond Pretzel tetap jadi pilihan hati πŸ₯¨❤️.  

Comments

  1. Selalu ja nampak, tapi belum pernah cuba.

    BalasPadam
  2. sedapnya, favourite VM is chocolate elairs, takleh lari dgn coklat hahaha. masa pregnant dulu mmng beli dua set yg choco sticks tu hihihih. Btw VM singgah membalas kunjungan =D

    BalasPadam
  3. dah lamanya tak makan makcik annes ni... dulu masa ngandungkan Aiyan memang kegemaran la ni, wajib beli yg garlic, sekarang ni dah jarang jumpa tapi kalau jumpa tetap garlic wajib beli

    BalasPadam
  4. Sedapnya, favourite juga pretzel Auntie Anne's nih. Saya suka cinnamon sugar..tapi tula selalu cepat habis..huhu

    BalasPadam
  5. jangan kau goda aku yg sedang cuba berdiet ini syu...

    BalasPadam
  6. eh, kalau tak boleh jumpa, kita duduk area pantai remis je, kalau rajin, mesti pergi aeon manjungg hehe. lebih prefer makan sushi. kalau auntie anne beli yang hotdog cheese tu

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!